Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » Rahem kecil tidak boleh hamil ?

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

 

Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”

 

Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”

 

“Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”

 

Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat dalam.

 

Akhirnya kata-kata yang “sembarangan” dari seorang bidan telah menyebabkan kerisauan yang mungkin menjejaskan peluang kehamilan. (Saya ada menulis “Adakah stress akan mengganggu kesuburan wanita?” di http://drzubaidi.com/blog/?p=1445)

 

Saya tidak nafikan sebanyak 25% wanita mempunyai saiz rahem atau uterus yang lebih kecil berbanding wanita lain. Ini direkodkan apabila pengukuran dibuat ketika post-mortem dibuat keatas mayat wanita-wanita Barat yang telah meninggal dunia.

 

Secara puratanya saiz  rahem yang normal bagi wanita yang tidak hamil ialah 3 inci (7.5 cm) panjang, 2 inci (5 cm) lebar dan 1 inci (2.5 cm) tebal.

 

Tanda-tanda rahem yang kecil ialah kitaran haids yang tidak menentu, atau tidak mengalami kitaran haids langsung atau kerap mengalami ketidakselesaan perut sakit. Walau bagaimana pun kebanyakan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai rahem yang kecil kerana tiada tanda-tanda yang jelas.

 

Semasa dalam rahem, proses pembentukan rahem pada bayi wanita sangat unik. Ia bermula dari dua struktur yang dinamakan “primordial Mullerian ducts” yang dipadankan dan akhirnya membentuk sistem reproduktif wanita , iaitu rahem, fallopian tubes dan vagina.

 

 

Dengan kuasa ALLAH, terlalu jarang berlaku kecacatan sistem reproduktif ini. Dalam bahasa sains, kecacatan ini dinamakan “Mullerian duct anomaly”. Kecacatan berlaku apabila proses pembentukan ini tergangu dan menyebabkan rahem menjadi kecil atau tiada langsung beserta dengan vagina (farraj) yang kecil atau tiada langsung.

 

Satu lagi kecacatan dinamakan “unicornuate uterus” berlaku apabila hanya satu struktur Mullerian duct yang membentuk system reproduksi. Oleh itu rahem akan mempunyai saiz yang kecil kerana sebahagian rahem  tidak terbentuk.

 

Wanita itu mempunyai hanya satu fallopian tube dan kelenjar ovari. Walau pun begitu, wanita itu boleh hamil jika rahem dan struktur lain adalah normal dan sihat. Cuma kehamilannya harus dipantau oleh doctor kerana kebarangkalian untuk mengalami keguguran atau lahir pramatang adalah tinggi.

 

Banyak cara untuk menentukan seseorang wanita mempunyai rahem yang kecil. Biasanya doctor pakar gynecologists atau obstetricians melakukan pemeriksaan ultrasound. Cara lain ialah menggunakan teknik  magnetic resonance imaging (MRI), atau pembedahan kecil dinamakan laparoscopy.

 

 

Rahem yang normal dan sihat berbentuk seperti buah avocado, mempunyai ruang di dalamnya dan mempunyai dinding berotot yang tebal. Rahem ini dihubungkan dengan dua saluran fallopian  kepada kelenjar ovari  agar telur ovum dapat memasuki rahem.

 

Istilah “rahem yang kecil” juga digunakan oleh doctor ketika ntuk mengukur saiz rahem yang mengembang ketika hamil. Ini bermakna apabila saiz rahem tidak sesuai dengan umur kehamilan, ia dikatakan sebagai “rahem yang kecil” dan bukannya digunakan ketika seorang wanita itu tidak hamil. Ia tidak menggambarkan wanita itu mempunyai saiz rahem yang ketika tidak hamil.

 

Secara amnya jika seorang wanita mempunyai saiz rahem yang kecil, keadaan ini tidak mengganggu peluangnya  untuk hamil  selagi wanita itu mempunyai hormone yang seimbang. Hormon yang dikeluarkan semasa proses kehamilan akan menyebabkan rahem akan mengembang mengikut usia kehamilan.

 

Oleh itu ramai wanita yang hamil mempunyai rahem yang agak kecil tetapi telah hamil, selain struktur rahemnya masih sesuai untuk kehamilan dan mempunyai hormone yang seimbang.

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: