Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Punca sakit belakang ketika hamil

Punca sakit belakang ketika hamil

Pregnant woman backache

 

Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.

 

Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.

 

Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.

 

Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada saraf, sehingga puan akan merasa sakit, bukan saja di bahagian pinggang tetapi juga di bahagian kedua belah kaki.

 

Selain perubahan pada saiz bayi dan rahem yang semakin membesar, perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh menyebabkan sakit belakang.

 

Ini kerana perubahan hormone ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis. Dengan banyak melakukan pergerakan membongkok puan akan merasa sakit terutama berjalan atau berdiri terlalu lama, duduk untuk tempoh yang lama, menukar pergerakan dari duduk kepada berdiri dengan cepat, membongkok atau mengangkat benda yang berat.

 

Jangan risau jika sakit belakang puan hanya bersifat sementara dan merasa lega selepas berehat. Berjumpalah doctor jika sakit belakang puan sangat kuat dan tidak kurang selepas berehat.

 

Selalunya sakit belakang akan hilang selepas melahirkan anak.

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: