Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Q10 meningkatkan tenaga

Q10 meningkatkan tenaga

SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA 

BANNER Q10

Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.

 

Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna dan menyebabkan kita rasa mudah penat, cepat letih dan mudah mengantuk. Untuk menjamin jantung bekerja dengan baik, bekalan tenaga yang berterusan diperlukan dan nutrient CoQ10 adalah kunci bagi penghasilan tenaga yang banyak.

 

Walaupun CoQ10 dihasilkan secara natural, tubuh kita menghasilan CoQ10 yang semakin berkurangan apabila usia kitabertambah. Ia juga tidak dapat dihasilkan dalam tubuh kita dengan kuantiti yang mencukupi apabila seseorang itu mengalami beberapa jenis penyakit atau tubuhnya mengalami keradangan yang kronik. Beberapa jenis ubat sintetik, terutamanya ubat yang menerendahkan kolestrol (ubat statin) boleh merendahkan penghasilan CoQ10.

 

Bila kandungan nutrient CoQ10 semakin rendah dalam tubuh, ia akan menyebabkan tubuh menjadi semakin lemah, mudah letih dan cepat mengantuk. Kita akan merasakan seolah-olah tubuh kita sudah semakin tua dari umur kita sebenarnya.

Pengambilan suplemen CoQ10 dengan dos yang betul, maka penghasilan tenaga dapat dilakukan dalam “mitokondria” dengan banyak. Masalahnya ramai yang mengambil suplemen ini dengan dos yang rendah, sehinggakan “mitokondria” tidak dapat menggunakannya secara optima. Apabila seseorang itu memgambil dos suplemen CoQ10 dengan betul, ia akan membantu “mitokondria” melakukan tugasnya menghasilkan tenaga secara maksima.

 

Tenaga yang dihasilkan dalam “mitokondria” dinamakan adenosine triphosphate (ATP).  Semakin banyak nutrient CoQ10 ini diambil, semakin mudah penghasilan tenaga ATP. Ini akan membantu otot-otot jantung mengepam darah ke seluruh tubuh dengan lebih berkesan.

 

Apabila kandungan CoQ10 dalam tubuh semakin rendah, ia ibarat bateri yang lemah. Malangnya kekurangan CoQ10 ini tidak diperiksa secara rutin oleh doctor. Jadi ramai doctor yang tidak menyedari pesakit mereka mengalami masalah kekurangan nutrient ini. Semua pemeriksaan rutin kelihatan normal, dan mereka tidak menyedari bahawa punca rasa mudah penat, senang letih dan cepat mengantuk dan tertidur, hanya disebabkan oleh masalah kekurangan Q10.

 

Individu yang mengalami penyakit lemah jantung (congestive heart failure) lebih mudah mengalami rasa letih, cepat penat dan selalu mengantuk, akibat kekurangan nutrient CoQ10 ini. Oleh itu saya mencadangkan agar pesakit lemah jantung, mengambil nutrient CoQ10 bagi menguatkan fungsi jantung.

 

Suplemen CoQ10 adalah suplemen yang yang selamat dan bermanfaat. Boleh diambil bersama dengan Ekstrak Tongkat Ali, Vit B kompleks dan suplemen yang lain. Suplemen ini ini juga memberikan kesan yang terbaik apabila diambil bersama nutrient L-Carnitine.  

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: