Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE

toungue tie before

“Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak.

 

Masalah ini akan kesan pada pertuturan, dan penyusuan jika ia berlaku pada bayi.Ia dapat dikesan apabila:

 

  1. Sukar mengangkat hujung lidah ke bahagian belakang gigi kacip atas atau ke kiri dan ke kanan.
  2. Sukar menjelirkan hujung lidah melepasi paras gigi.
  3. Apabila lidah dijelirkan, terdapat bentuk lekukan di hujung lidah.

 

frenum-after

 

Jika hal ini berlaku pada bayi, dan dia mengalami kesukaran menyusu,selalunya doctor boleh lakukan pembedahan kecil dengan memotong frenulum tersebut. Prosedur ringkas ini dinamakan frenotomy.

 

Sementara bagi orang dewasa, oleh kerana frenulum telah menjadi tebal dan mengandungi saluran darah kapilari yang banyak, prosedur yang rumit dilakukan. Prosedur ini dinamakan frenuloplasty.

 

Frenuloplasty dilakukan selepas pesakit dipengsankan dengan ubat bius, dan dilakukan di dalam bilik bedah. Selepas frenulum yang dipotong, luka akan dijahit bagi mengelakkan pendarahan.

 

Selepas prosedur pembedahan frenuloplasty, senaman lidah mungkin disyorkan untuk meningkatkan pergerakan lidah dan mengurangkan potensi mendapat parut. Jika berlaku parut, berkemungkinan masalah

yang sama akan berulang.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: