Advertorial
Home » Vitamin E » rasa sakit selepas pembedahan

rasa sakit selepas pembedahan

RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN APPENDICECTOMY

 

 

Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya telah menjalani pembedahan laparoscopy appendictis kira-kira 4 bulan yang lepas. Namun sehingga ke hari ini, bermula sebulan selepas pembedahan tersebut, sakit yang sama di bahagian bawah kanan perut seperti appendiks kerap berulang. Dan score sakit kekadang mencecah 7, dan range sakit 5-7. Ultra sound serta ct scan telah dibuat pada bulan lepas dan result hanya mendapati terdapat kumpulan najis di bahagian kanan usus, dan ubat telah di ambil untuk itu. Adakah normal untuk rasa sakit yang sama berulang ulang untuk tempoh yang lama dan sangat kerap. Terima kasih atas pencerahan.

 

 

Walaikumussalam.

 

 

Pembedahan appendicectomy adalah pembedahan yang membuang appendix yang bengkak akibat jangkitan kuman. Ia dilakukan dengan dua  teknik berbeza. Satu dengan cara membelah lapisan lapisan perut (teknik laparotomy) dan satu lagi dengan membuat 3 lubang pada abdomen (teknik laparoscopy).

 

 

Teknik yang pertama melibatkan luka pembedahan yang besar, tetapi memudahkan pakar bedah melakukan pembedahan dengan lebih sempurna. Tetapi jangka masa untuk sembuh agak lama sebab luka yang agak besar.

 

 

Teknik kedua pula melibatkan luka pembedahan yang kecil, tetapi hanya pakar bedah yang telatih saja dapat melakukannya pembedahan ini dengan baik kerana ruang pembedahan untuk mengeluarkan appendix agak terhad. Jangkamasa sembuh lebih cepat disebabkan luka yang kecil.

 

 

Oleh kerana pembedahan appendectomy melibatkan luka pada usus besar, namun ia boleh menyebabkan pesakit mengalami cirit-birit setelah beberapa hari.

 

Kadang-kala pula menyebabkan sembelit kerana kesan ubat tahan sakit (terutamanya tramadol) yang diberikan.

 

Pembedahan ini juga boleh menyebabkan usus kecil, terutamanya ileum tidak berfungsi dengan baik. Ini mengakibat abdomen menjadi kembung, rasa loya dan muntah.

 

Biasa juga berlaku apabila luka pada usus besar yang dijahit selepas mengeluarkan appendix menjadikan bahagian usus yang luka menjadi bengkak, sehingga menyebabkan usus tersumbat buat sementara. Bila bengkakan itu menyusut, ia masalah ini akan berakhir.

 

Namun luka pada usus ini boleh menyebabkan parut yang menyebabkan sumbatan yang lebih lebih kekal. Ia juga menyebabkan rasa sakit pada bahagian sebelah kkanan dan bawah abdomen.

 

Berbalik pada masalah yang tuan nyatakan. Cara terbaik adalah berjumpa semula doctor yang melakukan pembedahan. Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan lanjut.

 

Tuan juga telah membuat pemeriksaan ultrasound dan CT scan, dan menunjukkan “terdapat kumpulan najis di bahagian kanan usus”. Saya percaya doctor telah memberikan antibiotic yang bersesuaian.

 

Oleh kerana ia adalah luka dalaman, makai a mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Saya menjangkakan antara 6-12 bulan untuk tuan rasa benar-benar sembuh dari rasa sakit.

 

Nasihat saya teruskan pemeriksaan berjadual yang ditetapkan oleh doctor. Ambil suplemen seperti vitamin E dan C bagi membantu penyembuhan bagi luka dalaman. Di samping itu Zink dan seleneium juga sangat bagi bagi mempercepatkan penyembuhan.

 

Semoga bermanfaat.

Boleh dapat Vitamin E Tocotrienol keluaran Sime Darby dari wakil kami.

Klinik pada bendera yang berkaitan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: