Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Rahem jatuh

Rahem jatuh

RAHEM JATUH

 

woman depressed 2

“Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

rahem jatuh 2

 

Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen menjadi lemah dan tidak lagi dapat menyokong rahem, ia menyebabkan “rahem jatuh” . Dalambahasa perubatan ia dinamakan uterine prolapse. Ia berlaku apabila rahim tidak lagi berada pada kedudukan yang normal di dalam faraj.

 

Secara mudahnya, rahem jatuh ini boleh bersifat lengkap atau tidak lengkap. Rahem jatuh yang tidak lengkap berlaku apabila sebahagian rahem keluar dari kedudukan asalnya tetapi masih berada faraj. Manakala rahem jatuh secara lengkap berlaku apabila rahem sudah berada di luar faraj dan dapat dilihat dari luar.

 

Rahem jatuh boleh berlaku kepada wanita di semua peringkat umur, tetapi ia sering berlaku pada wanita yang telah mengalami menopaus yang pernah banyak kali hamil.

 

Masalah utamanya ialah bukan berapa banyak kali hamil, tetapi setiap kali kehamilan yang tidak diuruskan dengan baik, telah melemahkan otot pelvis yang akahirnya menyebabkan rahem jatuh.

 

Selain itu wanita yang mudah mengalami rahem jatuh ini adalah wanita yang pernah kecederaan di bahagian pernakan (pangkal rahem dan faraj yang koyak) akibat proses kelahiran yang agak sukar, sama ada disebabkan oleh saiz bayi yang  besar atau bersaiz normal. Selalunya kecederaan seperti ini memberikan kesan apabila beliau telah mencapai fasa menopause.

 

Bagi wanita yang mempunyai rahem jatuh yang ringan, dan tidak mengganggu rutin seharian, mereka tidak memerlukan rawatan yang agresif.

 

Saya menggalakkan mereka melakukan senaman Kegel, iaitu seolah-olah mengemut dan tahan selama yang mampu sebelum melepaskannya. Ini sangat membantu menguatkan otot-otot yang menyokong rahem.

 

Selain itu kurangkan berat badan dan elakkan diri dari mengangkat berat. Boleh ambil suplemen yang membantu menguatkan otot-otot rahem seperti Ekstrak kacip Fatimah dan vitamin C dan E.

 

Walau bagaimanapun, bagi rahem jatuh yang lengkap dan mengganggu rutin seharian, seperti menyebabkan lendiran yang busuk, kerap kencing dan rasa tidak selesa di bahagian kelengkang, rawatan yang lebih agrsif perlu dilakukan, termasuk pembedahan.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: