PSORIASIS
Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih.
Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit ini bermula dalam genetik seseorang. Selalunya ia boleh dikawal dengan baik, boleh datang dan pergi dengan sendirinya.
Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada betapa teruknya penyakit itu. Ia boleh dikawal dengan krim topikal dan rawatan cahaya ultraungu.
Bagi masalah psoriasis yang teruk, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ditelan atau suntikan.
Dalam beberapa kajian, pesakit psoriasis yang tidak terkawal, bakal mengalami penyakit kardiovaskular, yang boleh merosakkan jantung.
wallahu a’lam
Bagi mempercepatkan kesembuhan dan meningkatkan kelembapan kulit, saya mencadangkan menggunakan Labicea™ Revitalizing Moisturizer keluaran UTM . Info lanjut di
https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490