Advertorial

Rawatan Terbaik untuk “Anxiety Disorder”

Ketika saya sedang merangka penulisan tentang ‘Anxiety Disorder ’ di wall fb, ada rakan-rakan fb yang mahu berkongsikan masalah. Saya percaya masalah gangguan emosi ini amat ketara di kalangan masyarakat kita.

Saya amat bersimpati apabila membaca masalah dan kesedihan yang dialami oleh salah seorang daripada mereka.

Just want to share. Saya pernah mengalami anxiety attack pada awal tahun lepas. Saya berasa sesak nafas dan tangan saya mula terasa kebas dan melarat keseluruh badan, sehinggakan kaki dan tangan saya bengkok. Saya berasa panik dan fikir saya diserang stroke. Saya dikejarkan hospital dan alhamdulillah selepas beberapa jam keadaan bertambah pulih dan diberikan ubat penenang Xanax.

Doktor mengatakan saya mengalami axiety attactk. Ini mungkin disebabkan saya mengalami stress akibat ujian dari Allah. Ia adalah tempoh yg paling kritikal utk saya. Mak saya mengalami batuk yang tidak berhenti. Beliau dimasukkan ke hospital sebab tak lalu makan. Setelah berpuluh-puluh ujian, doktor  mengesahkan mak menghidapi kanser paru paru Tahap 4. Ini amat menyedihkan saya.

Saya ambil cuti tanpa gaji sebulan dan tinggal di hospital selama tiga minggu untuk menjaga mak saya di hospital demi kasih sayang saya kepada emak (saya anak tunggal perempuan). Hospital menjadi rumah kedua saya dan saya membawa anak kecil saya yg berumur 4 tahun sebagai teman.

Setiap kali solat saya menangis dan mengadu kepada Allah dan berdoa untuk kesejahteraan emak saya. Saya amat sedih dan tak sanggup kehilangan emak…

Hinggalah satu hari tu saya diserang simptom yg mcm saya sebut tadi. Rupanya badan saya tak mampu menampung stress sedemikian, hinggalah ibu saya meninggal dunia pada 23 Februari tahun lepas..

Saya ingin bertanya adakah ianya merbahaya dan sekarang saya menyedari jika saya stress, tangan saya mudah berasa kebas…”

Saya amat simpati dan mengharapkan beliau sabar menerima ujian dari Allah dengan hati yang redha.

Masalah emosi seperti ini adalah sesuatu yang serius. Kebimbangan (anxiety) yang tidak dirawat akan menyebabkan kemurungan (depression). Kemurungan pula boleh menyebabkan pesakit terfikir untuk membunuh diri.

Satu kajian yang dilakukan oleh Mohamed Alfian Harris B. Omar dan Mohamed Sharif Mustaffa dari UTM, Malaysia bertajuk ”Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam” menunjukkan sebanyak 26.1% pelajar yang ditemuduga mengalami masalah emosi berbentuk kebimbangan dan 1.1% pula mengalami gangguan emosi berbentuk ketakutan trauma.

Kedua-dua gangguan emosi ini pada mulanya tidak merbahaya, namun ia adalah permulaan bagi masalah anxiety disorder. Kebimbangan dan ketakutan trauma adalah masalah yang dirasai oleh pesakit itu sendiri, sedangkan anxiety disorder adalah masalah yang didiagnosa oleh doktor dan mempunyai beberapa simptom yang tersendiri.

Saya percaya incidence bagi gangguan  dan masalah emosi ini semakin tenat di kalangan masyarakat Malaysia. Ibarat ’tip of iceberg’, bilangan pesakit yang mendapat rawatan di hospital dan didaftarkan adalah amat sedikit berbanding jumlah pesakit yang masih lagi belum mendapatkan apa-apa rawatan.

”Saya rasa saya ada anxiety disorder, tapi belum jumpa doktor lagi. Saya bimbanglah kalau tidak lulus exam..”

Kebimbangan tidak lulus exam dihadapi oleh semua pelajar. Ia merupakan salah satu dari naluri manusia seperti mana setiap manusia berasa haus dan lapar. Ia tidak perlu dirisaukan.

Kebimbangan yang serius adalah kebimbangan yang mengganggu aktiviti yang biasa dilakukan setiap hari. Ini yang dinamakan sebagai anxiety disorder dan apabila tekanannya memuncak, seorang pesakit akan menunjukkan tanda-tanda nervous breakdown seperti tiba-tiba pengsan, atau tiba-tiba marah, menjerit-jerit dan mengamuk sehingga hilang rasa malu dan takut.

Nervous breakdown harus dibezakan dengan panic attack, kerana pesakit panic attack akan berasa seolah-olah diserang sakit jantung (heart attack) seperti sukar bernafas, jantung bergedup laju, sakit dada, pening, menggigil, berpeluh dan rasa seolah-olah mahu mati.

Namun ada juga pesakit yang mengalami panic attack terkeliru diserang asthma kerana pesakit mengalami sukar bernafas dan bernafas dengan laju di samping rasa kebas dan loya.

Ada pakar perubatan yang menyamakan nervous breakdown dan panic attack, tetapi saya berpendapat ianya hanya perselisihan yang bersifat akademik.

”Macam mana saya nak tahu yang saya ini benar-benar mengalami masalah ini, doktor?”

Soalan pendek, tetapi jawapannya agak panjang. Namun bagus juga bertanya, jangan mengagak-agak saja dan mendiagnosa diri sendiri.

Banyak tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami masalah emosi anxiety disorder.

Pesakit selalunya mengalami kebimbangan yang melampau terhadap perkara yang dianggap remeh atau kecil. Sebagai contoh pesakit terlalu berfikir dan bimbang tentang lauk yang hendak dimasak sehingga pesakit tidak memasak langsung.

Pesakit juga kerap memikir dan merasakan kebimbangan yang melampau terhadap sesuatu yang sedang atau akan berlaku dalam kehidupannya. Contohnya pesakit memikirkan suaminya akan menceraikannya jika dia memasak masakan yang tidak sedap.

Pesakit juga merasa sukar melupakan apa yang bermain dalam fikiran dan ini mengganggu tidurnya. Contohnya pesakit tidak dapat melupakan kata-kata yang mungkin melukakan hati mertuanya sehingga dia tidak boleh tidur sepanjang malam.

“Saya sudah berusaha berjumpa dengan perubatan alternatif, namun ia mengecewakan saya. Saya takut makan ubat-ubat hospital. Apa akan jadi jika saya tidak dirawat? Adakah saya harus dirawat di Hospital Bahagia?”

Ramai yang telah didiagnosa oleh doktor sebagai pesakit yang mengalami masalah Anxiety Disorders. Mereka mendapat kelegaan yang cepat dengan mengambil ubat yang diberikan oleh doktor. Ubat-ubat itu akan mengurangkan masalah ketegangan akibat nervous breakdown atau panic attack.

Oleh itu janganlah takut untuk memakan ubat  tetapi haruslah mengikut preskripsi yang diberikan. Jangan memakan ubat mengikut kehendak sendiri kerana ada setengah ubat boleh menyebabkan ketagihan.

Saya pernah membekalkan seorang pesakit dengan tujuh biji ubat penenang untuk dimakan selama seminggu, namun beliau telah menelannya kesemua sekali. Alasannya sebiji ubat penenang tidak berfungsi sebagai penenang. Dia harus menelan kesemua tujuh biji untuk mendapatkan kelegaan dan meminta diberikan sepuluh biji lagi. Saya meolak permintaannya dengan baik.

”Kalau begitu, bahaya ubat-ubat ini..”

Sememangnya ubat-ubat ini merbahaya jika disalahgunakan. Seperti yang saya katakan tadi ianya boleh menyebabkan ketagihan. Ramai penagih yang datang ke Pusat Kesihatan meminta ubat penenang ini dengan alasan tidak boleh tidur dan mereka tidak malu untuk bertengkar dengan doktor jika tidak diberikan ubat itu.

Ubat-ubat moden haruslah bersifat sementara. Kecuali jika masalah emosi anxiety disorder telah menjadi bertukar menjadi simptom depression. Masalah emosi depression lebih rumit dan memerlukan pemerhatian yang lebih serius.

Ubat-ubat moden ini harus disertakan dengan rawatan sampingan seperti psychotherapy dan Cognitive Behavioral Therapy (CBT). Tanpa rawatan yang betul dan sempurna anxiety disorder akan menyebabkan kemurungan (depression). Keadaan pesakit akan bertambah serius.

Teruk sangatkah pesakit yang mengalami depression?”

Jika tidak dirawat, pesakit yang mengalami anxiety disorder akan mengalami masalah kemurungan pula. Ini yang mahu kita elakkan.

Pesakit yang mengalami depression akan sering kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian, mengingati maklumat atau membuat keputusan.

Pesakit juga mungkin menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga atau rakan, dan mungkin wujud perasaan mahu atau cubaan membunuh diri.

Mereka juga mengalami simptom fizikal seperti berat badan atau selera makan meningkat (atau menurun), bangun terlalu awal, kurang bertenaga, sakit kepala, masalah penghadaman dan rasa sakit yang kronik.

Doktor akan mendiagnosa seseorang itu mengalami depression jika simptom-simptom ini berlangsung selama dua minggu.

“Selain dari memakan ubat-ubatan dari hospital, apa saya perlu lakukan untuk mengelakkan kejadian panic attack berulang?”

Dalam hal ini saya mengesyorkan selain mengambil ubat-ubat yang diberikan, seorang pesakit harus juga banyak bersabar dan membaca al Quran terutama ayat-ayat Ruqyah. Susunan ayat-ayat itu telah dibukukan dan boleh dibeli di kedai buku yang menjual buku-buku agama.

Ayat-ayat Ruqyah syari’ boleh dibaca di http://www.esnips.com/doc/2d849f90-ffb9-4187-a1ef-433fe0877136/AYAT-RUQYAH-SYARIAH

Walaupun saya bukan pakar sakit jiwa, namun saya telah melihat ramai pesakit mendapat manfaat yang besar dengan mengamalkan ayat-ayat Ruqyah.

Ada seorang suami yang kematian isteri berasa amat sedih sehingga terpaksa berhenti kerja kerna terlalu sedih. Kesedihannnya menyebabkan pesakit tidak makan dan minum. Dia tidak bekerja  dan menghabiskan masanya dengan termenung dan tidur. Pelbagai nasihat diberikan, namun dia seolah-olah telah hilang inspirasi untuk hidup.

Saya memberikannya ubat anxiolytic selama dua minggu. Ketika beliau datang semula bersama ibunya, lelaki ini sudah mula mahu makan dan melakukan aktiviti rutinnya. Saya menghulurkan buku susunan ayat-ayat Ruqyah yang saya beli di kedai buku agama. Alhamdulillah, dia mengamalkannya selama 40 hari selepas maghrib dan banyak perubahan positif yang saya dapat lihat.

Ini bukan bermakna saya menolak ubat-ubatan moden. Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa ubat-ubatan moden sesuai diberikan ketika seorang pesakit diserang panic attack atau nervous breakdown atau anxiety disorder yang tidak terkawal.

Ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan yang serta-merta. Pesakit akan merasa tenang dan damai setelah menerima rawatan dari perubatan moden. Bagi mengelakkan kejadian berulang, pesakit harus menjalani psychotherapy dan membaca ayat-ayat ruqyah.

”Apa kena mengena penyakit ini dengn sabar? Sepanjang pegetahuan saya, saya memang telah pun bersabar, namun masih tidak sembuh juga ”

Kesabaran tidak menyembuhkan penyakit, tetapi kesabaran akan membantu penyakit sembuh. Saya melihat ramai pesakit yang tidak sabar dan sentiasa merungut terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha.

Jika kita percaya kepada konsep penyakit dan kesakitan yang kita hadapi, nescaya tiada pesakit yang merungut terhadap ujian Allah ini. Allah memberikan ujian sakit, ketakutan dan kebimbangan ini sebagai tanda kita layak menerima ujian, yang kelak akan diberikan ganjaran besar jika kita tabah menghadapinya.

Wahai orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan), … serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali Imran, ayat 200)

Ujian yang berupa kesakitan dan kebimbangan ini adalah ujian yang mampu kita hadapi. Jika kita bandingkan dengan pesakit lain yang diuji dengan kanser dan kematian mengejut, tentu kita akan bersyukur.

”Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – Surah Al-Baqarah ayat 286

Sifat sabar ini amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya adalah medan perjuangan dan penuh ujian yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit.

Allah berfirman bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Taghabun, ayat 11).

Maka, sesiapa yang dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang bermakna lulus dalam ujian itu dan terus diuji Allah sehingga dia menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.

Kenyataan ini selari dengan Rasulullah saw apabila baginda ditanya sahabat yang bermaksud:

“Siapakah orang yang paling banyak sekali terkena ujian?” Jawab baginda: “Nabi dan seterusnya orang yang seumpama mereka. Maka barangsiapa yang tebal imannya, nescaya banyaklah ujian yang akan menimpanya dan barangsiapa yang lemah imannya sedikit pula ujiannya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Adakalanya kita berasakan dugaan yang Allah berikan pada kita amat berat. Namun banyaklah bersabar dan terimalah dengan redha.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah ayat 216 )

Yang paling penting, janganlah mudah berputus asa untuk mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna. Allah melarang kita berputus asa dengan musibah yang menimpa.

”Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman”’ ( Surah Al-Imran ayat 139 )

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ( Surah Al-Baqarah ayat 45 )

Teruskan mendapat rawatan dan jadikan segala musibah yang menimpa sebagai suatu titik perubahan untuk kita lebih dekat dengan Allah.

”…dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” (Surah Yusuf ayat 12 )

 

Allahu a’lam

 

Susunan : Dr Zubaidi bin Ahmad (150111)

55 comments

  1. rosaini bnti salleh

    saya ingin bertanya apakah punca panik disoder diebabkan oleh saka.bagaimana cara untuk mengubatinya.

    • Salam semua,
      Saya hast salah seorang penghidap anxiety disorder.Sudah hampir 2 bulan saya menghidapinya dengan tanpa apa-apa amaran yang jelas.sewaktu itu sy amat-amat takut apabila perasaan yang amat sangat takut seumpama ingin mati.Sehinggakan hampir semua orang yang saya jumpa saya ceritakan yang saya akan mati.Cuba bayangkan perasaan yang tidak menentu seolah-olah jiwa ini di racau-racau sehinggakan tidak boleh benafas dan seluruh badan tiada tindak balas.Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.Semenjak hari itu saya membuat perlbagai kajian mengenai tanda-tanda yang saya alami ini.Bayangkan waktu itu saya langsung tidak mengetahui mengenai penyakit ini dan apabila bertanya kepada semua kawan-kawan, mereka memberikan pelbagai versi sakit saya ini dan yang paling parah ada yang mengatakan masa saya untuk MATI sudah sampai.Apa lagi makin teruk keadaan saya.Saya cuba pelbagai cara untuk merawat tradisional namun tiada sebarang jawapan yang boleh membuatkan saya sihat semula dan saya semakin kecewa.Suatu hari saya clik di internet mengenai tanda-tanda yang di alami dan terkeluar perkataan PANIC DISORDER dan ANXIETY DISORDER.Saya baca dan terus membaca untuk memahami benarkah saya salah seorang penghidapnya.Ianya memang ada persamaan tanda-tanda tersebut.Namun gerak hati saya mengatakan mungkin secara kebetulan.Saya terus pergi berjumpa dockot untuk pengesahan dan sememangnya saya salah seorang penghidap.Diwaktu itu saya rasa ada sinar kembali dalam diri ini untuk kembali normal.Doctor saya memberikan ubat tidur supaya saya tenang.Namun ianya hanya sementara dan penyakit saya datang kembali dan semakin teruk sehinggakan saya perlu teman sepanjang masa.Dengan semangat ingin pulih dan tidak mahu menyusahkan sesiapa saya terus membuat kajian di internet dan saya menjumpai jenis rawatan secara herba dan alhamdullilah saya mengunakannya sekarang dan memang nampak kesannya.Ubat tersebut boleh di dapati di mana-mana farmasi tanpa perlu pergi ke kaunter farmasi.Namun ubat tersebut perlu di ambil mengikut sukatan yang di berikan.Nama ubat tersebut ‘PASSION FLOWER’ dan saya membeli atas jenama ‘SOLARAY’.Sebenarnya ada 2 lagi jenis herb yang boleh mengawal penyakit ini iaitu KAVA-KAVA dan VALERIANA.Tetapi yang 2 itu agak sukar didapati.Jadi kepada semua rakan-rakan saya yang senasib dengan saya jangan bimbang atau sedih Allah menjadi tumbuh-tumbuhan untuk manusia mengambil manafatnya jadi ini lah ia manafat yang saya perolehi.Walaupun saya merasakan saya semakin pulih namun saya tetap pergi berjumpa psychiatrist untuk rawatan lanjut.Doakan saya sihat semua yea.Sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengambil ubat yang saya cadangkan cuba buat kajian dahulu di dalam internet ini.Kepada Dr.Zubaidi terima kasih membuat blog ini untuk kami semua.

    • boleh bagi tahu di farmasi mane saya boleh beli passionflower, agak sukar cari di farmasi setakat nie

  2. terima kasih, aktikel yang sangat bagus. ramai diantara kita yang menghadapi masalah seperti ini tanpa di sedari, insyallah bolehlah berkongsi maklumat nie dengan sahabat-sahabat yang lain.

  3. I.allah kalau dilihat kepada keadaan puan tu mgkn ada tanda2 gangguan jin dalam diri puan..sbg permulaan amalkan membaca yaasin dan surah addhukan….dan puan pergilah mana2 pusata rawatan islam utk mendapatkan bantuan…sy sendiri sbg pengamal perubatan islam (alquran dan assunnah) telah berjumpa dgn ramai pesakit yg mcm ini…wallahuaklam

  4. assalamualaikum..saya menderita penyakit nie selama 4 tahun..sy jumpa pakar psikitari utk terima rawatan..sy diber ubat jenis xanax dan lavox..hanya sekali sy makan kerana ditegur oleh seorang rakan yg mengatakan ubat itu boleh menimbulkan masalah buang pinggang..saya semakin resah..hanya mampu berdoa kepadaNYA…

    • wa alaikum mus salam… maaf ya. Kalau saya buat andaian begini… kita mempunyai kereta yg rosak. Mekanik kata kena tukar brek kereta sebab sudah tak berfungsi. Kawan sekolah kita kata tak perlu tukar sebab nanti kereta jadi rosak… Mendengar nasihat sahabat yang tidak ada pengetahuan perubatan menasihati tentang ilmu perubatan bukanlah suatu langkah yang baik. Saya tidak memaksa, kerana kesembuhan datangnya dari Allah, tapi jalan menuju kesembuhan haruslah diusahakan dengan jalan sunatullah yg betul.

  5. Asssalam. Dr. saya salah seorang pengidap Anxity disorder.telah lebih 11 tahun saya ada ketumbuhan bawah telingan yang ntelah mencecah 10cm sekarang tapi tak berani nak bedah. sampai masa nak bedah saya selalu sakit. camna nak atasi

  6. salam doc, sejak suami saya didiagnos ada ketumbuhan otak “central neurocytoma”, saya cepat panik dan risau. lebih2 lagi bila saya menunggu hampir 10jam di luar bilik bedah dan mcm2 dah dlm pikiran saya. namun syukur kpd Allah kerana suami saya selamat dan alhamdulillah hingga kini tiada lagi kesakitan yg dialami. cuma perlu pemantauan melalui MRI setiap 6bulan atau yearly check up. semenjak hari itu, saya rasa saya mengalami anxiety disorder. saya cepat panik, cepat takut, cepat risau.. the past few months saya diberi ujian lagi bila hampir tiap2 bulan anak saya kurang sihat. saya masih ingat bila anak saya kena demam panas, dan saya ER, suhu dah naik hingga 40c. masa tu saya dah panik dan rasa nak pitam. dan kerisauan saya semakin teruk bila saya baca artikel2, blog2, surat khabar yg menunjukkan penyakit atau kematian. bila saya baca kisah org tu sakit, saya rasa saya pun ada sakit mcm tuh.. bila saya baca simptom2 sesuatu penyakit, saya pun rasa saya ada simptom2 tu. mmg saya ada kena darah tinggi slps bersalin, tp telah berjaya dikawal dan doc dah xbagi ubat. tiba2 2minggu lepas, jantung saya berdebar2, laju.. saya panik! saya rasa mcm nak kena stroke atau sakit jantung. rasa mcm nak mati pun ada. tekanan darah yg saya check sendiri, jadi tinggi, sbb saya terlalu risau dan panik. saya jumpa doc pakar.. doc tu check saya, buat ujian ECG dan dikesan ada sinus tachycardia sbb pulse saya laju 109 (kemungkinan sbb masa buat ujian tu saya berdebar2) dan diberi jam BPro utk monitor BP saya selama 24hrs. bila result keluar, BP saya dalama graf normal. doc tu ckp tak perlu ubat, cuma kawal berat badan, pemakanan, dan kurangkan stress. tapi masalahnya, saya masih lagi risau. saya rasa xkeruan. saya rasa mcm ada penyakit tp xtau sakit apa. skrg ni doc tu tgh buat ujian lagi, sbb melalui ujian darah, gula dlm darah borderline, dah ada blood trace dlm kencing saya. saya kena buat ujian sekali lagi, sbb 2,3 hari selepas ujian air kencing tu saya dtg haid. kemungkinan air kencing bercampur darah haid.

    apa yg merisaukan saya, adakah saya ni anxiety disorder atau mmg saya ada sakit lain?

    • Oleh kerana soalan puan bersifat khusus dan peribadi, saya cadangkan puan pergi ke ruangan Tanya Doktor. Puan digalakkan memberikan komitmen kepada Dr Zubaidi untuk mendapatkan sesi konsultasi. Soalan puan bakal dijawab oleh beliau dgn secepat yang boleh sbg membalas komitmen puan. Terima kasih.

  7. salam doc,saya ingin menanyakan langkah-langkah yang elok bagi dilakukan sekiranya terkena serangan anxiety disorder ini,

  8. salam doc,saya dah menderita penyakit ni selama 6 tahun..bila sy stress,sy akn sesak nafas,loya,pandangan kabur dan rasa nak mati..sy di beri ubat xanax dan luvox tetapi semenjak psikitari kata “kalau tak mampu membeli ubat ini,sy akn refer hospital permai utk awk ambil ubat”..sy terasa dunia sy gelap dan tidak percaya sy ni kategori org gila…segalanya bermula apabila emak sy meninggal,ayah sy seorang panas baran,sy dilahirkan dikalangan org berada,tetapi sy sgt tertekan…bukan duit masalah sy,tp kasih syg yg membuatkan sy depress..adakah penyakit ini akan sembuh??sy sudah amalkan gaya hidup sihat dan bersenam,tetapi ia tidak sembuh seratus peratus..malah ketika sy bersenam bersendirin,ia datang menyerang..terasa mahu memanggil ambulan..

  9. Nur Hidayah Bt Ab. Razak

    Doktor,saya skarang mengalami masalah ini…..dan sedang mendapat rawatan di hospital putrajaya….tambahan saya ada masalah SLE….ade x cara lain untuk saya menjadi normal seperti dulu???….

  10. Salam. Dr saya ada masaalah Large left parotid tumour – Acinic cell carcinoma, tetapi trauma ketika dibilik bedah buat saya gagal buat pembedahan walaupun telah 3 kali appointment. Selain op adake cara lain nak buang/kecilkan tumor. pada ,asa ini saya makan shark cartilage. ubat homopati dan biji apricot. (vit B17). Tolong mendapat penjelasan dr

  11. Salam.. Dr, saya mmpunyai simpton2 Anxiety Disorder ni. sudh agak lama saya mengalaminya.. cuma dalam tempoh tempoh 2 tahun ini, saya semakin kerap mengalaminya. Mungkin disebabkan masalah keluarga yang saya hadapi betul2 membuatkan saya mengalami tekanan perasaan yang melampau.. saya ingin nasihat dr dan bagaimana nk merawatnya.. kesihatan saya pun sejak akhir2 ni menurun.. mukin terlalu risau, bimbang dan kecelaruan fikiran yang saya alami.

  12. saya ingin kongsi pengalaman sy sebagai pesakit yg mengidap anxiaty disorder selama 3 tahun.. Sebelum sy mengalami anxiaty disorder Sy adalah seorg yg ceria dan kehidupan sy penuh dgn pengalaman yg menarik. Sy bertugas diawan biru, hobi sy scuba diving, memanjat gunung, bermain ski, bungee jumping,sy pernah meneroka eropah sendirian..hanya bertemankan buku2 sy baca sepanjang percutian. Detik hitam dlm diri sy bila sy termakan pujukan teman untuk menyelesaikan masalah pertambahan berat badan yg sy hadapi. Sy ambil pil untuk menguruskan badan. Hasilnya sy tetiba tidak boleh memandu kereta, tangan mengigil, selalu gelisah, jantung berdegup kencang, sy x boleh tido mlm. Siang mlm panic seperti org yg mengalami serangan jantung. Sy berkali-kali masuk wad kecemasan dan dibenarkan balik keesokannya sb ujian apapun menunjukkan sy normal sehinggalah sy dirujuk pada pakar jiwa di hukm.sy di bawah jagaan profesor dr maniam. Dlm setahun, dgn ubat dan sesi terapi sy sembuh. Biar tidak sepenuhnya tp sy dapat jalani kehidupan yg alhamdulillah ok, biar masih tidak boleh membawa kereta jauh sendirian dan takut untuk keluar rumah sendirian tp serangan anxity menurun dari sekala 10 kepada 1 biarpun sy sudah tidak bergantung pada ubat penenang.. Caranya sy byk mengkaji tentang penyakit ini dan sy dapati ramai org yg senasib. Jadi timbul kelegaan disitu yg sy bkn keseorangan. Sy gantikan ubat penenag dgn amalan permakanan yg baik..sy redha,sy sentiasa melawan fikiran negative, elakkan suasana yg akan membuat kita stress atau anxiaty,sy berkongsi masalah dgn keluarga dan kwn2..bersikap terbuka,dan sy tidak putus asa mencari jalan terbaik untuk mengubati diri biarpun payah. walaupun sy tidak boleh menjadi seperti diri sy yg dulu sy tetap cuba menjalani hari2 sy dgn mood happy..walaupun kekadang sy dpt rasakan kehadiran anxity dlm diri sekali sekala.. Sy tidak akan membiarkan penyakit ini membataskan kehidupan sy secara total. Jika ada sesiapa yg hendak berkongsi pengalaman,. Boleh menghubungi sy melalui email abcmediaexpert@yahoo.com.

  13. kawan2 , adakah anxienty satu penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan??

  14. saya mengalami kecelaruan panik.. citanya bermula pas sya ziarah kwn mningal.. pas tgk ja sya jd pendiam dan tergaman munkin ketika itu semangat sya lemah.. bermula episod itulah sya selalu jd takut.. mlm 2 tdo mimpi batu nesan,, esok nya sya sja la cri taksifran mimpi 2.. tiba2 terklik kt artikel tanda tanda ajal makin dekat. 100,40,7,3 dan 1 hari.. bl baca ja teruk sya jd tergaman dn ketakutan sya makin bertambah smpi kn 1 ary sya x mkn.. klau makan pn sekeping roti dan secawan air.. sejak dari itulah sya jd suka menyendiri,nk kuar umah pun takut,badan selalu sejuk.badan kebas kadang2 bergetar dn berdenyut, pendek kata sejak terbaca irtikel itulah hidup sya jd dibenlengu ketakutan.. nk bwk motor pn takut.. sy akn berasa bl sy bwk ja moto mst akan kemalangan dan mati.. begitu juga bila nk tdo.. kdg2 nk tdo pn akn fkr klau sya tdo esok sya bleh bgun tak… bl dh jd makin x terkawal sy berwuduk dn bt solat sunat 2 rakaat dn baca al fatihan.ayat kursi dan len2 lg surah alhamdulilah sya jd kuat semangat ckit.. tapi ketakutan 2 msh ada.. sesiapa yg mnpunyai masalah bleh kongsikan dgn sya

    • ashraf daniel

      tapirjawa1989@yahoo.com ym sy..blh kongsi2 msalh..

    • assalamualaikum saudara firdaus, saya pun mengalami masalah yang sama seperti saudara, badan berdenyut2, kadang2 1hari tuh badan berdenyut2, rasa mcm nak mati je, bila saya baca balik artikel saya rasa pelik disitu tertulis selepas waktu asar tapi apa yang saya alami tiap2 hari dan kalau boleh tiap masa, apa2pun saya hanya berserah kepada Allah swt, mungkin ini adalah hidayahNya kepada kita supaya kita tidak leka dengan dunia dan sentiasa mengingati mati, tapi saya hanya percaya ajal tu rahsia allah kita xtahu bila ajal kita, yang paling penting kita kena selalu dekatkan diri dengan Allah dan banyak2kan berdoa dan berserah diri kepadaNya :)

  15. Situasi saya persis dengan saudara Firdaus91… Setiap hari saya fikir ttg kematian shinggakan mnganggu tugasan sy sharian… Harap Dr boleh mmbantu mengatasi msalah saya…

  16. Bustaman Ismail

    Dr saya mengalami masalah panik atack semenjak th 2007,sebelum itu hidup saya amat ceria,dimana saya di serang penyakit gastric,kekeliruan dari itu saya di nasihat oleh pakar hospital pusrawi utk dapat rawatan psikatrik.

    Setelah beberapa ujian dijalankan saya disah mengalami masalah ini oleh pakar Psikatrik HKL dan di bekalkan Luvox dan xanax (bila perlu).setelah mengambilnya pada 2009 saya berhenti mengambilnya tanpa pengentahuan pakar,baru baru ini saya diserang sebanyak 4 hari berturut2.sekarang saya kembali dgn dos yg lebih tinggi 100mg.boleh Dr bantu saya macamana nak pulihkan penyakit ini selain dari pengabilan ubat. tq

  17. irfan nasry,21

    masalah sy sme dgn firdaus..80% sama..yg 30% lg..kisahnya mula2 sy disahkan trkena pnyakit uluran angin..sbb sy sering pening2 kepala sesak2 nfas..sy kena 2,3 sblom umat islam mmulakan bulan puasa 2001..start pd tu..sy mkan ubat apa saja ubat yg brkaitan dgn pnyakit angin ni,prgi brurut..spaikn hmpedu ayam pn sy tlan..lama jgak..sy sbar ng pnyakit ni (skip raya puasa)..smpailh..umat islam nk mnyambut hari raya haji,raya haji ke-3 trdetik dihati nk try rwatan syifa..dgn izinNya perawat tu kata..sy trkena gngguan saka dn jga sihir..sblom tu sy dh prgi cek darah di klinik krajaan..dktor ckap smua normal..sbb sy rsa brdebar2..gelisah,srba tak kena jadinya sy igt tu cme smpton pnyakit angin.Jadi start dr tu sy brusaha mrawat mslah gngguan ni..dh 2,3,4 prawat sy jmpe..smua ckap da kurg gngguan yg sy kena ni tp sy rasa kesannya ada lg..rasa jdi tak tentu arah..dh jadi lbih kurang simpton panic disorder..sume simpton tu ad pd sy..sy dah xthu nk buat mcam mana,sy trsepit antara msalah gangguan saka atau panic disorder ni..(trlalu pjg cerita sy..tp sy cba pndekkan,maaf)

  18. sy paham perasaan kt yg mgalami panic disorder. sy kene serang lepas bpak saudara sy meninggal. sy dh hampir 8kali g hosp ble kene serang. jiwa tertekan sgt. tp ble buka 1blog n sy tbc byk rakan2 senasib dgn kt disitu mcerita pglaman. sy rasa tenang sgt2 n panic 2 hlg mcm 2 juga. sy slalu solat bdoa merayu pada allah. allah maha kaya. sy dah ok skrg. sy skrg kerap pergi melancong tok tenangkan hati sy. klu ada sape2 nak dptkn info leh msj di fb sy. kura_race@yahoo.com

  19. Selamat tengahari,
    Doctor saya mengalami masalah ini sejak kecil, saya tak tahu apa masalah saya sebenarnya,saya sering berasa takut dan gelisah.kalau sakit sikit saya akan mula risau yang saya menghidapi penyakit serius, jika saya terbaca apa2 artikel atau simptom penyakit…saya akan berfikir banyak dan takut adakah saya juga mempunyai penyakit tersebut dan takut saya akan meninggal. Jika ahli keluarga saya sesiapa sakit, saya akan mula gelisah dan fikir bukan2. Kesihatan saya juga sering terganggu….sering rasa tertekan, sakit kepala, sakit badan, penat, takut, burning sensation, kemurungan dan sering memikirkan sesuatu dan menangis. Saya telah menjalani urine and blood test….semua ok.Bila saya bersama dengan family dan kawan2 saya berasa normal dan sihat. tetapi saya tak tahu apa masalah badan saya yang sering berasa burning sensation, sakit leher n kepala….dah refer dgn doktor….doktor kata masalah urat….doktor tolong beri pendapat….saya risau. Terima kasih.

  20. Saya rasa saya mengalami panic attack..tapi setelah memakan ubat dari psiketiari saya mengalami side effect iaitu sukar bernafas..sehingga sekarang saya tidak memakan ubat itu lagi..apakah cara yang terbaik untuk saya mengelakkan rasa panik??

  21. sy tahu apa masalah sy… seminggu yg lepas semasa memberi susu kepada anak tiba-tiba saya terfikir jika sy meninggal dunia siapa yang nak jaga anak2 sy yang masih kecik… selepas itu sy ada survey tentang kematian… sy terklik pasal kematian 40,7,3 dan 1…lepas dr itu sy terus rasa takut, nafas sy semakin laju dan terus memikirkan apa yg akan jd sekiranya ada kematian diantara keluarga sy.. sy tak bleh fokus apa yg sy buat… sy ilang selera mkn… mkn pun macam terpaksa…. sy takut nak melakukan apa2 kerja.. macam2 sy fikir sehingga hilang fokus berkerja, tidak ada mood dlm hidup ni…. rasa hidup sy kosong…. doktor boleh tolong beri pendapat… sy risau dan buntu memikirkan skrg ni apa yg harus sy lakukan

    • noma :) and all, first time kena this attack masa 21 jan 2012. saya sedang memandu. semua simptom sama sahaja mcam kamu semua, kalau ada rasa nak share, or we can have a cup of coffee and talk about this :) find me on fb dortstyle.republic@yahoo.com

    • puan noma,
      sama pun merasai seperti apa yg puan alami..hmpir tiap masa sy memikirkan hal2 kematian.seolah2 sy dah hmpir dgn mati.pd suami & kawan2 sy ceritakan hal ini.setiap hr bla hal2 ini berlegar2 dlm fikiran sy jd sesak nafas…mula la igt mn tahu ini petanda kematian dah hmpir.resah gelisah hr2 d rasai..fikir klu sy mati kesian anak2 masih kecil,kehidupan mereka bla sy tiada nnti,bgimn keadaan sy di alam kubur nnti..takut,takut dan trus takut…tp skrg alhamdulillah keadaan ini beransur pulih w/pun tak sepenuhnya..sy amalkan zikir harian..bla teringat sj sy zikir.sy baca al-quran..lps solat sy mohon di lindungi oleh syaitan…cuba la…insyaallah..

  22. salam.saya masih menuntut di sebuah ipta. saya merasakan tekanan yg sya hdapi semakin teruk. sy dpt sakit kepala yg sgt teruk. emosi sy tidak menentu. sy selalu marah2,kdg2 risau xkene tmpt..bnyk lg..sy juga rasa lemah lesu sentiasa. selera mkn sy semakin kurang.setiap kli sy mkn mmg xkn habis. ini smmg nya mngganggu pelajaran sy..sy skrg terpaksa brgantung kpd ubat utk sakit kepala sy. sakit2 lain sy trpaksa biarkn.kdg2 dada sy sakit..sy selalu fikir pasal mati. lebih mnyedihkan sy selalu buat org yg rapat dgn sy sedih krn sy selalu bagitau yg sy da nk mati..sy rasa mungkin sy perlukn ubt penenang..tambahan dgn masalah di ipt,.masalahn dgn rakan2,org lain..menambahkn tekanan sy..sy jika trlampau risau,takot,sy akan rasa sesak nafas..sy buntu..sy xtau apa harus sy buat..dr kecil mental sy di dera..emosi sy..mungkin kesan nya sekarang sy dpt..mungkin..sy benar2 buntu..bg sy,jika sy hidup menyusahkan org lain,terutama org yg sy syg,lebih baik sy mati..

  23. Norazura mesran

    Akum Dr, saya ingin bertanya soalan ini adalah mengenai adik saya yang sakit akibat tekanan perasaan..kami sekeluarga telah berusaha berubat secara kampung tetapi gagal,..pernah adik saya mencuba untuk membunuh diri tapi dihalang oleh ahli keluarga yang ternampak,sekarang adik saya dah macam orang kurang siuman, kurus, tak suka pada mak ayah,tak nak tidur di rumah, selalu berjalan tak tentu arah,saya rasa sangat sedih pada adik saya sedangkan dahulu adik saya adalah seorang yang normal boleh berkerja, bargaul bersama kawan,keluarga,bergembira. kami sekeluarga tak tahu bagaimana dan macamana untuk pulihkan adik saya.adakah Dr dapat membantu dari segi nasihat atau boleh ke saya membawa adik saya bertemu Dr di klinik @ Hospital?saya berharap sangat Dr dapat membantu.Harap Dr dapat membalas email saya.Terima Kasih.

  24. Saya mengalami masalah ni selepas terkena serangan gastrik @ acid reflux seorang diri di bilik hotel. kesannya saya mula berfikir yg bukan2, simptom yg dialami sama seperti yg diceritakan oleh saudara-saudari semua. Hampir 4 bulan saya menderita, setiap malam mimpi buruk, takut tak tentu pasal, takut apabila membaca berita ttg kemalangan dan kematian, lemah semangat dan mcm2 lagilah. Saya dah berubat di Darussyifa,jumpa psikiatri dan sekarang saya makan ubat valdoxan. pernah makan ubat xanax apabila diserang panic attack ketika sembahyang Jumaat di masjid. setelah makan ubat tu saya rasa tenang kembali. Last2, saya ambik keputusan berubat dgn cara membaca ayat2 ruqyah setiap malam seblum tido, mendisipinkan diri membaca Quran selepas subuh dan maghrib,byk solat sunat dan zikir, cuba amal dan istiqamah dgn tahajud. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya merasakan ketenangan dan kerisauan saya semakin berkurangan walaupun kdg2 ada jugak masa nya saya risau. Saya tetap yakin bahawa kita semua akan sembuh total dr penyakit ini asal jgn berputus asa utk berusaha dan berdoa. Ikutlah nasihat doktor dan bykkan mendekati diri dgn Allah. Mudahan Allah menyembuhkan kita semua, Amin.

  25. Isteri saya mungkin mennghidap anxiety..doktor masih belum boleh memastikan..pada mulanya disangkakan epilepsi..cuma satu soalan, bolehkah pesakit anxiety bekerja? golongan ini kelihatan sukar menerima tekanan kerja..terimakasih

  26. assalamalaikum pada semua….
    saya salah seorang pesakit panic disorder… alhamdullilah semakin pulih… attack pun jarang belaku cuma x beranie buat kerja berat….setiap bulan brjumpa dengan doktor pakar psikitrist dr hatta di klinik hasnida btho…. saya dan rakan2 seperjuangan ada membuat talking group kalau berminat mari kita saling membantu.. boleh email saya ke azmif1@gmail.com jika berminat…

  27. salam dr dan semua.
    Sy rase sy pesakit panic disorder.sudah setahun 5 bulan sy bergelut dgn penyakit ini.sy sering cemas dan akn trus sesak nafas,b’debar2,rase spt nk mati.sy ada jmp doc,dan disahkn gastrik.sy sntiase rase xslesa pd perut,angin..sy xbole drive,sntiasa nk teman di sisi,xbole brada d tmpt awm,sesak,bising,hujan..sy bnr2 tertekan..sy dh mnyusahkn ramai org..tolong dr,

  28. Jam 12 lebih…tiba2 terbangun dr tidur..rasa susah nak.bernafas…kelam kabut bangun dr katil..cuba tenangkan diri…tapi nafas mcm dah x smpai ja…cpt2 ambik ubat penenang…alhamdulillah skrg dah ok..tapi stil risau..bila penyakit ni menyerang..mesti ingat dah nak MATI…nak cpt2 pegi hospital..pastu perasaan mesti sedih bila etngok anak2..Ya Allah..sembuhkan aku dr penyakit ini…beri aku kekuatan&panjangkan la umurku…..

  29. Assalam..saya juga mengalami anxiety disorder da masuk 3 tahun,dan boleh kata hampir setiap hari kena anxiety terutamanya bila waktu bekerja..asalnya saya seorang yang aktif bersukan dan suka bergaul dgn ramai kwn..tapi skg nak bawa kete jauh2 pun risau..disebabkan penyakit ni isteri saya terpaksa teman saya setiap kali keluar bekerja,saya ni keje luar pejabat,kesian juga kat isteri terpaksa tido dlm kete n makan minum dlm kete semata2 nak teman saya,da la dia sendiri pun bekerja penat..masuk kua hospital tu da biasa bagi saya sampai berpuluh ribu duit habis jumpa pakar..skg saya bersabar dan anggap ini semua ujian Tuhan utk saya dan moga terhapus dosa2 lampau saya,skg Alhamdulillah walaupun masih ada perasaan tu,jgn berhenti berusaha untuk sembuh dan yakin ini adalah penyakit emosi sahaja dan kita boleh melawannya..sesiapa ada masalah yang sama boleh la email saya,mungkin ini dapat membantu bile kita berbincang cara mengatasi masalah ni..kama.role82@gmail.com

  30. saya sudah 5 tahun hidap gastrik dan anxiety, on off on off..xselesa keadaan seharian. ari ni rasa tak sedap badan lagi.. ada tak sesiapa yang dah sembuh sepenuhnya.. boleh email saya atau fb saya.

  31. Salam,sy sudah 4 bulan mengalami anxiety..
    Apa yg blh sy kata kn saya dlm proses terakhir utk pulih..semuanya atas usaha pembacaan dan pengetahuan yg penuh tentang anxiety dan mendapatkn bantuan yg betul..
    Alhamdulilla… Sy juga x mengambil sebarang pill..just kawal sendiri..tetapi sekiranya anda telah menerima rawatan daripada doctor teruskn..saya cuma menerima rawatan kaunseling..selebihnya atas usaha sendiri..:-)
    Apa yg blh sy kongsikn..jgn tergesa2 untuk rasa pulih,mesti mempunyai rasa kesabaran yg tinggi,cut off coffee,tea,regulary exersice,eat healty..n penting..untuk pulih anda harus terima kenyataan yg anda
    Mengalami anxiety..dan willing to feel semua symptom anxiety..jangan mengelak atau melawan..just allow them n feel them.insyallah anda akn berasa tenang..semasa anda anxious atau panic just feel them dan cuba untuk betenang..jgn mengelak atau lari dari mereka..amxiety will never hurt u..anda akn mendapt confident.. N satu ubah cara hidup ke arah lbh sihat..
    Sekiranya ingin berkongsi masalah boleh la email saya ke
    Pvionaa_lulu@hotmail.com
    P/s you will never get better until you stop to feel better..
    And To lose fear we must willing to feel it and slowly we akan ok..insyallah..

  32. Salam,saya tahu ada yg berfikir dia akan mati dan going insane/gila…the answer is NO…
    Tu cuma part of anxiety symptom..n ia x akan terjadi…
    Puncanya daripada fikiran kita yg x henti2..our mind cant stop thinkin n overflow..mind exhausted..
    So,bila fikiran2 mcm tu dtg atau ketakutan,panic apa saja symptom anda..just face them n feel them but (Dont try to anylese them)..jgn avoid dari feeling tu semua..slowly u akan relax..just cont to do thiss..
    Or do breathing exersice..ok..good luck.:)insyallah akan mendapat kesembuhan daripada allah…the day will come..trust me..
    P/s elak kn masuk forum yg membuatkn diri anda lebih anxious..
    Bergaullah dgn org yg positif..klu sy blh anda juga pasti boleh
    …ingat nikmati penyakit dan kesusahan allah beri
    Kepada kita dan semua nya ada hikmah yg tersembunyi..,

  33. I asked Allah for strength and Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom and Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage and Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love and Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours and Allah gave me opportunities. Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed

  34. Saya pun sama. mengalami masalah anxiety sejak tahun lepas. bulan ogos. tu pun saya yg nak g sendiri jumpa doktor psikitari. bukan doktor syor. saya mmg ada reflux dan gastrik teruk dari sek men lagi. dan bbrp kali masuk wad dari blajar universiti sampailah dah keje. masalahnya, doktor psiktari sendiri bukannya bagi motivasi, malah menyalahkan saya. saya alami masalah ni apabila sering kena marah dengan majikan. saya dituduh tak amanah, tak layak jadi guru, sekolah tidak percaya saya lagi. saya jadi takut dan panik untuk g keje. dan bila jupe doktor psikitari, saya jadi serik. dan saya terpaksa amik cuti tanpa gaji berbulan. saya mohon doktor bagi sebulan cuti. tapi doktor taknak bagi. saya mmg tak mampu nak g keje. sekolah membuatkan sya takut. dan sbb tertekan, saya amik cuti tanpa gaji yang lama. dan ini menambahkan beban bila saya kena pk pulak macam2 hutang.yang saya nak kongsi dengan doktor zabidi, walaupun tahun ni saya dah mula bekerja, tapi ada jugak tak datang keje sbb ada lagi kesan ni. walaupun dah makan luvox dan xanax. tapi saya tak tau nak amik mc kat mana. sbb doktor psiktari spital pun wat saya makin tensen. bila malam, pk esok, nanti kena marah, sbb tak ada mc. lagi jadi anxiety.

    • Saya pun sama. mengalami masalah anxiety sejak tahun lepas. bulan ogos. tu pun saya yg nak g sendiri jumpa doktor psikitari. bukan doktor syor. saya mmg ada reflux dan gastrik teruk dari sek men lagi. dan bbrp kali masuk wad dari blajar universiti sampailah dah keje. masalahnya, doktor psiktari sendiri bukannya bagi motivasi, malah menyalahkan saya. saya alami masalah ni apabila sering kena marah dengan majikan. saya dituduh tak amanah, tak layak jadi guru, sekolah tidak percaya saya lagi. saya jadi takut dan panik untuk g keje. dan bila jupe doktor psikitari, saya jadi serik. dan saya terpaksa amik cuti tanpa gaji berbulan. saya mohon doktor bagi sebulan cuti. tapi doktor taknak bagi. saya mmg tak mampu nak g keje. sekolah membuatkan sya takut. dan sbb tertekan, saya amik cuti tanpa gaji yang lama. dan ini menambahkan beban bila saya kena pk pulak macam2 hutang.yang saya nak kongsi dengan doktor zabidi, walaupun tahun ni saya dah mula bekerja, tapi ada jugak tak datang keje sbb ada lagi kesan ni. walaupun dah makan luvox dan xanax. tapi saya tak tau nak amik mc kat mana. sbb doktor psiktari spital pun wat saya makin tensen. bila malam, pk esok, nanti kena marah, sbb tak ada mc. lagi jadi anxiety.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang saudara hadapi.

      Setelah membaca masalah saudara, saya dapati masalah yang mendesak ialah keperluan untuk mendapatkan MC apabila saudara diserang anxiety attack.

      Saya juga agak kecewa bila membaca komen saudara terhadap doctor psikiatri yang saudara jumpa, “doktor psiktari sendiri bukannya bagi motivasi, malah menyalahkan saya”.

      Sepatutnya doctor psychiatrist lebih mesra pesakit kerana mereka tahu bahawa pesakit mereka mengalami masalah tekanan jiwa.

      Untuk masalah ini, saudara berhak untuk membuat permohonan untuk berjumpa dengan pakar psychiatrist yang lebih mesra pesakit dan memahami jiwa saudara.

      Saya doakan saudara dipermudahkan ALLAH untuk mendapat kesembuhan.

      • Ramai orang anggap penyakit ini dibuat2 dan mengada2. betapa susah untuk terangkan pada orang. kecuali yg pernah merasa. Kalau bole, saya ingin dapatkan rawatan di hospital lain. Apabila saya diserang sakit, saya jadi tidak yakin untuk jupe doktor. Saya pun faham, doktor ramai pesakit. tapi ini bukan demam. ini tekanan jiwa. Ibubapa saya sendiri tuduh saya buat2 sakit. Kerana mereka anggap sakit kemurungan tak ada sbb fizikal sihat. Kerana belum pulih, dan takut nak jumpa doktor psikitari kerajaan, saya bercadang nak ambil cuti tanpa gaji. dan g hospital lain.

  35. Saya adalah salah seorang pesakit anxiety disorder yg sudah hampir 3 tahun. Keadaan ini bermula saya mengalami kemalangan jalan raya dan koma selama 11 Hari. kecederaan agak teruk dimana saya mengalami patah kaki. Selepas sedar dari koma saya mengalami gastrik yang amat teruk sehingga beberapa kali dimasukkan ke klinik. Disinilah bermulanya anxiety disorder sdimana saya rasa amat takut dengan sakit yang saya alami. Lama-kelamaan saya mula rasa yang saya pula mengalami masalah anxiety sewaktu memandu. Saya tidak boleh berhenti di traffic light dimana saya mengalami masalah berdebar-debar dan keresahan. Akhirnya saya dirujuk kepada pakar psikiatrik di sebuah hospital swasta. Cara rawatan hanya menggunakan ubat iaitu xanax(apabila terkena) dan juga lezanpro(waktu malam). Namun ianya mangatasi seketika sahaja. Sekarang saya mengikuti Psikoterapi pula dengan harapan masalah ini akan selesai. Saya tidak boleh duduk di tempat orang ramai dan juga bising. Agak terasa semasa berada di masjid ketika Solat jumaat sehingga terpaksa duduk di saf paling belakang sekali.

  36. Assalam,rakan2 boleh join group Anxiety Disorder Malaysian Community dalam Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Scroll To Top