Punca Pendarahan di Awal Kehamilan

Sebelum ini saya ada menulis tentang pendarahan di awal kehamilan. Kebanyakan isunya mengenai keguguran dan mengapa kita harus bersabar dengan musibah yang Allah turunkan. Anda boleh membacanya di https://drzubaidi.com/blog/?p=750.

Namun banyak juga pertanyaan yang masuk di dalam inbox facebook saya bertanyakan mengenai punca-punca pendarahan itu. Malah ada yang keliru antara pendarahan dan darah haids.

Doktor, saya tidak pasti tentang maksud pendarahan yang disebut orang. Tetapi saya mengalami haids sekarang walaupun saya hamil

Pendarahan (atau istilah perubatan dinamakan sebagai spotting) bermaksud ialah keluarnya darah dari vagina setelah didiagnosa hamil oleh doktor. Darah yang keluar biasanya ‘ringan’ iaitu darah yang berwarna merah-coklat atau merah kehitaman, jumlahnya tidak banyak dan waktunya juga tidak lama.

Jika darah haids keluar pada waktu yang biasa selama seminggu, darah yang keluar ini adakalanya berlangsung selama 2-3 hari saja.

“Jika bukan darah haids, itu darah apa? Adakah ianya tanda kehamilan saya bermasalah?”

Ia tidak bermakna janin yang dikandung menghadapi apa-apa masalah. Ia berlaku pada 10% wanita hamil terutama sekitar kehamilan berumur 15 minggu.

Pendarahan terjadi pada hari 10-14 selepas berlakunya persenyawaan antara telur ovum dan sperma. Ia dinamakan implantation bleeding. Pada waktu ini telur ovum yang disenyawakan akan tertanam pada dinding dalam rahem, endometrium. Ketika itu berlaku sedikit pendarahan.

”Saya risau kerana ada pendarahan selepas saya bersama suami malam tadi. Adakah ianya tanda keguguran?”

Semasa awal kehamilan, pangkal rahem (cervix) mengalami perubahan. Pengaliran darah di cevix menjadi semakin banyak. Saluran-saluran darah vena akan mengembang (engorgement). Jika wanita itu melakukan hubungan bersama suami, sudah tentu  terdapat sedikit pendarahan akibat trauma pada saluran vena di sekeliling cervix.

”Jadi bagaimana mahu bezakan antara keguguran dan pendarahan biasa?”

Adakalanya pendarahan disebabkan oleh keguguran.  Sebanyak 15% hingga 20% dari kehamilan berakhir dengan musibah ini . Ianya berlaku pada awal kehamilan sekitar minggu ke 12. Namun pendarahan seperti ini selalunya diikuti dengan sakit perut memulas-mulas seperti mahu datang haids, ada kalanya demam.

Pemeriksaan air kencing selepas sehari pendarahan akan membantu wanita itu mengenalpasti sama telah berlaku keguguran atau tidak.

Sila baca tentang UPT di https://drzubaidi.com/blog/?p=1107.

Namun jika tidak pasti dengan keputusan dari alat UPT yang dilakukan sendiri di rumah, bolehlah berjumpa dengan doktor yang berdekatan dan bertanyakan tentang perkara ini. Doktor akan melakukan sekali lagi pemeriksaan UPT dan ultrasound.

Jika keputusan UPT dalah negatif dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan degupan jantung janin (disebut oleh doktor sebagai ’kantung janin kosong’ ) tetapi masih berada dalam rahem, maka prosedur D&C dilakukan untuk mengeluarkan kantung janin itu. Jika tiada lagi kantung janin, prosedur D&C tidak perlu dilakukan.

”Sepupu saya mengalami sedikit pendarahan ketika hamil. Dia mengadu sakit perut yang amat sangat. Di Jabatan Kecemasan beliau didiagnosa sebagai kehamilan luar rahem. Bagaimana itu berlaku, doktor?”

Kehamilan di luar rahem (ectopic pregnancy) pula boleh berlaku di awal kehamilan. Secara statistiknya ia berlaku dalam setiap 60 kehamilan.

Ia adalah musibah kecemasan yang boleh membawa maut pada ibu yang hamil. Ini kerana pembesaran janin di dalam saluran fallopian yang sempit itu akan menyebabkan saluran itu pecah dan berlakuknya pendarahan yang banyak.

Pembedahan yang segera harus dilakukan untuk mengeluarkan janin dari saluran fallopian walaupun saluran itu terpaksa dipotong. Ia adalah langkah untuk menyelamatkan ibu yang hamil.

Pesakit mungkin hanya akan mengadu sakit perut dan sedikit pendarahan. Selalunya sakit perut yang dialaminya terlalu kuat di bahagian bawah abdomen.

Saya harap dapat menjawab kekeliruan ketika berlakunya pendarahan di awal kehamilan.

Wallahu a’lam.

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

48 comments

  1. Salam Dr,

    Saya nak tanya, bulan 3 yang lalu saya telah bersalin, tp tiada rezki kerana kandungan saya tiada air ketuban. apa yang menyebabkan perkara tersebut berlaku? Alhamdulillah, saya telah hamil 7 minggu skrg. saya amat takut perkara yang sama berlaku. adakah ia boleh berulang? apakah air ketuban boleh pecah di awal kehamilan bawah 12 minggu disebabkan hubungan seksual suami isteri. terima kasih

    • akak mcm mana akak kandungan akak……..masalah akak sama dgn saya air ketuban kurang…………akak dah dapat cahaya mata

  2. salam dr..
    sya hamil 7mggu.blaku pdarahan spt period,kdg2 kluar seperti daging htm sbsar biji padi.pdarhan ini nblaku lbh kurang 6hari shinggalah skrg msih blum bhenti.tetapi apabila discan,jantung baby msih bgrk dan doc mngatakan masih hidup.apakah punca pdarahan ini?

  3. as salam dr,
    sy mengalami pendarahan yg sedikit dan rase ingin muntah….berlangsung selama seminggu sudah…tetapi bile cek sendiri mgunakan prgncy test jawapannya negatif…..sy sgt runsing….boleh berikan nasihat sedikit…

  4. salam..doc,
    period saya akhir2 ni tidak menentu.. bulan 4 aritu saya demam tak sihat…mcm tanda2 org pregnant.
    tapi 5hari lepas tarikh yg sepatutnya period sy keluar darah..2hari then stop..pastu sambung lagi beberapa hari.
    selang beberapa hari, tghari blik kerja ada keluar warna coklat sikit.,esoknya pun sama..tp 2 saje,mlm suma dah tak keluar lagi..
    bln ni pun lari tarikh period..patut awal bln..
    ni 17hb keluar..mula2 sikit je, pastu tghari bnyk sgt sampai perut saya sakit dan tak selesa..hari ni perut ok,cuma darah keluar mcm biasa.. tlg doc, sy pernah buat upt tapi negatif

    • shah..sy pun mglmi period tk tetap mcm awak.sy pun nk sgt baby.tk tau dh nk bercrita dgn siapa lg..

      • cerita la dgn Allah…bercerita seratus muka surat pon dgn manusia,ada kalanya manusia tidak mampu nak selesaikan.tetapi,kalau bercerita dgn pencipta manusia,segalanya boleh diselesaikan!cuma tanamkan kepercayaan dan keyakinan yg paling agung…nescaya Allah membantumu…=)

        • dizandra rosrina

          semua yg dah khwin pasti nak anak mcm sa jg kadang2 tertekan sebab nak anak,kta hanya mrancang Tuhan yg menentukan..yg senang dapt anak jagalh ank n hargai pemberian dari Tuhan,.yg penting kta kna banyak2 bersabar n
          berdoa.

  5. hai….boleh tak bantu saya..saya meglmi period yg tidak tetap.saya period 18.01,1.3,17.4 dan terbaru 21.5..mslh sekarang adalh period terbaru saya tidak keluar darah merah.tp berwrna hitam dan pekat selama 3 hgga 4 hri.sy nk tau apkh pnca mslh.adakah sy keguguran.sbnrnya sy sudah 2thun berkhwin dn terlalu ingin menmg chya mata.dah jmp pakar dan sy mglami mslh pengeluaran telur sdikit.jd sy skrg ada mgmlkn herba cina iaitu maharani.period sy menjadi kehitaman di sebabkn ubat tersebut.atau sy keguguran.sy terlalu runsing sekrg.siapa yg dpt mmbntu tlog email sy boleh..tlong saya……

  6. salam dr, saya telah di sahkan hamil 5 minggu oleh doktor. menjadi kemusykilan adalah, saya mendapati terdapat pendarahan berwarna merah cerah selepas saya bersama suami. dan keesokan harinya, warna bertukar kepada coklat kemerahan. adakah itu tandanya saya telah gugur?

  7. doc, saya minta kepastian..saya disahkan hamil 7 minggu, tetapi pd satu mlm setelah bsama suami..berlaku pendarahan.. dan terdapat sgumpal kcil cecair likat warna putih dan darah ketul yang pjg. pd malamnya saya terus pergi bjumpa doktor. doktor kata..bayi masih ada dalam kandungan..tetapi setelah berlaku pendarahan.. peluang untuk bayi hidup 50-50 :(… tetapi bila saya balik rumah dan check guna tester, masih ada double line yg bmkna – pregnant. tolong bantu saya doc..apa patut saya lakukan

  8. Salam doktor,

    Saya telah menjalani rawatan IVF baru-baru ini…dan ET telah dibuat pada 25/7 yang lalu…sekarang saya dlm tempoh 2WW..ptg tadi saya telah turun darah ..terdapat ketulan2 sperti perut ikan berwarna gelap bercampur putih sedikit keluar dan diikuti darah seperti haid..kemudian keluar lagi ketulan darah berwarna gelap seperti hati ayam…adakah saya mengalami period atau keguguran selepas embryos transfer dibuat ?untuk makluman, ada 2 embryo yg dimasukkan semula kedalam rahem saya tempohari..terima kasih atas pandangan doktor.

  9. Salam doktor,

    20/7/11,18/8/11, demikiannya kiraan haid saya. Sya budget next haid adalah pada 15/9/11 or 16/9/11. Tapi darah kluar lebih awal pada 11/9/11. Tapi darah yg kluar tu sedikit sahaja (x spertimana darah haid yg biasa). Ianya berlanjutan sehingga 14/9/11. Namun,pada 15/9/11 darah yg pekat dan banyak kluar sehingga 19/9/11. Saya bersama dfn suami pada 22-27/9/11 dan 1-3/10/11(disarankan oleh ajen BIODEX). Pada 12/10/2011 terdapat kesan darah cair warna merah coklat yg sedikit.. Apakah itu tanda2 saya nak haid? Sya dh 4 tahun berkahwin dan belum mmpunyai cahaya mata.. :'(

  10. salam doktor, sy telah hamil selama 15mggu.di awal kehamilan, sy bleeding 15 hari (sblm sy test kehamilan) tetapi ultrasound menunjukkan baby sihat dan ada progress in growth.sy ambil duphaston, dan semasa mggu ke-12, sy tumpah darah ketika tidur, dan darah yg keluar sgt byk spt miscarriage. sblm kejadian, sy demam panas 5 hari.the next morning,ultrasound menunjukkan baby masih ada, masih sihat dan heartbeat baby juga tidak lemah.sy rest in bed selama seminggu dan apabila sy kembali bekerja pada 12hb okt lps….sy kembali mengalami spotting (merah kehitaman, saiz bigger than syiling 50sen) dan ianya berterusan sehingga hari ini.sekiranya kehamilan ini selamat, apakah kesan ke atas sy dan juga baby kerana keadaan ini? apakah rawatan plg berkesan utk menghentikan pendarahan sebegini?

  11. salam dr..

    saya nak minta pandangan.bulan 9 sy haid 28 hb tp bulan 10 ni lewat 1 minggu dan pada 3 hb sy keluar darah bewarna merah pekat adakah tu tanda hamil atau haid.darah tu keluar siang sahaja malam tak ada.1 hari sahaja dan sy beli pregnant test tp 1 line

  12. salam..
    saya telah disahkan hamil 7 minggu. ketika bersama dengan suami, ada sedikit darah cair yg keluar melalui faraj saya.. adakah saya keguguran?. saya tidak mengalami sakit perut atau sebagainya dan saya belum membuat pemeriksaan doktor. adakah pendarahan bagi wanita mengandung ketika bersama suami adalah perkara biasa terjadi ataupun sebaliknya?

  13. Docktor saya berumur 27 tahun kahwin. period saya bulan ini adalah 30 hb. saya keluar period 29hb malam kul 11pm. pada 29 hb pagi saya ada guna period test tandanya negative. dan malamnye keluar period. period biasanya warna kemerahan dan banyak.tapi kali ini warnanya merah dengan coklat. period tak banyak. sakit perut dan muntah. adakah saya mengandung? atau kitaran haid..

    • kristina tasha

      salam…
      sy mengandung dh 14minggu..semasa sy buang air kecil darah sy keluar sedikit,tp sekali tu je..adakah sy keguguran?…sebab sy xde sakit perut dan xde mengalami ape2 pn..
      salam..

  14. Salam Dr,

    sy nk tny, pd 11-13/12/2011 sy buat pregnancy test, ada dua line tp pudar ketiga2 hari tu, seblm ni sy pernah jd mcm tu test sekali ada 2 line seminggu lps tu negatif, jadi sy x berharap apa2 takut kecewa…

    pada 14hb sy bersama suami, esok hari pendarahan berlaku, 15hb sy ke medical centre, bila test Dr ckp mengandung tp terlalu awal dn Dr suntik untuk kuatkan rahim dan bg ubat sbb kan sy berlaku pendarahan, tp mslhnya sehingga sekarang 18hb sy msh berlaku pendarahan (merah cair dan ketulan2 kecil)dn kram perut..dan sgt2 merungsingkan.

    Apakah kemungkinan besar akan berlaku keguguran….

    tq Dr…..

  15. Salam Dr.,

    Saya sekali lagi..semalam (22/12/2011) saya telah pun disahkan miscarriage oleh Dr yg merawat sy.
    Jadi jawapan saya secara tersendirinya berada di soalan:
    1.”sy risau krn ada pendarahan slps sy bsama suami, adakah ia tanda keguguran?” dan
    2.”jadi bgmana mahu bezakan antra keguguran dan pdarahan biasa?”
    Tq for the info…..byk juga yg blh sy tahu dr sblm ni…tqsm Dr

  16. salam…sy lewat period 5 minggu…13/1/12 sy berjumpa doc..dan buat UPT..tetapi line ke-2 nampak cair..dan doc sah kan janin sy masih lemah…doc beri sy vitamin/asid folic untuk kuatkan janin…tapi 17/1/11 ad cecair bewarna coklat keluar spt tanda2 nak period…harap doc Zubaidi bole memberi jwpan tuk kekeliruan sy ini…trima kasih..

  17. dok…kenapa darah haid saya hitam pekat dan sedikit sudah 7hari,yang saya mau tanya ini darah haid pa tanda saya hamil?2minggu sebelum na saya sudah haid darah na normal;tolong d kasih penjelasan ya dok secepat na.

  18. apakah bahaya uri di bawah dan apakah cara untuk membaikpulih nya kembali

    • As salam… Semasa mengandungkan anak pertama saya mengalami uri ke bawah… Doc nasihatkan untuk berehat n tidak bersama suami buat sementara waktu… n jangan berurut untuk membetulkan kedudukan uri…

  19. salam dr, saya tidak pernah mengalami masalah period. Setiap bulan period saya sentiasa teratur. Tapi pada bulan jan yang lepas saya tidak mengalami menstruasi. tapi setelah saya mengambil Vit C serta merta selepas itu saya mengalami skt pert yang amat sgt dan mengalami period. Adakah itu tanda2 keguguran? Walau pun saya belum pasti adakah saya telah mengandung atau tidak.

  20. Melfariani Binti Hasan Basri

    As salam Dr,

    Sy nk minta sedikit pandangan. Sy telah berkahwin selama 14 thn dan tidak pernah hamil. Saya telah disahkan hamil oleh doctor melalui ujian air kencing pada 28/1/2011. Haid terakhir saya pada 20/11/2011. Untuk pengetahuan dr sya ada POLICYTHEMIA VERA, sy ada buat ujian ultrasound pd 2/2/2012 dr mengatakan yg janin berusia 7 minggu 4 hari tapi tiada dengup jantung,dan pd 7/2/2012 berlakumya pendarahan tompok2 coklat sehingga sekarang dan sy buat ujian ultrasound sekali lg pada 10/2/2012 tapi dr pula mengatakan janin berusia 6 minggu 6 hari dan tiada juga dengup jantung. Dr adakah ini bermakna sya mengalami pengguguran….

  21. Salam Dr

    Saya ingin bertanya pada Dr,apakah sebab munasabab air di dalam perut bayi banyak ketika kandungan baru berusia 6 bulan?adakah akan berlaku kecacatan mental mahupun fizikal?Harap Dr dapat jelaskan pada saya kerana saya runsing akan isteri saya.Terima kasih Dr.

  22. dokter, istri saya sebulan lalu hasil tespek positif, telah d coba 2 kali, namun kemarin ketika di coba tespek lagi sebanyak 3 kali hasilnya negativ, tpi istri saya tidak mengalami pendarahan, dan sekarang mengeluh perutnya sering skit, mhon bntuanya ..
    tlong di balas lewat email dok, sya kshan dngan istri saya.

  23. last period saya pada 29/02/2012.tapi saya belum buat ujian kehamilan lagi .apa pendapat doktor….pada waktu malam say selalu rasa pening kepala dan rasa letih

  24. Salam doc,
    pd 11/4/12 ade keluar cecair brwrna coklat 2 disebabkn sy trun mggunakn tgga s’byk 2x dr tgkt 9 krn ade gegaran di kwsn rumah sy..pd 12/4/12 sy wt scan dn doc mngatakn msih ade dlm kndungn sy..cecair trsebut keluar cme 2 hri shj..pd hrini slps sy brsme suami ade keluar jgak cecair spt drh yg cair..apakh mslh sy?

  25. Doc, last period sy ialah pd 29/2/12(1st day period) dan berakhir pd 6/3/12.. So pd 7/4/12 sy cuba pergi ke clinic dan sy d sahkn pregnant masuk 5weeks.. Then after back to Brunei sy start berclinic utk my pregnancy.. Time tu Doc scan dan bgtau kandungan tu sihat. After few days ada sedikit darah klr dr faraj sy. So i go to other clinic to check. Then the doc said after she scan.. My baby pny size x mcm 9mggu(2/5/12).. Ikut scan size baby seperti 7weeks pny.. Then doc give me another 2weeks utk dtg blik.. Then on 3/5/12 i go miri utk check dgn specialist. Doc ckp baby x ada hwartbeat.. N now sy ada sedikit pendarahan lagi berlaku tpi sekejap2.. Ada ka bermaksud sy mengslami keguguran?.. Tolong jelaskn..thx

  26. salam dr,saya sekarang ni sedang hamil 11minggu,tetapi saya mengalami pendarahan seperti datang haids perut tak rasa sakit sangat,hari ni 3hari dah saya mengalami pendarahan tu,saya ada pergi ke hospital,dr cek upt positif tapi bila scan nampak kantung je,kalau ikut tarikh scan baru 5minggu dr tu kata,dr suruh tggu 2minggu lagi baru datang scan balik,saya harap dr dapat beri penjelasan pada saya.sekian.

  27. Assalamualaikum Dr..
    sy nk bertanya.. sy sudah seminggu lebih berkahwin bersama suami sy,da kami telah pun melakukan hubungan kelamin pd mlm pertama.. sy masih belum tahu sama ada sy sudah hamil atau belum,tapi kini sy ada mengalami pendarahan yg seakan2 haid,berwarna merah-coklat.. sy tidak pasti sama ada ia haid,ataupun pendarahan lain.. Hrp Dr boleh membantu sy mencari jwpn nya?.. Terima kasih

  28. Dr, sye nk bertanye sye kerap mengalami cecair keluar dri kemaluan bercampur sedikit darah, kini saya hamil 9 minggu, adakah baby saya mngalami masalah? atau saya telah mengalami keguguran? cara mengatasi nya bagaimana?

  29. Doktor… Saya kini lewat period selama 4 minggu. Saya mengalami tanda2 hamil seperti rasa pening2, loya dan selalu mengantuk. Di bawah perut seakan senak dan rasa sengkak. Namun 3 hari lepas bila saya test menggunakan testkit ia -ve. hari ini tiba2 ada cecair coklat hanya sedikit dan sehingga kini tiada lagi. apa yang berlaku dan apa yang perlu saya lakukan doktor…

  30. salam doc,
    sya bru lpas mngalami keguguran ketika usia kndugan hmpir 14 mggu..sya pn x tau ape pyebabnye..msa sya hamil,sya ade kncing mnis..sblm hamil xde pn..doktor suruh sya mngambil cucuk insulin..byk yg sya dgr pasal insulin ni…kebyakannye tentang keburukan…sya nk tnya doc,adakah sya mngambil cucuk insulin yg myebabkan sya keguguran?mnurut kwn sya yg mmpunyai klinik sakit puan,jika mngambil insulin akan mndapat risiko yg lbih tggi utk keguguran…benarkah doc?

  31. assalamuailaikum..

    doktor mengesahkan saya mengandung sudah 6 minggu, tetapi selepas seminggu kemudian berlaku sedikit pendarahan yg berbentuk kepingan dan lendir darah kehitaman. selama 2 hari, tetapi ia tidak berterusan cuma apabila saya membuang air kecil. apabila saya pergi buet pemeriksaan doktor.. doktor periksa dgn menggunakan ultrasound kantung tiada kelihatan.. tetapi apabila check semula UPT positif… Ujian UPT 2 kali telah dilakukan, semuanya positif. Jadi apakah masalah yang saya hadapi?? kerana saya tidak mengalami apa- apa sebarang kesakitan.

  32. Salam doc
    Saya telah 7tahun bkahwin tp masih belum mpunyai zuriat sndiri.
    Saya ada fibroid sbesar 3 cm. Pada 1jun2012 saya telah buat iui dan doc beri tmpoh 3 minggu utk tahu saya mngandung@tidak. Selepas 2minggu saya ada turun darah yg berketul2 dan kesakitan yg teramat sgt di bwh perut (ari-ari). Apabila saya rujuk semula pd doc tsebut dia mngatakan period. Boleh doc beri pnjelasan mngenai masalah saya. Saya ragu2 mngenai masalah ini.

  33. Nur Azila Hazrul

    Assalamualaikum w.r.b.
    Untuk makluman Dr, sy sudah b’khwn hampir 5 tahun namun Allah belum beri rezeki untuk menimang chya mata. Sebelum ini, sy pernah mengandung 2x, 1st : anencephaly n t’pksa dkluarkan pd usia kandungan 6bln. Manakala yg 2nd, gugur pd usia kandungn 3bln pd awl bln 4,2012. Sekarang sy +ve pregnt 10week utk kali ketiga.

    Persoalannya :
    1) Sy slu sakit perut bhgn bawah n adakalanya krem tiba2.pd awl pregnt sy ade alami bleeding selama 2hri tp tdk b’terusan 1st day pd ptg n 2nd sedikit tp wrna perang sblm msuk tdo that day. N then xda lg.

    2) Lately, sy xdpt buang air bsr slma bebrp hri. Namun dsbbkn takut ambil sbrg ubt sy paksa buang air besar namun myb dsbbkn sy meneran ade lelehan darah pekat kuar dr vagina (pd ketika itu shj n xda lg bleeding slps itu). The questn is adakan sy akn almi ggur..??slps bbrp hri lps tu sy sering krem d bhgn bwh perut.

    3) Mohon jwpn dr Doc. Namun wlu apa yg jd sy redha dgn ketentuan n rezeki Allah. Tq.

  34. assalamualaikum doktor..

    sy ingin bertanya permasalahan yg dihadapi oleh sy..sy disahkan oleh doktor klinik swasta,mengandung 6weeks..doktor scan dan nampak kantung janin tetapi janin masih tidak nmpak lg..dlm masa yg sama sy telah mengalami pendarahan berwarna coklat dalam 2-3hari..soalan sy adakah darah itu darah haid@darah biasa yang membolehkan kita solat seperti biasa dan perlukah sy mandi wajib setelah darah itu tiada.

  35. Assalamualaikum doctor,

    Adakah pada peringkat awal kehamilan pada minggu ke7
    Ketika bersama dgn isteri akan berlaku pendarahan.Adakah
    ianya suatu perkara yang normal dalam kehamilan?

  36. saya mengalami pendarahn yg amat sedikit sewaktu mula hamil(sekarang),,iaitu belum cukup sebulan kehamilan..darah saya berwarna merah seperti darah luka terkena pisau.tidak sama sekali seperti darah haid..dan saya tidak merasa apa apa kesakitan.malah saya tidak merasa sebarang siptom kehamilan seperti loya atau muntah,mengidam,kerap ke tandas,dan lain lain.saya sememangnya tidak datang haid lansung sekarang hampir 50 hari.dan pregnancy saya positif iaitu terdapat dua garisan.persoalan saya mengapa saya tidak merasa apa apa pertanda saya hamil kecuali tidak datang haid dan apakah darah yg keluar dari faraj saya?

  37. Just nak berkongsi pengalaman, saya mengalami pendarahan diawal kehamilan (cairan merah coklat). Apabila saya ke klinik biasa, Dr kata mungkin saya akan keguguran..jadi saya cepat2 berjumpa dengan Gynae di PPUM SC. Hasil dari ujian , didapati saya ada cyst. Apa yang Dr Lakukakn .. semasa ujian dijalankan Dr telah mengeluarkan terus cyst tersebut.. dan rupa2nyer inilah yang menyebabkan pendarahan. Kandungan saya selamat, Dr juga membekalkan saya dgn ubat (tak ingat nama ubat ini), dan sekarang bayi saya sudahpun 6 bulan. Jadi sesape adaPENDARAHAN, bertindaklah segera, jumpa gynae untuk menyelamatkan kandungan anda.

    • “Just nak berkongsi pengalaman, saya mengalami pendarahan diawal kehamilan (cairan merah coklat). Apabila saya ke klinik biasa, Dr kata mungkin saya akan keguguran..jadi saya cepat2 berjumpa dengan Gynae di PPUM SC. Hasil dari ujian , didapati saya ada cyst. Apa yang Dr Lakukakn .. semasa ujian dijalankan Dr telah mengeluarkan terus cyst tersebut.. dan rupa2nyer inilah yang menyebabkan pendarahan. Kandungan saya selamat, Dr juga membekalkan saya dgn ubat (tak ingat nama ubat ini), dan sekarang bayi saya sudahpun 6 bulan. Jadi sesape ada PENDARAHAN, bertindaklah segera, jumpa gynae untuk menyelamatkan kandungan anda”.

      Dr Zubaidi: Terima kasih atas perkongsian pengalaman.

  38. Salam,
    sekadar berkongsi pengalaman. saya sekarang mengandung anak pertama. pada awal kehamilan saya juga mengalami implantation bleeding ini selama lebih kurang 3 minggu. alhamdulillah sekarang usia kehamilan telah menjangkau 29 minggu. seorang gynae menasihatkan supaya sentiasa beryukur, happy, tenang, dan yg plg penting sentiasa positif kerana menurut beliau jika sentiasa terlalu risau,takut, terlalu fikir adakah aku akan mengalami keguguran dan berfikiran negative maka ia tidak baik utk perkembangan janin tersebut. saya telah mengambil langkah2 yg diberikan oleh gynae tersebut dengan sentiasa bersyukur dan bergembira dengan berita kehamilan saya dan berfikkiran positif, menjaga kesihatan, makan yg berkhasiat, makan ubat yg dibekalkan dan alhamdulillah usia kandungan saya sekarang telah mencapai usia 29 minggu. lagi satu yang penting kite kene rajin mencari informasi yang betul untuk membantu kita menghadapi kehamilan kita ini. bak kata gynae tu, apapun yg berlaku itu ketentuan Allah dan sentiasalah berfikiran positif.

Leave a Reply to NurulCancel reply

error: Content is protected !!