Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Punca rasa sakit ata tidak selesa di bawah abdomen di kalangan wanita

Punca rasa sakit ata tidak selesa di bawah abdomen di kalangan wanita

PUNCA RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DI BAWAH ABDOMEN DI KALANGAN WANITA

woman abdomen pain

 

“Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem.   Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.

 

Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan lebih lanjut mengenai masalah puan, ia akan membantu doctor mendiagnosa masalah puan dengan lebih tepat, sebelum doctor menjalankan beberapa pemeriksaan dan ujian.

 

Saya membahagikan 3 punca utama yang menyebabkan masalah rasa tidak selesa atau sakit di bahawa abdomen.

 

  1. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem kencing.

 

Biasanya jangkitan air kencing akan menyebabkan rasa seperti panas atau terbakar apabila anda membuang air kecil dan sering mengalami rasa tidak puas kencing dan terpaksa pergi ke tandas beberapa kali.

 

Jangkitan kuman yang bermula dari pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang. (Jangkitan kuman di buah pinggang dinamakan pyelonephritis). Biasanya pesakit akan merasa tidak sihat, demam dengan suhu badan yang tinggi dan mengalami rasa sakit belakang.   Selain itu jika sakit di bahagian bawah abdomen ini merebak dari pinggang dan turun ke bahagian pangkal paha dan kemaluan, ia mungkin disebabkan oleh batu karang di buah pinggang atau mana-mana bahagian dalam sistem kencing.

 

Untuk ini, doktor akan melakukan ujian air kencing. Jika terdapat darah dalam air kencing, ini bermakna ujian yang lebih teliti harus dijalankan kerana ia adalah tandaa yang bahaya.   Ketumbuhan dalam sistem kencing jarang berlaku, dan jika ia berlaku selalunya pesakit mengalami masalah dalam jangka waktu yang lebih lama, mungkin beberapa bulan.

 

 

2. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem usus.

 

Sakit yang timbul daripada masalah yang melibatkan sistem usus biasanya melibatkan soal penghadaman dan pemprosesan najis. Biasanya ia disebabkan sama ada sembelit atau cirit-birit. Kesakitan yang biasanya digambarkan ialah sakit yang bersifat “datang dan pergi”atau seperti bergelombang.

 

Rasa sakit dan tidak selesa akibat kembung di bahagian ini, selalunya disebabkan oleh gas yang berkumpul kerana tidak boleh dikeluarkan sebabgai kentut. Ia disebabkan sama ada usus tidak berfungsi menggerakkan angina dan najis. Ia juga boleh disebabkan oleh sembelit yang menutup ruang dalam usus untuk angin dikeluarkan.

 

Namun apa yang paling bahaya ialah terdapat ketumbuhan dalam usus yang menghalang pergerakan najis dan angin dalam usus.   Pendarahan ketika membuang air besar sama ada darah merah segar atau darah merah kehitaman, adalah tanda-tanda masalah yang serius dalam  sistem  usus.

 

Ia boleh disebabkan oleh luka pada usus, buasir atau ketumbuhan bahaya pada usus. Oleh itu jangan abaikan atau buat tidak tahu jika perasan ada darah dalam najis. Buat pemeriksaan segera.

 

 

3. Rasa sakit atau tidak selesa disebabkan oleh masalah berkaitan dengan sistem seksual (pembiakan) wanita.

 

Rasa sakit dan tidak selesa boleh disebabkan masalah yang berkitan dengan sistem pembiakan seperti rahem, saluran fallopian atau kelenjar ovari.   Pesakit biasanya akan mengadu rasa sakit atau tidak selesa pada bahagian tengah bahagian bawah abdomen jika ia disebabkan oleh masalah pada rahem.

 

Rasa sakit pada bahagian kanan dan kiri bawah abdomen bisanya disebabkan oleh kelenjar ovari.   Rasa sakit yang datang dari rahem dan berlaku ketika mula datang haid dikenali sebagai dysmenorrhoea. Selalunya ia tidak menandakan penyakit berbahaya di kalangan wanita muda.   Rasa sakit juga boleh berlaku semasa hubungan intim (seksual) bersama suami. Ia dinamakan sebagai dyspareunia dan ia adalah rasa sakit yang mungkin menunjukkan penyakit-penyakit bahaya di sekitar abdomen bawah. Pemeriksaan harus dilakukan segera.

 

Bagi wanita yang telah berkahwin, merasa sakit pada bahawah abdomen dan tidak datang haid, besar kemungkinan mereka hamil secara normal (dalam rahem) atau mengalami kehamilan pada luar rahem. Buatlah ujian air kencing, UPT bagi mengesahkan kehamilan. Jika masih mengalami rasa sakit, berjumpalah dengan doctor, kerana bimbang sedang mengalami proses keguguran atau berkemungkinan kehamilan luar rahem.

 

Saya juga sangat menggalakkan wanita yang telah berkahwin, mengalami kesukaran untuk hamil dan mengalami rasa sakit yang luar biasa di bahagian bawah abdomen agar segera pemeriksaan doctor. Ini kerana rasa sakit yang berkaitan dengan masalah kesuburan ini, mungkin disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti endometriosis, fibroid, penyakit keradangan pelvis dan ovarian cyst.  

 

Pemeriksaan yang dijalan oleh doctor jika seorang wanita mengaami rasa sakit atau ketidakselesaan di bawah abdomen, bergantung kepada masalah yang dihadapi.   Selalunya doctor akan bertanyakan soalan mengenai kitaran haid, dan soalan yang berkaitan dengan pembuangan air kencing dan air besar. Selain itu doctor mungkin bertanya sama ada pesakit mengalami demam, loya dan muntah-muntah.   Seterusnya doktor akan memeriksa abdomen dan bahagian yang perlu seperti faraj dan dubur. Oleh itu carilah doctor wanita yang berpengalaman suapaya berasa selesa apabila diperiksa.

 

Pemeriksaan air kencing juga akan dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing.   Jika pesakit mempunyai gejala-gejala keputihan atau pendarahan pada faraj, doktor mungkin mengambil contoh lendiran pada faraj.   Pemeriksaan lain ialah pemeriksaan darah, dan pemeriksaan ultrasound abdomen dan pelvis.

 

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!