Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?

 

“Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.

 

Puan mengalami dua kemusykilan, pertama posisi rahem puan yang dikatakan “ke dalam” setelah doktor melakukan pemeriksaan ultrasound. Saya percaya rahem puan berada dalam posisi “retroflexed” di mana posisi fundal rahem membongkok menghadap tulang belakang. Ini berbeza dengan posisi “anteflexed” atau “retroverted” di mana fundal rahem membongkok menghadap ke ke hadapan dan menindih sedikit pundi kencing.
Posisi rahem yang sebegini adalah posisi yang tidak mengganggu kehamilan atau menyebabkan susah hamil.
Yang lebih serius ialah bukan posisi rahem tetapi struktur rahem. Jika struktur rahem tidak sempurna seperti rahem mempunyai dinding dalam yang membahagi dua rahem kepada dua bahagian, atau rahem menjadi terbelah dua sehingga menyebabkan rahem menjadi lebih kecil.
Kira-kira satu dalam enam wanita mempunyai rahim condong atau membongkok seperti puan, sama ada ke hadapan atau ke belakang. Jangan risau, ia tidak mempengaruhi peluang puan untuk hamil. Apa yang lebih penting pastikan puan mengalami ovulasi setiap bulan. Proses ovulasi adalah proses di mana telur wanita “ovum” dikeluarkan dari ovari.
Selalunya wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon, akan mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan tiada ovulasi.

 

Saya cadangkan puan melakukan pemeriksaan hormon dan mengamalkan beberapa suplemen seperti Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

 

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!