Advertorial
Home » Doktor Menjawab » rawatan paltelet rich plasma

rawatan paltelet rich plasma

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)

 PRP 2

“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia.

 

Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik.

 

PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi plasma yang kaya dengan platelet. Platelet dalah satu jenis sel darah, yang penting untuk pembekuan darah.  Ia diharapkan dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

PRP 1

Selepas sampel darah diperoleh daripada pesakit, darah itu dimasukkan ke dalam mesin untuk  memisahkan darah ke dalam banyak komponennya. Plasma kaya platelet itu akan dikumpulkan dan dirawat sebelum disuntikkan ke kawasan yang cedera sama ada tulang atau tisu lembut (seperti tendon atau ligamen).

 

Selepas suntikan, pesakit mesti mengelak daripada latihan untuk tempoh yang singkat sebelum memulakan program senaman pemulihan.

 

Dalam beberapa kajian klinikal telah menunjukkan bahawa suntikan PRP telah mempercepatkan penyembuhan kecederaan otot dan sendi akibat trauma di kalangan ahli sukan seperti kecederaan  siku, pergelangan tangan, bahu, pinggul, lutut, buku lali dan tendon.

 

Rawatan ini telah menunjukkan tanda-tanda positif sebagai rawatan sampingan kepada pesakit osteoartritis. Teknologi ini juga digunakan untuk rawatan kosmetik muka bagi menegang kulit dan menghilangkan parut yang buruk.

 

 

Kesan-kesan sampingan suntikan PRP sangat sedikit kerana rawatan ini menggunakan darah mereka sendiri.

 

Pada saya ialah rawatan  yang  selamat dan berbaloi untuk dicuba, terutama apabila rawatan yang diberikan di hospital tidak memberikan kesan positif.  Rawatan ini harus dilakukan oleh doctor yang berpengalaman dengan menggunakan teknik yang betul.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: