Advertorial
Home » Doktor Menjawab » punca rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual semasa hamil

punca rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual semasa hamil

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

seksual

“Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri.

Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. Ia adalah hubungan yang sihat dan perlu digalakkan jika masing-masing menikmati hubungan ini.

 

Namun jika hubungan seksual ini menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan atau berbahaya pada kehamilan bayi, maka suami dan isteri haruslah memahami keadaan ini.

 

Hubungan ini terpaksa ditangguhkan ke suatu masa selepas melahirkan, dan saya doakan semoga pengorbanan perasaan suami dan isteri dikira sebagai amalan soleh.

 

Ketika hamil, terdapat peningkatan aliran darah ke bahagian pelvis, menyebabkan alat kelamin wanita menjadi lebih sensitive dan meningkatkan lagi sensasi seksual. Mereka lebih mudah mendapat kepuasan (orgasm) ketika melakukan hunungan seksual semasa hamil.

 

Tapi bagi sesetengah wanita yang lain pula, hubungan seksual menyebabkan mereka rasa tidak selesa pada bahagian bawah perut (pelvis).

 

Selain itu mereka merasakan seolah-olah alat kelamin terutama bahagian clitoris mereka kurang sensitive, sehingga mendatang perasaan rendah diri dan kebimbangan. Secara tidak langsung mereka tidak menikmati hubungan sekusual ini.

 

 

Yang paling malang jika ada wanita mengalami rasa sakit ketika menjalani hubungan seksual dengan suami, terutama apabila suami melakukan penetrasi yang dalam.

 

Hal ini hanya dapat dielakkan jika mereka suami dan isteri mengamalkan posisi seksual yang berlainan di mana penentrasi yang hanya cetek tetapi memberikan kenikmatan.

 

Posisi ini bergantung kepada pasangan masing dan harus dilakukan percubaan untuk mencari posisi yang sesuai.

 

Oleh itu bagi wanita hamil, berkomunikasi dengan suami agar mereka faham pada ketika ini si isteri memerlukan lebih ‘foreplay’ bagi menyediakan tubuh mereka sebelum penetrasi.

 

Jadi hubungan seksual semasa hamil ini bergantung kepada pasangan itu sendiri. Sama ada perlu diteruskan sehingga hari kelahiran atau menangguhkan dulu keinginan itu.

 

Namun jika rasa tidak selesa dan kesakitan ini berpanjangan, dan semakin kuat, walaupun sudah melakukan pelbagai cara, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan doctor.

 

Ini kerana ada beberapa masalah kesihatan yang serius yang menyebabkan rasa sakit pada wanita hamil ketika hubungan seksual.

 

Rasa sakit ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama.

 

Pertama rasa sakit semasa memulakan penetrasi. Antara puncanya ialah:

 

  1. Pelinciran faraj yang tidak mencukupi akibat tubuh wanita belum bersedia. Ini selalunya disebabkan ‘foreplay’ atau ‘cumbuan awal’ yang tidak mencukupi. Pelinciran yang tidak mencukupi juga disebabkan oleh penurunan tahap hormone estrogen selepas menopause, selepas bersalin atau semasa menyusukan bayi.

 

Di samping itu, terdapat ubat-ubatan tertentu diketahui yang menyebabkan keinginan atau rangsangan menjadi kurang, dan boleh menyebabkan kurang pelinciran dan akhirnya membuat hubungan seks yang menyakitkan. Ubat-ubat ini termasuk ubat antikemurungan, ubat tekanan darah tinggi, ubat penenang, antihistamin dan pil perancang kehamilan tertentu.

 

  1. Kecederaan, trauma atau bengkakan akibat kemalangan, pembedahan pelvik, kaedah berkhatan wanita yang tidak betul, parut episiotomi atau kecacatan sejak lahir.

 

  1. Keradangan dan jangkitan pada faraj atau saluran kencing boleh menyebabkan hubungan seks yang menyakitkan.

 

 

  1. Vaginismus iaitu kekejangan tidak luar kawal (automatic) pada otot-otot dinding faraj sehingga menyebabkan percubaan untuk penetrasi terlalu sukar dan sangat menyakitkan.

 

Kedua rasa sakit yang ketika zakar suami sedang melakukan yang dalam.

 

Rasa sakit akibat penetrasi yang dalam biasanya berlaku pada posisi tertentu. Antara penyebabnya ialah:

 

  1. Penyakit wanita seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvis, prolaps rahem (rahem turun), rahim terbalik (retroverted), fibroid dalam rahim, ovarian cyst yang besar, dan penyakit berkaitan usus.

 

  1. Pembedahan akibat pembedahan yang besar melibatkan bahagian pelvis seperti pembedahan buang rahem (histerektomi), boleh menyebabkan hubungan seksual yang menyakitkan. Selain itu, rawatanuntuk penyakit kanser, seperti radiasi dan kemoterapi, boleh menyebabkan hal yang sama.

 

Ketiga faktor emosi.

 

Emosi sangat berkait rapat dengan hubungan seksual. Ia akan menyebabkan hubungan itu memberikan kenikmatan atau menyebabkan kesakitan.

 

Faktor emosi termasuk:

 

  1. Masalah psikologi seperti keresahan, kemurungan, kebimbangan mengenai penampilan fizikal semasa hamil, ketakutan melakukan hubungan seksual, boleh menyebabkan tahap ransangan yang rendah arousal dan ketidakselesaan ini menyebabkan kesakitan pula.

 

  1. Tekanan perasaan akan menyebabkan otot pada kerangka pelvik di sekeliling faraj akan mengetatkan sebagai tindak balas kepada tekanan dalam hidup. Ini boleh menyumbang kepada sakit semasa hubungan seksual.

 

  1. Sejarah penderaan seksual semasa kecil atau remaja juga boleh menyebabkan masalah ini. Pengalaman pernah dirogol yang menyakitkan dan mendera emosi juga boleh mengundang perasaan “takut sakit berulang” sehingga tubuh tidak bersedia dan menikmati hubungan seksual bersama suami.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: