Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim

 

IUCD

 

“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga.

 

Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang lain.

 

Alat perancang kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahim yang puan maksudkan ialah ‘Intrauterine Device’ (IUD).

 

Alat IUD adalah alat yang dibuat dari plastic dan berbentuk T yang dililit bersama logam tembaga atau hormone tertentu.

 

Terdapat dua jenis IUD yang biasa digunakan,

1. Mirena, alat IUD yang mempunyai hormone levonorgestrel, (hormon progestron) dan boleh disimpan di dalam rahim sehingga 5 tahun.

Ia menghalang kehamilan dengan membunuh sperma dan menyebabkan pangkal rahim mempunyai lendiran mucus yang tebal sehingga sperma tidak dapat memasuki rahim. Ia juga mengganggu ‘kesuburan’ pada lapisan dalam rahem dan jika pun persenyawaan dapat dilakukan, proses pembesaran janin akan dihentikan.

 

2. Paragard, alat IUD yang mempunyai lilitan logam tembaga dan boleh disimpan sehingga 7-10 tahun.

 

Ia menghalang persenyawaan dengan menyebabkan banyak lendiran mucus di dalam rahem dan saluran fallopian. Lendiran ini sangat tosik pada sperma dan  membunuhnya.

 

Sebelum puan mengambil kaedah pemasangan alat IUD ini, saya menasihatkan agar puan dan suami berbincang dengan doktor yang merawat puan.

 

Dengan ini puan dapat mengetahui kesan sampingan kaedah ini, di samping puan dapat berjaga-jaga tentang risiko kebocoran rahim.

 

Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah senggugut yang kuat, kitaran haid yang tidak menentu, pendarahan haid yang banyak, dan risiko yang agak serius ialah jangkitan kuman di dalam rahim.

 

Tetapi biasanya masalah ini dialami tiga bulan pertama memakai alat tersebut. Selepas itu badan wanita yang memakai alat dalam rahim akan dapat menerima dan menyesuaikan diri tanpa kesan sampingan.

 

Semasa doctor memasukkan alat ini, kebocoran mungkin boleh berlaku jika dilakukan secara tidak berhati-hati oleh doctor yang kurang berpengalaman.

 

Oleh itu tali pada alat ini sangat penting untuk dikesan dan seharusnya dalam faraj, bagi memastikan alat IUD ini masih berada dalam rahim . Selain itu pemeriksaan ultrasound boleh dilakukan jika doctor bimbang IUD telah terkeluar atau telah mengalami kebocoran rahim.

 

Tanda-tanda kebocoran rahim ialah sakit perut di kawasan ari-ari, pendarahan yang pelik pada masa bukan haid, keluar banyak lendiran faraj yang berbau.

 

Oleh itu jika mereka mengalami masalah yang saya sebutkan, puan haruslah segera berjumpa doctor yang memasukkan alat IUD ini untuk pemeriksaan semula.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!