Advertorial
Home » Labicea™ Revitalizing Moisturizer » Ruam di sekeliling puting

Ruam di sekeliling puting

nipple

 

As Salam mu alaikum doktor.. Saya rasa ada bintik-bintik kecil dan ruam di bahagian tepi puting pada kedua-dua belah dan meneybabkan puting rasa pedih. Saya berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang anak. Saya bimbang jika itu tanda-tanda awal kanser payudara. Saya berharap doktor memberikan pencerahan. Jazakillah.

 

 

Wa alaikum mus salam.

 

Ruam dan bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara, adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita, terutamanya wanita yang menyusukan anak.

 

Selalunya masalah ini tidak serius.

 

Ia berpunca dari masalah iritasi pada kulit, sama ada disebabkan oleh penggunaan bra yang ketat, bra yang lembap atau penggunaan bra yang kasar pada permukaan dalam.

Cara terbaik ialah memastikan bahawa bra yang digunakan selesa, tidak lembap dan mempunyai permukaan yang lembut di bahagian permukaan dalam.

 

 

Sabun yang digunakan untuk mencuci bra juga ada kalanya boleh menyebabkan iritasi dan alahan.

 

Puting yang kering dan mempunyai ruam boleh disapukan dengan pelembap yang sesuai bagi memastikan puting pada payudara puan tidak luka dan sentiasa lembap. Puting yang luka boleh menyebabkan rasa pedih dan sakit.

 

Selain menjaga kebersihan puting, puan boleh menyapukan pelembap. Antara pelembap yang sesuai ialah  Labicea-Revitalizing-Moisturize keluaran UTM.

Untuk pembelian boleh PM di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

 

Selain itu, jangkitan fungal boleh berlaku pada puting payudara. Selain puting menjadi merah ruam, gatal dan kadang kalanya boleh menyebabkan berkuping.

 

Ia boleh dirawat dengan menggunakan kream sapuan antifungal seperti kream econazine .

 

Selalunya masalah sebegini akan sembuh dalam masa tidak melebihi dua minggu.  Jika puting payudara menjadi berdarah dan tidak sembuh dalam masa dua minggu, saya menasihatkan puan agar membuat pemeriksaan doctor dan jangan bertangguh.

 

Tanda kanser payudara jarang berlaku pada puting payudara. Namun ia boleh berlaku pada mana-mana wanita.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: