Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?

 

SURGERY

 

 

“Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.

 

Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah appendicits, patah tulang akibat kemalangan jalan raya, atau kanser.

 

Kesan dan risiko kemudaratan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem, yang melakukan pembedahan, sebenarnya adalah gabungan kesan anesthesia dan pembedahan itu sendiri.

 

Namun begitu risiko kematian ibu akibat daripada bius pengsan (general anesthesia) dan pembedahan adalah rendah, sama dengan wanita muda tidak hamil yang melakukan pembedahan(Cohen-Kerem 2005, Kuczkowski 2004, Ne Mhuireachtaigh 2006). Ini bermakna pembed han menggunakan bius pengsan selamat untuk mereka.

 

Ini kerana bius pengsan diberikan hanya untuk jangkamasa yang singkat, dan kepekatan ubat bius yang diberikan adalah minimum. Kepekatan ubat bius di dalam badan wanita hamil dan janin/bayi  dalam rahem, telah dikeluarkan dari tubuh mereka selepas 24 jam ubat itu diberikan. Ia tidak berkumpul dalam tubuh.

 

Oleh itu risiko untuk ubat bius menyebabkan kecacatan pada janin/bay adalah terlalu rendah. (Ne Mhuireachtaigh 2006, Kuczkowski-2004).

Risiko keguguran janin/bayi  akibat pembedahan yang menggunakan bius pengsan, lebih tinggi jika pembedahan itu dilakukan pada  trimester kehamilan (kurang dari 15 minggu). Sementara jika pembedahan dilakukan selepas trimester pertama, maka risiko untuk kelahiran pramatang adalah lebih tinggi daripada biasa pada kira-kira 8.3% (Cohen-Kerem 2005, Duncan 1986)

 

Kesimpulannya,  pembedahan terhadap wanita hamil menggunakan bius pengsan (general anesthesia) adalah selamat untuk ibu, dan tidak menyebabkan kecacatan pada janin/bayi dalam rahem.

 

Walau bagaimanapun, ubat bius dan pembedahan yang dilakukan semasa trimester pertama boleh menyebabkan keguguran,  dan kelahiran pra-matang jika dilakukan selepas trimester pertama.

 

Jadi apa-apa keputusan untuk melakukan pembedahan ketika hamil,  harus dipertimbangkan dengan manfaat dan risiko keguguran. Walau bagaimana pun risiko ini kecil walaupun ia masih ada berkemungkinan.

 

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mempercepat penyembuhan rahem akibat luka melahirkan anak dan pembedahan Ceserean.

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!