Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pterygium Selaput pada Mata.

Pterygium Selaput pada Mata.

 

pterygium

 

 

Pterygium berlaku apabila terdapat satu lapisan selaput pada mata. Ia bukanlah penyakit yang berbahaya namun boleh menghalang penglihatan seseorang apabila selaput itu mula menutupi anak mata (pupil).

 

Pterygium biasanya berbentuk selaput segi tiga atau di mana hujung segi tiga ini menuju ke bahagian tengah mata.

 

Ia berlaku secara perlahan-lahan, dan selaput ini semakin mengeras. Ini dinamakan selaput yang matang.

 

Punca yang menyebabkan terjadinya pterygium masih tidak diketahui dengan pasti, dan selalu berlaku pada pekerja yang berada di bawah cahaya matahari yang mengandungi sinar ultraviolet (UV), atau pekerja di kawasan yang berhabuk atau penunggang motorsikal yang tidak memakai cermin mata menyebabkan matanya kering.

 

Oleh itu bagi mengelakkan terjadinya pterygium, pekerja yang bekerja di bawah terik matahari dinasihatkan memakai cermin mata hitam yang mempunyai perlindungan sinar ultraviolet, atau menggunakan topi yang lebar bagi mengelakkan  terkenar sinaran matahari yang sangat kuat.

 

Selain terdapat selaput pada mata yang berwarna jernih keputihan beserta dengan saluran darah yang kecil, pesakit juga sering mengalami kegatalan pada mata, kadang kala mata menjadi berair dan pandangan mata boleh menjadi berkabur.

 

Jika pterygium tidak mengganggu penglihatan dan belum matang, ia tidak memerlukan sebarang rawatan.

 

Ubat titis yang tidak mengandungi steroid dan antibiotic boleh digunakan bagi melegakan rasa gatal dan kekeringan pada mata. Sebarang ubat titis tidak dapat menghilangkan pterygium.

 

Jika masalah pterygium menyebabkan pemandangan terhalang, pembebdahan untuk membuangnya boleh dijalankan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: