Advertorial
Home » Doktor Menjawab » remaja lama tidak datang haid

remaja lama tidak datang haid

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID

 girls

“Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan.

 

Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin.

 

Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat barulah mengaku ada hubungan dengan lelaki.

 

Walau bagaimana pun kita bukannya mahu menuduh anak puan telah hamil, tetapi sebagai sebahagian prosedur atau ujian untuk mencari sebab mengapa masalah ini berlaku.

 

Jika ujian UPT dan ultrasound tidak menunjukkan apa-apa, barulah pemeriksaan hormone dilakukan.

 

Ada kes di mana seorang gadis mengalami masalah kesihatan penyakit  ‘autoimmune’  di mana tanda-tanda penyakit itu tidak kelihatan, hanya mengalami masalah haid.  Apabila diperiksa dengan lebih lanjut, barulah punca sebenar penyakit ini diketahui.

 

Oleh itu saya mencadangkan pemeriksaan hormone, jka UPT negative. Dibimbangi  ia adalah tanda awal kegagalan fungsi ovari yang mana akan menjadi masalah kesuburan yng serius apabila meningkat dewasa kelak.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: