Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Premature Ejaculation adalah Pancutan Awal yang memalukan.

Premature Ejaculation adalah Pancutan Awal yang memalukan.

 

 PE

 

Saya menerima beberapa email dari beberapa orang isteri yang mengadu mengalami rasa tidak puas ketika melakukan hubungan intim antara suami isteri.

 

Saya menganggap bahawa keluhan mereka adalah ikhlas bagi menjernihkan hubungan suami-isteri. Sebagai doctor perubatan, saya bersimpati dan cuba membantu dengan memberikan pendapat.

 

Keadaan seperti ini semakin parah. Setiap hari ada saya saja email yang masuk menceritakan hal yang sama. Apa sudah jadi dengan lelaki Melayu Islam kita…

 

Walau isu ini agak ‘taboo’ namun ia adalah realiti kehidupan  masyarakat yang perlu dihadapi. Jangan isu seperti dibiarkan, bimbang akan jadi seperti isu ‘anak tidak sah taraf’ yang dilahirkan oleh remaja-remaja kita.

 

Apabila bilangan anak-anak tidak berdosa ini mencecah seratus ribu orang, barulah kita bersungguh-sungguh membincangkan ha ini secara terbuka.

 

Antara aduan yang saya terima ialah ada isteri yang tidak pernah merasakan kenikmatan hubungan intim suami isteri. Mereka tidak dapat mebayangkan perasaan itu bila membaca di penulisan-penulisan di buku mengenai seorang isteri mendapat kepuasan klimaks ketika bersama suami.

 

Apa tidaknya… Perasaan kecewa berlaku apabila naluri seksual mereka sedang hangat dan memuncak, tiba-tiba dimatikan oleh masalah pancutan awal yang dialami oleh suami.

 

“Doktor, biasanya berapa lama lelaki dapat bertahan sebelum mendapat klimaks?

 

Suplemen untuk bertahan lama: https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

 

Menurut International Society for Sexual Medicine, pancutan yang terlalu awal berlaku apabila seorang lelaki mengalami klinak/orgasm  kurang dari satu minit selepas rangsangan seksual sama ada memasukkan batang zakar ke faraj isteri atau masih lagi berada di luar ketika menerima rangsangan yang minimal.

Rujuk: Sharlip, I. D., Hellstrom, W. J., & Broderick, G. A. (2008). The ISSM definition of premature ejaculation: A contemporary, evidence-based definition. Journal of Urology, 179(suppl), 340, abstract 988.

 

Inilah yang dinamakan sebagai Premature ejaculation (PE) atau Pancutan Awal.

 

“Jadi berapa lama biasa seorang lelaki boleh bertahan?”

 

Kajian terbaru menyebut bahawa secara purata masa untuk batang zakar berada dalam faraj atau disebut intravaginal ejaculation latency time (IELT) adalah enam minit dan tiga puluh saat bagi lelaki berumur 18–30 tahun.

Rujuk: Waldinger MD, Quinn P, Dilleen M, Mundayat R, Schweitzer DH, Boolell M (2005). “A multinational population survey of intravaginal ejaculation latency time”. The journal of sexual medicine 2 (4): 492–7.

 

Namun begitu ada lelaki yang boleh bertahan dengan lebih lama. Oleh itu, bagi lelaki yang mempunyai masalah ini dan masa yang diambil oleh batang zakar dalam vagina sebelum mendapat klinak atau orgasm, kurang dari 2 minit, harus mendapatkan rawatan.

Rujuk: Strassberg, D. S., & Perelman, M. A. (2009). Sexual dysfunctions. In P. H. Blaney & T. Millon (Eds.), Oxford textbook of psychopathology (2nd ed.), (pp. 399–430). NY: Oxford University Press.

 

Ramai yang beranggapan bahawa lelaki lebih muda saja yang mungkin mengalami masalah ini kerana kurang pengalaman. Mereka dikatakan sering mengecewakan isteri mereka di bilik tidur, sehingga para isteri menyimpan perasaan tidak puas hati dan kecewa dalam jiwa.

 

Namun kenyataan ini sebenarnya tidak benar. Ia boleh berlaku di kalangan lelaki yang lebih berusia dan telah lama berkahwin.

Barnes T., I. Eardley (2007). “Premature Ejaculation: The Scope of the Problem”. Journal of Sex and Marital Therapy 33: 151

 

Ada yang mengadu telah melahirkan anak ke lima, tetapi tidak pernah tahu apa yang dimaksudkan dengan klimak/orgasm kerana tidak pernah merasakannya.

 

“Apa perlu yang kami lakukan untuk mengatasi masalah ini?”

 

Ramai lelaki yang mengalami PE cuba melengahkan pancutan airmani dengan cara mengalihkan perhatian kepada hal-hal lain ketika melakukan hubungan intim bersama isteri. Ketika hampir melakukan pancutan, mereka cuba mengingatkan masalah tempat kerja, masalah kewangan, malah muka musuh-musuh mereka untuk mengelakkan pancutan itu.

 

Saya mencadangkan kepada mereka yang bermasalah agar memperlahankan ‘pergerakan menusuk’ batang zakar sambil menarik nafas yang dalam ketika ada rasa untuk melakukan pancutan itu.

 

Cara lain ialah dengan sengaja mengeluarkan air mani dengan cara masturbasi/onani beberapa jam sebelum melakukan hubungan intim dengan isteri dan kemudian memakai beberapa lapisan kondom.

 

Ini kerana airman yang banyak akan mempercepatakan pancutan sementara baki airmani yang sedikit akan melambatkan pancutan dan klimak/orgasm yang kedua.

Memakai beberapai lapisan kondom pula akan mengurangkan ransangan terhadap batang zakar ketika berada dalam faraj isteri.

 

Masters and Johnson memperkenalkan ‘teknik menggenggam (squeeze)’ di mana ketika seorang lelaki hampir melakukan pancutan, batang zakar dikeluarkan kemudian kepala zakar digenggam sama ada orang suami atau isteri, menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, bertujuan untuk menghalang reflex yang boleh menyebabkan pancutan air mani.

Rujuk: Masters, W. and V. Johnson (1970), Human Sexual Inadequacy, Little Brown & Company.

 

Ia berkesan untuk beberapa orang yang bertanyakan kepada saya.

 

Ubat-ubatan juga boleh diberikan, tetapi ubat-ubatan ini biasanya adalah ubat penenang dalam kumpulan Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRIs), seperti paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), fluoxetine (Prozac) dan  dapoxetine (Priligy).

 

Ubat-ubat ini dapat mengurangkan rasa teruja (exciment) pada otak yang boleh menggalakkan pancutan air mani.

 

Tramadol (Tramal) yang biasa digunakan sebagai ubat penahan sakit, juga boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan batang zakar untuk bertahan. Sungguh pun begitu ia mempunyai beberapa kesan sampingan, namun dapat meningkatkan ‘daya tahan’ sebanyak 4-20 kali ganda.

Rujuk: Kaynar, M. & Abdel-Hamid, I.A. (2012). On-Demand Tramadol Hypochloride Use in Premature Ejaculation Treatment. Journal of Urology, 71, 145-149.

 

“Bolehkah saya gunakan minyak lintah, doctor?”

 

Saya tidak ada pengetahuan mengenai hal ini.

 

Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubat-ubatan, saya mencadangkan penggunaan kream kebas (local anaesthetic cream)  yang mengandungi lidocaine atau prilocaine yang boleh digunakan dengan cara menyapukannya pada batang dan kepala zakar, antara 10–15 minit sebelum aktiviti seksual.

 

Masalahnya kedua-dua suami dan isteri mungkin akan kurang merasa  keseronokan dari geselan batang zakar pada faraj berkurangan kerana kedua-dua permukaan faraj dan batang zakar telah dibius kream kebas tadi.

 

Saya ada menulis beberapa penulisan dalam blog mengenai isu Pancutan awal atau Premature Ejaculation.

 

Boleh membaca di

http://drzubaidi.com/blog/?p=3921

 

http://drzubaidi.com/blog/?p=1653

 

http://drzubaidi.com/blog/?p=1332

 

Bagi mereka yang ingin mendapatkan suplemen bagi menguatkan ketegangan batang zakar atau mengurangkan pancutan awal, boleh mencuba Ezerex yang mengandungi bahan-bahan aktif dan vitamin yang baik untuk mengatasi masalah ini.

 

https://www.facebook.com/ezerexmalaysia

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!