Advertorial
Home » EKF » Rawatan Kanser Pangkal rahem tahap 3

Rawatan Kanser Pangkal rahem tahap 3

 

 

Perubahan pada permukaan pangkal rahem akibat kanser servik

Perubahan pada permukaan pangkal rahem akibat kanser servik

 

 

 

“Asalamualaikum Doktor. Saya ingin tanya masalah ibu saya yang disahkan mengalami kanser servik tahap 3. Apakah rawatan yang sesuai untuk penyakitnya tersebut memandangkan usianya telah menjangkau 64 tahun. Mohon cadangan Dr ke hospital mana saya perlu merujuk berkenaan penyakit kanser servik ini.. Terima kasih atas perhatian Dr. Wassalam”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya mengucapkan simpati dengan masalah ibu puan. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan agar dia diberikan yang terbaik.

 

Maaf jika penerangan saya sangat “direct to the point” dan menyinggung perasaan puan.

 

Kanser pangkal rahem atau kanser servik adalah antara kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 50an.

 

Selalunya wanita yang telah berusia akhir 40an atau telah menopause, mengadu mengalami pendarahan yang sedikit, tetapi tidak menghiraukannya, sehingga sel-sel kanser semakin agresif dan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak darah bersama lendiran yang berbau busuk.

 

Kanser pangkal rahem dapat dikesan dengan mudah denga pemeriksaan Pap’s smear. Namun orang Melayu kita agak “takut” untuk menlakukan pemeriksaan ini.

 

Kanser servik pada tahap 3, sel-sel kanser tidak lagi berada di pangkal rahem saja, tetapi telah merebak sehingga ke bahagian faraj, atau/dan dinding pelvis, atau/dan merebak ke ginjal dan saluran kencing ureter.

 

Selalunya doctor akan memberikan radiotherapy dulu, dan kemudian diberikan chemotherapy.

 

Bila keadaan sesuai, barulah pembedahan untuk membuang rahem dan pangkal rahem dan struktur di sekeliling yang sel-sel kanser telah menyerang.

 

Dalam kes ibu puan, selalunya jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa dengan begitu cepat. Saya mohon maaf jika ayat saya menyinggu emosi puan, tetapi itulah hakikatnya.

 

Jika ibu puan berada dalam keadaan sihat dan tabah, beliau digalakkan menjalani rawatan, radiotherapy, chemotherapy dan pembedahan.

 

Rawatan ini sangat menguji ketahanan tubuh pesakit, dan sokongan keluarga yang kuat sangat diperlukan.

 

Ramai pesakit yang tidak mendapat sokongan dari keluarga, akhirnya meninggalkan rawatan, menyebabkan sel-sel kanser menjadi agresif semula dan menyebabkan kematian yang cepat.

 

Jadi berbincanglah dengan ahli keluarga yang lain serta berikan ibu puan pilihan setelah mendengar penjelasan doctor yang merawat.

 

Ubat-ubat suplemen hanya membantu beliau menghadapi cabaran ini tetapi tidak merawat kanser dengan baik.

 

Walau pun segala kesembuhan itu datangnya dari ALLAH tetapi jangan mudah terpedaya dengan testimoni dan cadangan mengambil suplemen yang kononnya dapat mengubat kanser.

Namun begitu pilihan di pihak puan sekeluarga.

 

Boleh bawakan ke mana-mana hospital besar di mana-mana Bandar di Malaysia. Jika mereka tidak mampu melakukan rawatan, selalunya akan merujukkan ke hospital yang lebih baik seperti HKL.

 

Melenggahkan rawatan hanya akan mempercepatkan kehilangan nyawa.

 

Bagi wanita yang mengalami keputihan dan pendarahan, dan doktor mengesahkan tiada masalah serius, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Boleh mendapat info lanjut di  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: