Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA

 

 

patah tulang leher

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Selalunya doctor di Jabatan Kecemasan akan melakukan xray terutamanya di bahagian leher, jika difikirkan perlu, terutama apabila mangsa mengalami hentakan atau tercampak semasa kemalangan jalanraya itu.

 

Ini kerana kira-kira 5% daripada mangsa kemalangan jalanraya, mengalami kecederaan kepada tulang belakang di  bahagian leher.

Kira-kira 10-20% mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan kepala juga mengalami kecederaan pada tulang belakang leher.

 

Sayangnya dalam hal ini, saudara tidak dihantar untuk pemeriksaan xray.

 

Namun begitu, sungguh pun telah menjalani xray, kira-kira 20% daripada mangsa kemalangan jalanraya tidak dapat dikesan yang mereka mengalami kecederaan tulang belakang di bahagian leher, dan mengalami risiko untuk mengalami kecederaan saraf termasuk lumpuh.

 

Kebanyakan patah tulang belakang di bahagian leher berlaku terutamanya pada dua bahagian:

 

Satu pertiga daripada kecederaan itu berlaku pada pada tulang C2 dan C3, dan setengah daripada kecederaan itu berlaku pada tulang C6 dan C7.

 

Jadi mangsa yang mengalami kemalangan jalanraya, perlu menjalani pemeriksaan xray pada leher walaupun tidak mengalami rasa sakit pada bahagian tersebut, kerana banyak kes kemalangan, keretakan tulang yang tidak melibatkan kerosakan saraf pada awal, tidak dapat dikesan.

 

Saudara harus banyak bersyukur kerana walaupun mengalami keretakan tulang leher, namun tiada kecederaan saraf sehingga melibatkan kelumpuhan.

 

Walahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: