Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Ramai wanita hamil tidak diberitahu bahaya toksin dari persekitaran

Ramai wanita hamil tidak diberitahu bahaya toksin dari persekitaran

Female patient and male doctor

 

Wanita hamil yang terdedah kepada bahan kimia toksik yang berada di persekitaran mereka termasuk bahan-bahan yang berada di dalam rumah. Banyak kajian saintifik menunjukkan toksin kimia ini akan menjejaskan kehamilan mereka.

 

Namun hanya beberapa doktor O&G dan doctor lain seperti doctor awam dan doctor keluarga yang menasihati pesakit, iaitu wanita hamil, tentang bahaya toksin dari persekitaran mereka dan memberi cadangan bagaimana untuk mengelakkan toksin tersebut.

 

Kebanyakan doktor hanya memfokuskan rawatan pesakit mereka yang hamil kepada isu-isu kesihatan seperti pemakanan yang seimbang, senaman, obesiti dan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi.

 

Ramai doktor berkata mereka tidak mahu menakutkan pesakit mereka mengenai beribu-ribu bahan kimia yang bertoksik yang boleh ditemui di rumah dan tempat kerja. Lagi pun adalah mustahil dalam dunia moden sekarang seseorang  dapat mengelakkan diri dari bahan-bahan bertoksin ini.

 

Dr Jeanne Conrypast

Dr Jeanne Conrypast

 

Teguran ini dibuat oleh Prof Dr. Jeanne Conrypast, bekas Presiden  American Congress of Obstetricians and Gynecologists baru-baru ini pada Jun 2014.

 

 

Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh beliau terhadap seramai 2,500 doktor O&G di seluruh Amerika Syarikat, beliau mendapati bahawa hanya satu dalam lima doctor sering memberikan nasihat kepada pesakit mereka yang hamil mengenai pendedahan terhadap bahan kimia toksik. Dan hanya satu dalam 15 orang doctor yang menerima latihan mengenai kesan-kesan berbahaya toksin terhadap kehamilan.

 

Menurut beliau, walaupun kajian dan penyelidikan mengenai kemudaratan toksin kimia kepada wanita hamil belum dibuat secara terperinci, namun ini tidak bermakna doktor tidak boleh memberikan nasihat mengenainya.

 

Bagi wanita yang hamil sendiri, kesedaran mengenai bahaya toksik kimia yang terdapat di dalam rumah dan di tempat kerja, haruslah ditanam dalam diri sendiri.

Doktor hanya dapat membantu jika pesakit tahu dan pasti bahan toksin kimia yang mereka gunakan. Cuba kenal pasti bahan toksik kimia itu dan berbincanglah dengan doctor mengenai kesan kemudaratannya kepada kehamilan.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: