Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Produk Figure-Up dicemari Sibutramine

Produk Figure-Up dicemari Sibutramine

figure  up 2

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei 2013. – Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama ‘Figure-Up’ daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan.

Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan.

Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut, dari itu, sebarang pengimportan dan penjualannya adalah dilarang di negara ini.

Orang ramai yang menjual produk tersebut (termasuk secara online seperti melalui Facebook) adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Akta Racun 1956 yang mana menjual produk-produk yang mengandungi bahan dikawal di bawah Akta berkenaan akan dikenakan denda sebanyak BND8,000 atau penjara selama enam (6) bulan, jika didapati bersalah.

 

 

figure up
Tambahan pula, jika seseorang melakukan sesuatu di atas kecuaiannya sendiri yang membahayakan atau boleh membahayakan kehidupan manusia, jika didapati bersalah akan didenda sebanyak BND16,000 dan dua belas (12) bulan penjara.

Para pengguna produk tersebut adalah dinasihatkan untuk berhenti menggunakannya dengan serta-merta.

Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi jika mendapati produk berkenaan masih dipasarkan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi bahagian tersebut melalui e-mail pharmacy.enforcement@moh.gov.bn

 

http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/3267-produk-figure-up-dicemari-sibutramine

 

Nasihat saya, boleh menggunakannya dengan nasihat dan pemantauan doktor jika tidak mengalami masalah kesihatan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top