Punca Keguguran Rambut di kalangan Wanita

Ramai wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang menyebabkan rambut mereka semakin menipis. Kebanyakan wanita hanya membeli ubat dari sengseh atau farmasi tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada dirinya.

Adakah mereka hanya mengalami masalah keguguran rambut sahaja atau keguguran rambut itu tanda bagi ‘penyakit yang lebih serius’? Ada wanita tidak menyangka keguguran rambut mereka sebenarnya disebabkan oleh masalah yang serius sehinggalah tanda-tanda lain penyakit itu muncul.

Jadi buatlah pemeriksaan sebelum masalah keguguran rambut ini menjadi kronik dan sukar dirawati. Jika awal berjumpa doktor, keadaan ini dapat dirawat dengan lebih baik.

Masalah keguguran rambut ini melibatkan 5% wanita yang berumur kurang dari 30 tahun dan hampir 60% wanita berumur 70 tahun.

Keguguran rambut yang dihadapi oleh wanita amat berlainan dengan botak yang dihadapi oleh kaum lelaki. Ia dikenali sebagai androgenetic aloprecia . Keguguran bermula dari bahagian depan dan bahagian atas kepala saja, tidak seperti lelaki yang bermula dari depan hingga ke belakang kepala. Di samping itu rambut tidak panjang seperti biasa. Masalah rambut ini dipengaruhi oleh baka genetik dari ayah atau ibu.

Ada juga keadaan apabila wanita mengalami keguguran rambut ketika hamil atau selepas menghentikan pengambilan ubat perancang keluarga. Malah wanita yang mengalami stress pada fizikal atau mentalnya juga boleh mengalami masalah ini. Keadaan ini dinamakan “Telogen Effluvium” berlaku untuk tempoh sementara. Rambut akan tumbuh semula dan menebal walaupun tanpa dirawat selepas 6 bulan.

Bagi wanita yang mengalami masalah sebegini, saya mencadangkan agar membeli shampoo yang mengandungi bahan aktif Minoxidil 2%-5% . Ia adalah rawatan yang digunakan sebanyak dua kali sehari.  Namun kesabaran dalam rawatan juga penting kerana ia mengambil masa antara 3-4 bulan untuk melihat keberkesanannya. Namun kalau masalah keguguran rambut ini telah terlalu lama, mungkin shampoo ini kurang berkesan.

Masalah ini juga boleh dirawat dengan memberikan ubat seperti spironolactone dan ubat perancang kehamilan yang mempunyai hormon wanita progestin drospirenone. Untuk pengambilan ubat-ubat ini, haruslah mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Selain itu, pemeriksaan kandungan zat besi (ferritin) dalam darah juga membantu doktor melihat punca keguguran ini. Banyak kajian mendapati apabila kandungan zat besi dalam badan berkurangan, rambut akan mudah gugur. Oleh itu multivitamin yang mengandungi zat besi boleh diberikan.

Rawatan lain ialah dengan menanam rambut (hair transplantation), di bahagian tempat yang botak. Ia sangat berkesan dan selalunya mempunyai hasil yang lebih kekal.

Nasihat saya bagi wanita yang mempunyai kelemumur dan menghadapi masalah keguguran rambut, gunakanlah shampoo yang mengandungi ketoconazole atau zinc pyrthione. Kelemumur disebabkan oleh jangkitan fungal dan dapat dirawat dengan shampoo ini.

Seperti saya sebut di permulaan penulisan ini, keguguran rambut boleh menjadi sebahagian daripada masalah yang lebih serius seperti polycystic ovarian cyst di mana tubuh seorang wanita mengeluarkan banyak hormon lelaki iaitu androgen. Selain itu, keguguran rambut juga adalah tanda-tanda bagi masalah lain seperti obesiti, jerawat dan haids yang tidak tetap. Oleh itu, wanita yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk haruslah berjumpa dan berbincang dengan doktor.

Wallahu a’lam.

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (160411)

14 comments

  1. nasib baik syampoo sy ade zinc pyrthione..thanks doc..hanya Tuhan yg dpt membalas jasa2 doc..

  2. salam..

    sy memang ader pcos..sy pergi check dekat hair center sy memang ader masalah keguguran rambut…maksudnye ader kena mengena yer masalah sy nie…ader jalan penyelesaian ke?kepala pun dah buntu…dah lah nak kena buat rawatan buat anak (dh 5 tahun mencuba) tambah pulak dgn rawatan lebatkan rambut..adoiiiyaaaiii

  3. As salam dr.Zubaidi..disini sy ingin bertanya tuan doktor..sekiranya kaum lelaki yg berhadapan dgn risiko kebotakkan…dan telah mengikuti rawatan untuk pertumbuhan rambut…tapi hasilnya tetap sama..rambut makin menipis..sedangkan baka keturunannya tiada mslh botak…apakah terdapat mslh lain yg boleh menghalang hormon pertumbuhan rambut??..dan adakah terdapat rawatan atau cara mendapatkan pemeriksaan rambut oleh doktor di hospital kerajaan selain rawatan rmbut di pusat rawatan rmbut komersil seperti YunNam yg kdg2 diragui hasil rawatannya sedangkan kos terlalu mahal…diharapkan dgn budi baik tuan doktor dpt menjawab persoalan sy ini…terima kasih doktor..

  4. asalam dr. If my hairloss is due to genetics (hereditary) can anything be done? or that is that and i have to live with it. My hairloss started at the age of 18 and i am now 40. i have tried everything and im quiet healthy. alhamdulilah.

    thanks

  5. Dr. Bagaimana pula dengan habit mencabut rambut sehingga menipis dan semakin botak. Terutama di bahagaian atas kepala. Apakah punca habit ini? Adakah habit ini boleh dihentikan? Terima kasih atas respon dr.

  6. assalamualikum doc….
    bolehkah doktor berikan contoh2 vitamin yg diperlukan oleh rambut yg semakin menipis?boleh tak saya mendapatkan vitamin2 tersebut difarmasi?

  7. as salam doc.saya ada masalah kebotakan yang berpunca dari keturunan.apa cara rawatan yang paling berkesan untuk marawat masalah ini.?

  8. assalam doc.

    saya ingin meminta pandangan doc mngenai keberkesanan Yun Nam dan Kos rawatannya yg agak mahal.
    sy 24thun, bujang, mngalami masalah keguguran rambut pra matang yg agak teruk.
    atau doc ada cadangan lain untuk merawat masalah sy ini?

  9. askum! saya mengalami masalah gugur bertompok… sdh pergi pakar kulit n dapat injection every month tapi masih tak berkesan….. please advise shampoo apa yg patut saya pakai? tq

    • Sila dapatkan shampoo yg mengandungi bahan2 seperti yg dinyatakan oleh Dr Zubaidi di atas. Terima kasih.

  10. salam doc..
    saya mengalami mslh rmbut gugur secara brtompok…ia brbntuk bulat…apakah yg harus sy buat utk memulihkan rmbut sy doc?…boleh doc membrikan nasihat utk sy..sekian terima kasih…

  11. Salam saya juga mempunyai masalh keguguran rmbut. boleh saya tahu, syampoo apa yg sesuai dgunakan..tq

  12. norohimah akhmar

    salam doktor……selepas pantang rambut saya gugur la,apa sebab2 yang menjadikan rambut saya gugur macam tu?

  13. camna nak atasi rambut berbuah? adakah rambut berbuah boleh menyebabkan keguguran rambut.

Leave a Reply to noorlezawatiCancel reply

error: Content is protected !!