Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

 “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.

 

Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan hilang sebaik saja anak yang dkandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.

 

Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian badan yang terlibat.

 

Jika ia melibatkan bahagian tangan, selalunya disebabkan oleh Carpal Tunnel Syndrome, terutamanya bagi wanita yang banyak menggunakan tangan atau jari. Air dalm tisu di tangan, menyebabkan bengkakan dan memberikan tekanan pada saraf meridian (meridian nerve) sehingga rasa kebas.

 

Selain daripada tangan, Carpal Tunnel Syndrome juga boleh menyebabkan kebas di jari dan juga bahu. Keadaan ini selalunya bermula pada usia kehamilan berlaku pada trimester pertama dan boleh menjadi lebih buruk pada trimester kedua.

 

Ada juga wanita yang hamil yang mengalami rasa bengkak dan kebas pada lidah atau mulut mereka. Ini berlaku disebabkan alahanterhadap makanan tertentu. Wanita hamil lebih mudah mengalami alahan pada makanan berbanding dengan wanita lain.

 

Kaki bengkak dan kebas pada kaki juga disebabkan hal yang sama, sepperti tangan. Rasa kebas ini boleh menjadi lebih buruk, selepas berjalan atau selepas duduk diam atau berbaring untuk waktu yang lama.

 

Walau bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku dan perlu diperiksa oleh doctor. Ia boleh disebabkan oleh masalah saraf yang lebih serius seperti ‘sciatica’.

 

Saya tidak menggalakkan puan menggunakan sebarang ubat semasa hamil, lagi pun kebanyakan kes ia akan hilang sendiri selepas melahirkan anak nanti.

 

Walau bagaimanapun , jika keadaan ini bertambah teruk atau berterusan selepas melahirkan anak, saya mencadangkan puan berunding dengan doctor yang merawat puan.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!