Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Radiasi di pantai Pasir Hitam dan pantai Batu Feringhi

Radiasi di pantai Pasir Hitam dan pantai Batu Feringhi

 

pantai hitam

 

 

 

 

Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengukur kepekatan radionuklid semulajadi dalam pasir hitam di pantai-pantai Pasir Hitam (Pulau Langkawi) dan Batu Feringhi (Pulau Pinang) di Malaysia.

 

Pasir hitam telah didapati lebih pekat di pantai Pasir Hitam berbanding dengan pantai Batu Feringhi dimana ia terjadi dalam bentuk tompokan sahaja.

 

Analisis sampel telah dijalankan dengan spektrometer gama. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pasir hitam di pantai Pasir Hitam dan beberapa sampel dari pantai Batu Feringhi mengandungi kepekatan radionuklid semuljadi dari siri-siri uranium dan thorium yang tinggi.

 

Purata kepekatan min bagi radium-226 and radium-228 dalam pasir hitam di pantai Pasir Hitam masing-masing ialah 1150 ± 800 Bq/kg dan 500 ± 300 Bq/kg.

 

Ini adalah jauh lebih tinggi dari pasir pantai biasa yang hanya mengandungi 13 ± 7 Bq/kg Ra-226 dan 11 ± 6 Bq/kg Ra-228.

 

Purata kepekatan di pantai Batu Feringhi pula ialah 1350 ± 1300 Bq/kg Ra-226 dan 805 ± 757 Bq/kg Ra-228.

 

Akan tetapi, beberapa campuran pasir hitam di Batu Feringhi mengandungi aras radionuklid tabii yang biasa sahaja.

 

Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pasir hitam di pantai Pasir Hitam dan beberapa sampel dari pantai Batu Feringhi mengandungi kepekatan radionuklid tabii dari siri-siri uranium dan thorium yang tinggi.

 

 

Purata kepekatan bagi radium-226 and radium-228 pula dalam pasir hitam di pantai Pasir Hitam masing-masing ialah 1150 ± 800 Bq/kg dan 500 ± 300 Bq/kg.

 

 

Oleh kerana kawasan pantai ini terhad dan dipisahkan dari penduduk kampung, orang ramai tidak seharusnya melawat ke kawasan itu untuk mengelakkan radiasi.

 

Rujukan:

Jurnal Sains Nuklear Malaysia, Vol. 20, No. 1&2 (2002), 30–36

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: