Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx

Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?”

Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum.

Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella untuk remaja perempuan di Tingkatan 3 (berumur 15 tahun). Walau bagaimanapun tahap umur imunisasi ini telah dipercepatkan ke Tahun 6 (berumur 12 tahun). Perlindungan adalah sepanjang hayat.

Jadi jika kanak-kanak itu mencapai umur 12 tahun sebelum 1988, bermakna mereka tidak disuntik oleh vaksin Rubella. Kalau anda wanita berumur 22 tahun ke atas (pada tahun 2010) dan belum berumahtangga, pastikan ada memiliki imuniti terhadap virus Rubella sebelum anda berkahwin atau merancang untuk hamil.

Tanda-tanda jangkitan virus

Jangkitan virus Rubella bagi orang dewasa bermula dengan ruam (rash) dan demam. Selalunya ruam bermula dari muka dan merebak badan, lengan terus ke tangan, peha terus ke kaki. Selepas 2-3 hari ruam akan hilang dengan sendirinya.

Ada pesakit tidak mempunyai ruam, tetapi mengalami sakit kepala, sakit tekak dan rasa tidak sihat. Ini diikuti dengan bengkakan kelenjar di belakang telinga, leher dan tengkuk.

Cuma yang menjadi masalah apabila virus ini menjangkiti wanita yang hamil, terutama ketika tiga bulan pertama usia kehamilan. Ketika itu perkembangan bayi amat sensitif dengan jangkitan virus rubella.

Jika seseorang wanita itu hamil, dan dijangkiti virus rubella, haruslah memberitahu doktor yang menjaga. Pastikan bayi diperiksa secara berkala oleh pediatrician. Kadang kala masalah-masalah ini tidak dapat dikesan sehingalah kanak-kanak ini membesar.

Jika bayi dalam kandungan dijangkiti virus dari ibunya, ia boleh menyebabkan keguguran, bayi mati ketika dalam kandungan (stillbirth) atau mengalami ”congenital rubella syndrome” (CRS), iaitu kecacatan bayi yang serius dan kekal.

CRS boleh menyebabkan perkembangan mental dan fizikal yang lambat pada bayi, kepekakan, kebutaan mata akibat cataracts, kepalanya kecil, masalah hati dan juga jantung.

Kadar jangkitan pada bayi begitu tinggi iaitu 80 hingga 90 peratus. Ini bermakna jika seorang ibu dijangkiti virus Rubella, bayi dala kandungan hampir pasti mengalami musibah seperti yang disebutkan di atas.

Oleh itu, kerajaan Malaysia mewajibkan suntikan rubella kepada semua pelajar-pelajar perempuan di sekolah. Oleh sebab itu, suntikan vaksin Rubella adalah suatu keperluan bagi wanita bagi mengelakkan terjadinya musibah seperti ini.

Golongan wanita pula dinasihatkan untuk mengambil ujian darah bagi memastikan kepekatan antibodi di dalam tubuhnya mencukupi.

Perlukah pemeriksaan darah?

 

Bagi wanita yang tidak pasti sama ada pernah menerima suntikan, atau merasa ragu tentang tahap immuniti terhadap virus itu, pemeriksaan darah boleh dilakukan.

Jika dia yakin pernah mendapat jangkitan virus Rubella, atau pernah diberikan suntikan vaksin Rubella, maka pemeriksaan darah tidak diperlukan dan tidak perlu menerima suntikan vaksin  Rubella.

Ujian ini juga disarankan kepada pekerja kesihatan yang terdedah pada jangkitan virus dari orang ramai, atau gadis yang baru memasuki kolej atau universiti. Di sesetengah negara ianya diwajibkan bagi wanita yang hendak mendirikan rumah tangga.

 

Kesimpulan ujian

Darah diambil dari saluran darah vena pada pada lengan. Ujian ini bagi menentukan kewujudan antibodi terhadap rubella dalam darah iaitu dua jenis antibodi : IgM dan IgG.

Antibodi yang mula muncul selepas jangkitan kuman ialah antibodi IgM rubella. Kepekatan antibodi ini akan meningkat secara perlahan-lahan dalam masa 7 hingga 10 hari selepas jangkitan virus Rubella.Ia akan menjadi kurang secara perlaha-lahan selepas itu.

Antibodi IgG pula lambat muncul, namun ia kekal lama dalam darah dan merupakan komponen antibodi yang akan melindungi diri dari serangan semula (re-infection) jangkitan virus Rubella.

Jika ujian pada wanita itu mendapati IgG rubella antibodi negatif, bermakna beliau tidak pernah dijangkiti virus rubella atau tidak pernah mendapat suntikan vaksin rubela. Maka beliau tiada imuniti terhadap virus itu. Beliau perlu mendapatkan suntikan vaksin itu.

Jika IgG positif tetapi IgM negatif atau mungkin positif, menandakan beliau pernah dijangkiti virus Rubella atau pernah diberi suntikan vaksin, maka ia mempunyai immuniti pada virus rubella. Tidak perlu suntukan vaksin tambahan.

IgM IgG Kesimpulan
Positif Negatif atau positif Jangkitan baru. Ada immuniti selepas ini dan tidak perlu suntikan vaksin.
Negatif Positif Jangkitan virus Rubella yang lama dan ada immunisasi. Tidak perlu suntikan vaksin.
Negatif Negatif Tidak pernah ada jangkitan virus Rubella atau tidak pernah diberikan suntikan vaksin. Tiada immuniti dan perlukan suntikan vaksin

 

 

Perlu suntikan vaksin atau tidak?

 

Vaksin Rubella tidak boleh diberikan pada wanita yang sedang hamil dan wanita yang merancang untuk hamil tiga bulan  sebelum kehamilan.

Suntikan vaksin Rubella mengandungi virus Rubella hidup tetapi sudah di‘tidak aktif’kan. Sebagai langkah berjaga-jaga, selalunya ibu-ibu dinasihatkan tidak mengandung pada 3 bulan selepas menerima suntikan. Ini kerana walaupun telah dilemahkan, dibimbangi virus dalam vaksin boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Jika seseorang itu belum selesai tempoh 3 bulan, sudah hamil atau ketika hamil diserang jangkitan virus Rubella, berserahlah saja kepada qada’ Allah kerana setakat ini perubatan moden belum ada cara menjamin anak yang dikandung tidak mengalami apa-apa masalah.

Banyaklah berdoa, bersedekah dan tetaplah beristiqamah dalam menjalani rawatan susulan kehamilan seperti mana yang ditetapkan. Berbincang dengan doktor apa yang perlu dilakukan untuk mengesan masalah bayi apabila ia dilahirkan.

“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. (surah ali-imran, ayat 38)

Sebagai kesimpulan:

  1. Wanita muda atau gadis yang belum berkahwin, haruslah mendapatkan suntuikan vaksin Rubella. Jika tidak pasti, jalanilah ujian darah untuk menentukan kehadiran antibodi dalam darah.
  2. Jika wanita itu sudah berkahwin, tetapi belum hamil, segeralah mendapatkan suntikan vaksin. Ini kerana selepas suntikan vaksin, puan dinasihatkan agar menangguhkan kehamilan selama 3 bulan, kerana dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, bayi dala kandungan amat sensitif dengan virus Rubella.
  3. Jika wanita itu hamil dan dijangkiti virus Rubella, (boleh dipastikan dengan pemeriksaan darah), tiada ada apa yang perlu dilakukan selain berharap dan doa. Selepas kelahiran bayi, buatlah pemeriksaan darah pada bayi pula. Wanita itu tidak perlu suntikan vaksin selepas itu kerana antibodi telah dibentuk secara semula jadi dari jangkitan virus itu.

Namun jika wanita itu sedang menyusukan anak, beliau selamat untuk menerima suntikan vaksinRubella.

Wa allahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (271110)

13 comments

  1. hasmizah mohd amin

    Assalamulaikum Dr,

    Adakah selamat mendapat suntikan rubella ketika kandungan berusia 33 minggu.

  2. salam doc, saya dijangkiti rubella dan CMV ketika saya hamil last year dan bayi saya meninggal dalam kandungan pada usia kandungan saya 29weeks. namun saya telah mendapat suntikan vaksin rubella semasa di sekolah dulu. So slps bersalin, bbrp doc menyatakan saya tidak perlu mengambil vaksin kerana tealh ada antibodi (igg +ve). Apa pendapat doc utk kandungan saya yg baru ini?adakah benar tidak perlu vaksin lagi?terima kasih.

    • Zanariah Binti Zakaria

      Kita mempunyai pengalaman yg sama cuma anak saya meninggal ketika arwah berusia 36 hari.mungkin kta boleh share pengalaman kita ini bersama2 ibu-ibu lain…

      • salam puan,boleh saya tahu apa masalah arwah bby puan selepas jangkitan rubella tu.kerana saya juga mendapat jangkitan itu dan sekarang bby saya menghadapi masalah.

  3. Zanariah Binti Zakaria

    Terima kasih Doc atas info yg di berikan di atas.Kini segala persoalan saya telah doc huraikan.

  4. saya disahkan mengalami jangkitan rubella Igm positive.saya sedang mengandung 22mggu.baby saya hydrocephalus dan spinal bifida.adakah kemungkinan baby saya boleh survive atau tidak berdasarkan pengalaman doktor.doktor yang merawat juga mengatakan air ketuban banyak dan mungkin alami contraction yang awal.

  5. assalamualaikum doc..
    saya ingin bertanya tentang keputusan darah yang saya dah dapat..perlu ke saya ambil suntikan rubella jika keputusan IgM saya “not detected” dan keputusan untuk IgG saya 110.6??terima kasih..

  6. saya ada masalah kulit ruam merah2 pada muka,tangan,leher dan badan,
    semenjak penyakit ni timbul saya sering sakit kepala,perut dan tekanan degupan jantung tinggi.
    adakah saya mengalami penyakit virus rubella?

  7. doktor, saya pernah mendapatkan suntikan rubela semasa saya masih bersekolah, cuma yang menjadi persoalannya, bagaimana saya masih menghidapi rubella pada umur 27 tahun?

  8. Shuhada Ismail

    Salam Dr Zubaidi,

    Semasa kandungan berusia 8 minggu, ujian darah dilakukan dan didapati antibodi sy terhadap rubella agak rendah walaupun sy telah mendapat suntikan tersebut sewaktu di bangku sekolah lg.Sepanjang kehamilan sy sihat cuma mengalami placenta previa. Namun tiada pendarahan dan bayi sy juga dilahirkan secara normal dan sihat.
    Tetapi bayi sy mengalami cleft palate dan mandible jaw. Bayi kedua saya ini sekarang sudah berusia 8 bulan, sihat, aktif dan perkembangannya juga seperti bayi-bayi yang lain.Insha Allah akan menjalani Palatoplasty Mac ini.

    Adakah ini berkaitan dgn jangkitan rubella atau berkait rapat dengan kecacatan genetik yang diwarisi dari saya atau suami saya. Setakat ini suami saya mempunyai seorang ibu saudara yang mempunyai masalah pertuturan (sengau) dan pendengaran.Namun, tiada rawatan diberikan kepada beliau.

    Mohon pandangan daripada Doktor. Saya merasa serik untuk hamil lagi kerana takut pisang berbuah dua kali.

  9. adakah rubella ini membawa risiko kpd org lelaki kerana ramai murid2 lelaki di sekolah anak saya telah dikuarantin kerana disyaki dan didapati menghidap demam rubella.

  10. assalaam…saya dah buat ujian darah..n dapat tau tak de vaksine rubella…saya dah pergi beberapa klinik swasta..dan diberi tahu tiada suntikan rubella..then saya pergi ke gomen hosp tuk dapatkan vaksine rubella..tp perkara yg sama berlaku…diaorg ckp tak der vaksine rubella dah…jadi dimana saya boleh dapatkan vaksine tu ya..saya tinggal di bndr br bangi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top