Punca keguguran berulang

PUNCA KEGUGURAN BERULANG
 
 
“Salam dokter, saya mengalami keguguran setiap kali saya hamil. Saya keguguran selama 3 kali dan kali terakhir pada Jan 2014. Semua kehamilan saya semua pada awal kehamilan Antara 8-12 minggu. Apakah punca keguguran seperti ini ? Mohon pencerahan.”
 
WALALAIKUM MUS SALAM
 
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan.
Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai ‘habitual miscarriage’.
 
Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaa dan ujian yang detail bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walau bagaimana pun tidak semua punca kegiguran dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
 
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran .
 
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid.
 
Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahem sehingga menyebabkan keguguran.
 
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran.
 
Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
 
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
 
Oleh itu saya menggalakkan puan menjalani pmeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang puan hadapi.
Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
 
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental.
 
Doktor selalunya akan memberikan ubat hormone progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
 
Kuatkan semangat yang kuat dan jangan melayani pemikiran negative. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
 
Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!