Advertorial
Home » hubungan intim » RASA SAKIT SEMASA EREKSI

RASA SAKIT SEMASA EREKSI

RASA SAKIT SEMASA EREKSI

Ramai yang bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh segelintir lelaki, iaitu mereka mengalami masalah rasa sakit atau tidak selesa apabila mereka mengalami ereksi.

 

Sudah tentu ia mengganggu kemampuan untuk melakukan hubungan intim dengan lebih baik. Akhir ia juga menyebabkan mereka rasa takut bila diajak untuk bersama.

 

Adakah ia berkait rapat dengan kerosakan saraf?

 

Secara am ada beberapa masalah yang mungkin muncul ketika seorang lelaki mengalami ereksi. Ini mungkin menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada diri lelaki tersebut.

 

  1. Kulit menjadi merah dan mengelupas. Apabila ia disentuh, keadaan ini menjadi lebih teruk.

 

  1. Rasa seperti panas terbakar apabila mengalami ereksi yang maksima. Ini menyebabkan ereksi tidak bertahan lama.

 

  1. Rasa menyucuk yang datang dan pergi berulang kali.

 

  1. Rasa gatal dan apabila disentuh rasa pedih, terutama dalam keadaan panas dan berseluar ketat.

 

Banyak punca masalah ini. Antaranya:

 

  1. Mengalami penyakit tertentu. Antara penyakit yang berkaitan adalah penyakit “Peyronie” iaitu penyakit yang menyebabkan batang zakar mengeras dalam jangka masa yang lama sehingga menyebabkan rasa sakit. Jika ia berlaku dalam jangka masa yang lama, menyebabkan kerosakan pada tisu dan saraf. Pada tahap ini, rasa sakit apabila mula mengalami ereksi dan akhirnya ereksi tidak lama.

 

Penyakit diabetes dan multiple sclerosis juga menyebabkan rasa tidak selesa pada awalnya. Mungkin rasa menyucuk atau rasa seperrti terbakar. Jika penyakit ini tidak terkawal ia menyebabkan rangsangan ereksi terganggu dan tidak mendapat ereksi yang lama.

 

  1. Kecederaan pada zakar juga boleh menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa ketika ereksi. Kecederaan boleh berlaku kerana aktiviti seks yang berlebihan daan melampau bersama isteri. Kerap onani juga boleh menyebabkan kecederaan pada zakar. Ia menyebabkan luka pada zakar melecet dan terkoyak. Jika ia dilakukan berulang kali menyebabkan kerosakan pada tisu zakar. Ini menyebabkan rasa sakit atau tidak selesa ketika mengalami ereksi.

 

Selain itu kecederaan pada penis boleh berlaku ketika aktiviti bersukan terutama atelet berbasikal.

 

  1. Penurunan hormon testosteron yang menyebabkan masalah tidak mahu berereksi atau ereksi yang tidak kekal lama, tiada keghairahan dan mungkin rasa sakit ketika ereksi.

Buatlah pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap hormon bagi mengetahui punca masalah ini terutama apabila setelah berusia 45 tahun.

 

Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, walaupun ia menyebabkan rasa malu, namun perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan doktor.

 

Sumber: McGurgan, Holly. 2019. Possible Causes of Penis Pain and How to Treat It.

 

Bagi yang ingin mendapatkan Ekstrak Tongkat Ali Phytoplus, boleh hubungi staf saya.

Puan Zurina 0193389668

Puan Hasnah 0126733955

Cik Fizah 0137046851

Puan Raudhah 0199800764

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: