Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

woman baby

 

“Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.

 

Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.

 

Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.

 

Jika puan merasa sakit selepas menyusukan anak puan, berkemungkinan susu yang dihasilkan oleh kelenjar susu masih berkumpul di dalam saluran susu kerana tidak habis dihisap oleh bayi puan.

 

Puan boleh menuam payudara puan dengan kain yang suam-suam panas, bagi mengurangkan rasa sakit ini.

 

Pengumpulan susu sebegini sangat bahaya kerana ia akan mengundang jangkitan kuman ke dalam payudara puan.

 

Saya mencadangkan jika puan mengalami rasa sakit, bengkak dan merah pada payudara, agar segera mendapat pemeriksaan doctor.

 

Ini menandakan payudara puan telah dijangkiti kuman. Jika tidak dirawat dengan baik ia akan menyebabkan payudara puan bernanah.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: