Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus

Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus

MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS

Female Ayurvedic Slimming Pill, Shelf Life: 1 Year

 

“Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar.

 

Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat pemantauan dari doktor. Jika mahu dibeli dari farmasi, haruslah mendapat preskripsi.

 

Ini kerana ubat-ubat kurus ini boleh memberikan kesan sampingan yang teruk seperti:

 

  1. mengalami rasa risau yang keterlaluan,

 

  1. sukar untuk tidur sehingga boleh berjaga beberapa hari dan jika tidur pun hanya beberapa jam saja.

 

  1. rasa pening yang kuat

 

  1. mulut dan tekak terlalu kering

 

  1. mudah merasa marah dan membenci, termasuk anak-anak dan suami

 

  1. rasa sakit kepala yang teruk seperti migraine

 

  1. rasa sembelit dan kadang-kala cirit berit

 

  1. rasa berdebar-debar seperti baru berlari

 

Kesan sampingan ini pula adakalanya hilang apabila seseorang itu tidak lagi menggunakan ubat tersebut. Namun ada yang masih mengalaminya walaupun telah menghentikannya sejak beberapa hari atau beberapa minggu.

 

Malangnya, tidak ada ubat yang dapat menghilangkan kesan sampingan itu. Apa yang puan boleh lakukan ialah dengan menunggu sehingga kesemua bahan itu keluar dari tubuh melalui sistem perkumuhan tubuh seperti air kencing, najis atau air peluh.

 

Untuk itu saya menasihatkan puan agar mendapat pemeriksaan doktor bagi mengelakkan kesan sampingan itu semakin teruk. Doktor akan membantu puan bagi memastikan puan tidak mengalami kemudaratan akibat jantung yang berdebar-debar teruk, tidak boleh tidur dengan lena berhari-hari, membantu mengawal rasa marah, serta mengurangkan rasa pening dan sakit kepala.

 

Doktor akan memeriksa darah bagi menganalisa fungi organ hati dan ginjal, kerana sibuteramine ini boleh menyebabkan kerosakan pada organ hati dan ketidakseimbangan eletrolite dalam tubuh.

 

Puan boleh mengambil air secukupnya 2L sehari bagi meningkatkan sistem perkumuhan puan. Dengan ini dapat mempercepatkan pembuangan baki bahan sibuteramine yang masih tertinggal dalam tubuh. Cuma puan mungkin akan merasa cepat berpeluh dan kerap buang air kecil kerana minum banyak air.

 

Selain itu elakkan minum minuman berkafein seperti kopi dan teh, merokok (jika puan perokok), mengambil ubat selsema dan makan makanan pedas.

 

wallahu a’lam

 

Mohon mengunjungi :

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: