Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Rahim tidak kuat

Rahim tidak kuat

woman pregnat nurse

 

“Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.

 

Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.

 

Seorang wanita didiagnosakan sebagai ‘cervical incompetence’ apabila beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada trimester kedua atau kelahiran pramatang tanpa sebab yang diketahui.

 

Masalah ‘cervical incompetence’ selalunya berlaku pada trimester kedua atau kedua. Ia disebabkan pangkal rahem menjadi lebih lembut, pendek dan lemah sehingga memudahkan bayi keluar dari rahem dengan mudah walaupun rahem tidak mengecut dan merasa sakit perut.

 

Sudah tentu keadaan ini mengancam nyawa bayi yang dilahirkan lebih awal secara pramatang kerana fizikal mereka belum bersedia untuk dilahirkan.

 

Kelahiran pramatang berlaku yang berlaku didefinasikan kelahiran yang berlaku sebelum usia kehamilan mencapai 37 minggu. Jika ia berlaku pada  sebelum usia kehamilan 32 minggu, ia akan menyebabkan nyawa bayi dalam bahaya dan harus dimasukkan ke dalam ‘neonatal ICU’.

 

Oleh itu wanita yang sebelum ini pernah mengalami keguguran seperti ini dinasihatkan menjalani pemeriksaan ‘ultrasounds transvaginal’ pada usia kehamilan 16 hingga 20 minggu untuk mengukur kepanjangan pangkal rahem (cervix).

 

Jika doctor mendapati saiz cervix puan pendek dan lembut, yang meninggikan risiko untuk kelahiran pramatang, maka beliau akan mencadangkan procedure ‘cervical cerclage.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!