Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » Rahem terbalik dan kesuburan

Rahem terbalik dan kesuburan



Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat.

Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids.

Doktor pernah mengesyaki saya mengalami endometriosis. Oleh kerana sakitnya keterlaluan, maka saya menghentikan menggunakan ubat clomid.

Selepas berhenti, kesakitan saya juga berhenti namun untuk beberapa bulan sahaja. Saya mengalami senggugut yang kuat semula.

Saya pernah melakukan pemeriksaan HSG dan keputusannya normal. Suami juga telah melakukan pemeriksaan air mani dan keputusannya normal juga.

Saya pernah menjalani rawatan IUI tetapi tidak berjaya. Untik pengetahuan doctor, rahim saya berkedudukan terbalik (retroverted).

Saya mendapat tahu bahawa rahim retroverted susah untuk hamil tetapi pakar O&G saya memberitahu bahawa itu tidak benar.

Saya harap doctor dapat menjelaskan keadaan saya. Terima kasih.

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya telah membaca e-mail puan dan dapat menyimpulkan bahawa :

 

1.Puan telah berkahwin lima tahun tetapi belum dikurniakan zuriat.

 

2.Puan telah mengamalkan clomid sebelum ini dan pemeriksaan TVS (saya rasa untuk menilai kelenjar ovary) dan mendapati ianya normal.

 

3.Puan mengalami sakit perut selama mengamalkan clomid. Sakit perut semasa kedatangan haids (senggugut) sebenarnya bukan disebabkan oleh kesan sampingan ubat clomid, tetapi ubat clomid menyebabkan pesakit endometriosis mengalami senggugut yang lebih kuat. Saya bersetuju dengan pendapat doctor itu bahawa puan mungkin mengalami endometriosis dan ini dapat disahkan dengan pemeriksaan laparoscopy.

 

4.Pemeriksaan air mani suami puan adalah normal.

 

5.Puan mengalami rahem retroverted atau tilted uterus.

 

Kebanyakan wanita mempunyai ‘badan rahem’ yang menghadap pundi kencing. Keadaan ini dinamakan (anteverted uterus). Ada beberapa wanita yang mempunyai ‘badan rahem’ yang menghadap ke tulang belakang (spine), keadaan ini dinamakan sebagai retroverted uterus atau rahem terbalik.

 

Kebanyakan doctor pakar berpendapat bahawa rahem yang terbalik tidak mempengaruhi kesuburan seseorang wanita.

 

Ini kerana kebolehan sperma dapat berenang dalam rahem menuju ke saluran fallopian, tiada kena mengena dengan kedudukan rahem  itu.

 

Kebolehan sperma berenang selalunya terganggu apabila bentuk sperma itu sendiri yang tidak sempurna, kepekatan lendiran pangkal rahem yang terlalu pekat dan faktor-faktor lain.

 

Doktor-doktor pakar juga berpendapat bahawa kedudukan rahem yang terbalik itu hanya sebahagian variasi dalam tubuh manusia seperti mana terdapat variasi pada warna anak mata dan warna rambut.

Rahem terbalik atau retroverted uterus sebenarnya tanda masalah dalam sistem pembiakan wanita itu sendiri, seperti endometriosis atau jangkitan kuman pada sekitar rahem (pelvic inflammatory disease, PID) yang mana boleh menyebabkan ketidaksuburan.

 

Endiometriosis dan PID akan menyebabkan parut di sekitar rahem, bukan saja menyebabkan kedudukan rahem menjadi terbalik, tetapi juga menyebabkan saluran fallopian menjadi tersumbat.

 

Oleh itu wanita-wanita ini akan mengalami kesakitan apabila melakukan hubungan kelamin dengan suami atau mengalami senggugut yang sangat kuat. Mereka juga mungkin mengalami senggugut yang kuat semasa kedtangan haids.

 

Rawatan yang biasa dilakukan biasanya diberikan untuk merawat endometriosis dan PID. Dengan ini peluang untuk hamil menjadi lebih cerah.

 

Namun begitu ada beberapa orang pakar yang memperbaiki kedudukan rahem dengan menggunakan teknik “UPLIFT uterine suspension”. Namun tidak ramai doctor yang bersetuju dengan cara ini yang dianggap sebagai ‘gimmik”.

 

Oleh itu saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan untuk mengetahui sama ada puan mengalami endometriosis atau tidak. Kemudian buatlah rawatan. Insya ALLAH setelah itu, usaha puan hamil menjadi lebih mudah.

 

Wallahu a’lam.

 

Rujukan:

1. Katz VL. Reproductive anatomy: Gross and microscopic, clinical considerations. In: Katz VL, et al. Comprehensive Gynecology. 5th ed. Philadelphia, Pa.: Mosby Elsevier; 2007.

2. LeBlond RF, et al. The female genetalia and reproductive system. In: LeBlond RF, et al. DeGowin’s Diagnostic Examination. 9th ed. New York, N.Y.: McGraw-Hill Medical; 2009.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: