Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Punca migraine di kalangan kanak-kanak dan remaja

Punca migraine di kalangan kanak-kanak dan remaja

PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

 

 

 

“Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun.

 

Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit kepala sebelum berumur 15 tahun.

 

(Acta Paediatr Suppl. 1962 May; 136():1-151.)

 

Namun begitu, punca migraine masih lagi tidak diketahui dengan jelas. Ada beberapa kajian menyatakan ia disebabkan oleh faktor genetik (keturunan).

(Montagna P .The physiopathology of migraine: the contribution of genetics.. Neurol Sci. 2004 Oct; 25 Suppl 3():S93-6.)

 

Dalam kajian itu mendapati bahawa kebarangkalian seseorang itu untuk mengalami sakit kepala migraine sangat tinggi (90%) jika ada adik beradik atau ibubapa mereka juga penghidap penyakit migraine.

 

 

Para saintis mengenal pasti terdapat 3 bahan genetik yang menyebabkan penyakit ini di, iaitu P/Q Calcium channel (CACNA1A), ATPase (ATP1A2), and sodium channel (SCN1A).

 

(Dichgans M, Mutation in the neuronal voltage-gated sodium channel SCN1A in familial hemiplegic migraine.Lancet. 2005 Jul 30-Aug 5; 366(9483):371-7)

 

 

Selain itu para saintis juga mendapati faktor lain yang menyebabkan sakit kepala migraine ialah sístem ‘trigeminal neurovascular’ iaitu saraf dan saluran darah pada bahagian otak dan kepala, yang dapat dibuktikan dengan pemeriksaan MRI yang menunjukkan penglibatan otak di bahagian ‘brainstem’ yang di bahagian ‘trigeminal nuclease’dan ‘peri-aquaductal gray ‘

 

(Welch KM. MRI of the occipital cortex, red nucleus, and substantia nigra during visual aura of migraine. Neurology. 1998 Nov; 51(5):1465-9.)

 

Untuk melakukan diagnosa di kalangan kanak-kanak dan remaja dengan lebih sempurna, para doctor akan merujuk pada garis panduan ‘International Headache Society’.

 

(The International Classification of Headache Disorders: 2nd edition.Headache Classification Subcommittee of the International Headache Society. Cephalalgia. 2004; 24 Suppl 1():9-160.)

 

 

Ini kerana sakit kepala yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja agak berbeza dengan orang dewasa.

 

 

Mereka  mengalami sakit kepala yang lebih pendek jangka masanya, dan sakit kepala yang dialami melibatkan ke dua-dua belah kepala, berbanding dengan orang dewasa hanya mengalami sakit kepala pada sebelah saja.

 

 

Selain itu, kekerapan sakit kepala migraine di kalangan kanak-kanak ini berulang-ulang sekurang-kurangnya 15 kali dalam sebulan dalam masa tiga bulan sebelumnya.

 

 

Masalah yang besar dihadapi ketika bertanyakan keadaan sakit kepala yang dialami, ialah apabila kanak-kanak atau remaja itu sukar menceritakan dengan lebih jelas keadaan sakit kepala mereka akibat masalah komunikasi.

 

 

Komunikasi dengan pesakit adalah faktor penting dalam mendiagnosa penyakit ini. Tanpa mencerita kedaan sebenar sakit kepala, doctor mungkin menganggap ia adalah sakit kepala yang ringan hanya disebabkan oleh oleh ‘stress’, seperti tekanan  peperiksaan atau pun tekanan perasaan menghadapi akibat dibuli atau guru yang garang di sekolah.

 

 

Langkah yang penting dalam mendiagnosa sakit kepala migraine di kalangan kanak-kanak ialah ‘dengan memastikan sakit kepala itu bukan disebabkan penyakit lain, kecuali migraine’.

 

 

Ini termasuk dengan bertanyakan dengan teliti bagaimana keadaan sakit kepala yang dialami termasuk berapa lama sakit kepala, berapa kuat sakit kepala, bahagian mana yang terlibat dan kesan sakit kepala terhadap persekolahan dan pergaulan dengan kawan-kawan.

 

 

Jika kanak-kanak atau remaja tersebut mengalami masalah saraf yang berkaitan dengan sakit kepala, sebagai contoh mengalami sakit kepala dan tangan tidak mampu digerakkan dan kebas, atau pandangan bertambah kabur walaupun sakit kepala telah hilang, doctor akan mencadang pemeriksaan yang lebih lengkap, bagi memastikan sakit kepala migraine ini bukan disebabkan oleh masalah lain seperti ketumbuhan berbahaya dalam kepala dan otak.

 

Oleh itu setiap sakit kepala yang diadukan oleh kanak-kanak dan remaja, bukanlah satu hal yang boleh dianggap ringan.

 

Ini kerana jika kanak-kanak atau remaja itu mengalami sakit kepala migraine yang serius, ia bukan saja mengganggu pembelajaran di sekolah, tetapi juga mengganggu pergaulan dan cara dia berinteraksi dengan kawan-kawan dan adik beradik. Remaja dan kanak-kanak ini boleh menjadi pendiam, atau sesekali menjadi mudah marah.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: