Advertorial
Home » EKF » rasa sakit semasa hubungan intim

rasa sakit semasa hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM
 
 
 
Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.
 
 
Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.
 
 
Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal ataupun psikologi.
 
 
 
1. Kurang lendiran sebagai pelincin hubungan intim.
 
Semasa hubungan intim dilakukan, cecair akan dirembeskan oleh faraj dan pangkal rahim yang bertindak sebagai pelicin. Dengan melakukan ‘foreplay’ yang lebih lama, lebih banyak lendiran dikeluarkan bagi mengurangkan rasa ‘kering’ atau sakit semasa hubungan intim. Ketidakseimbangan hormon seperti selepas melahirkan anak, menyusu badan dan menopaus, boleh menyebabkan lendiran ini kurang dikeluarkan.
 
 
Saya mencadangkan bahan-bahan natural seperti Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Minyak Zaitun yang lebih selamat dari minyak atau bahan pelincir yang dijual di farmasi. Ia akan diserap pada mukosa faraj tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.
 
 
 
2. Penyakit Endometriosis
 
Penyakit endometriosis akan menyebabkan wanita yg mempunyai penyakit ini merasa sakit apabila berlaku penetrasi alat kelamin suami. Kadang kala mereka hanya berasa tidak selesa atau mungkin rasa seperti ditikam di dalam abdomen (pelvis) mereka.
 
 
 
 
3. Jangkitan kuman dan luka
 
Jangkitan kuman dan luka boleh menyebabkan rasa pedih, dan rasa sakit semasa penetrasi. Jangkitan kuman biasanya berlaku pada pundi kencing, faraj atau pangkal rahem. Ini menyebabkan bengkakan dan dan wanita itu akan berasa sakit bila organ ini disentuh oleh alat kelamin lelaki. Apatah lagi jika berlakunya luka pada organ-organ ini.
 
 
 
 
4. Masalah kecacatan organ faraj
 
Ada wanita yang dilahirkan dengan masalah kecacatan sejak lahir pada faraj dan menyebabkan rasa kesakitan dan tidak selesa semasa hubungan intim.
 
 
 
 
5. ‘Vaginismus’
 
Ada wanita yang mengalami masalah psikologi di mana tidak boleh relaks dan membuka bukaan kangkangannya semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Masalah ini dinamakan ‘Vaginismus’ apabila otot-otot peha mengalami kekejangan atau mengecut sehingga menyebabkan kedua-dua belah peha menjadi rapat. Wanita ini berasa sangat takut dan tidak boleh membuka kangkangan. Sudah tentu penetrasi secara paksa akan mkenyebabkan rasa sakit.
 
 
 
 
 
6. Mental trauma
 
Masalah psikologi seperti penderaan seksual, juga akan memberikan kesan negatif pada wanita. Mereka terbayang kenangan lama di mana mereka dipaksa dan terasa terhina. Jadi tidak dapat merasakan nikimat melakukan hubungan intim bersama suami. Ia juga menyebabkan lendiran faraj tidak dikeluar dan akhirnya rasa sakit menjadi berganda.
 
 
 
Saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan jika ada yang mengalami masalah rasa sakit semasa melakukan hubungan seksual.
 
 
Selain itu boleh mengambil beberapa suplemen bagi menggalakkan pengeluaran lendiran faraj dan mengelakkan kekeringan.
 
Saya mencadangkan mengambil EKSTRAK KACIP FATIMAH KELUARAN FRIMCO untuk masalah kekeringan faraj ini, atau menggunakan VIRGIN COCONUT OIL  sebagai pelicin bagi mengurangkan rasa sakit.

Klik di sini EKSTRAK KACIP FATIMAH, atau klik di si sini VIRGIN COCOCNUT OIL.

Boleh dapatkan dari rakan-rakan niaga kami atau melawan ke kedai online kami. Klik di sini NEEDS VENUE SDN BHD untuk ke kedai online kami.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!