Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan

Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan

komestik

 

“Assalamu alaikum, doctor. Betul ke placenta yang digunakan di dalam kosmetik diharamkan dalam Islam, walaupun ia menggunakan placenta (uri) dari lembu atau biri-biri? Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia, penggunaan uri atau plasenta yang berasal dari haiwan yang halal dimakan dan disembelih untuk bahan kosmetik luaran dan ubat sapuan hukumnya mubah (dibenarkan).

 

Namun, jika penggunaan plasenta berasal dari bangkai hewan halal (binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih dengan cara yang tidak sesuai dengan ketentuan syar’i) hukumnya haram.

 

Hukumnya sama seperti penggunaan soft gel yang diperbuat dari gelatin haiwan.

 

Jika uri atau plasenta itu diambil dari haiwan yang hidup setelah melahirkan anaknya, ia dianggap najis kerana ia telah berpisah dari tubuh haiwan tersebut. Maksudnya ia harus ditanam dan tidak boleh dimakan atau digunakan sebagai bahan kosmetik atau ubatan yang disapu luar.

 

 

Walaubagaimana pun saya tidak dapat membayangkan bagaimana haiwan yang halal dimakan, misalnya lembu disembelih ketika sedang hamil, semata-mata untuk mendapatkan uri haiwan tersebut.

 

Tidakkah ianya zalim?

 

Namun saya berharap puan dapat merujuk kepada ustaz yang boleh dipercayai dan amanah jika terdapat kekeliruan.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: