TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH

Pisang adalah sumber potassium yang tinggi

TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu bertanya Doktor. Saya ada buat pemeriksaan darah pada bulan Ogos. Keputusan darah saya normal kecuali keputusan tahap pottasium saya tinggi dari julat yang normal iaitu antara 3-5. Tahap potassium saya 6. Saya risau sebab ada membaca kesan pottasium tinggi boleh menyebabkan lemah jantung (heart failure). Bagaimana cara utk turunkan tahap potassium saya Dr? Saya tidak merokok. Dalam result itu ada tulis red blood cell leakage. Bagaimana hendak merawatnya doctor. Saya sangat risau. Terima kasih.

Walaikummussalam.

Potassium adalah mineral yang penting agar tubuh kita dapat berfungsi dengan lebih baik terutama untuk fungsi saraf dan otot, termasuk otot jantung.

Oleh itu jika tahap potassium dalam darah terlalu tinggi (hyperkalemia) atau terlalu rendah (hypokalaemia ), ia akan memberikan kesan yang tidak baik pada tubuh.

Kebiasaannya ginjal akan memastikan memastikan potassium berada dalam tahap normal dengan membuang potassium berlebihan ke dalam air kencing.

Mengikut capaian dari Mayo Clinic, tahap potassium yang normal antara 3.6 – 5.2 millimoles per liter (mmol/L) darah. Tahap potassium melebihi 5.5 mmol/L dianggap sangat kritikal dan tahap potassium melebihi 6 mmol/L boleh membawa maut.

Sangat penting bagi doctor mencari punca tahap potassium yang tinggi yang tuan alami. Antara puncanya adalah:

  1. Kerosakan ginjal.
  2. Dehidrasi
  3. Penyakit kronik seperti Type 1 diabetes dan Addison’s disease
  4. Ubat-ubatan sintetik seperti :

-ubat-ubatan kimoterapi

-ubat darah tinggi angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitors dan angiotensin receptor           blockers

  1. Pengambilan alcohol dan dadah terlarang
  2. Kecederaan trauma.
  3. Penyimpanan sampel darah yang terlalu lama juga akan menyebabkan sel-sel darah merah akan pecah dan menyebabkan bacaan tahap potassium menjadi tinggi. Ini yang dimaksudkan sebagai ‘red blood cell leakage’ dalam keputusan darah tuan.

Walau bagaimana pun tahap potassium yang tinggi selalunya dapat dirasakan oleh pesakit (bergantung kepada berapa tinggi tahap potassium). Antaranya:

  1. Rasa penat dan lemah
  2. Rasa kebas atau mencucuk-cucuk pada hujung anggota seperti jari kaki atau tangan
  3. Rasa loya dan muntah
  4. Sukar bernafas
  5. Rasa sakit dada
  6. Berdebar-debar

Dalam kes di mana tahap potassium terlalu tinggi menyebabkan kelumpuhan pada otot tubuh dan otot jantung sehingga menyebabkan kwgagalan fungsi jantung.

Jadi jika mempunyai tahap potassium yang tinggi bersama tanda-tanda yang disebutkan tadi, saya mencadangkan agar terus ke Jabatan Kecemasan di mana-mana hospital.

Selalunya doctor akan memberikan ubat agar tahap potassium tuan akan turun ke tahap yang normal.

Ada beberapa makanan yang tuan kena elakkan untuk sementara waktu kerana makanan ini mengandungi tahap potassium.

  1. Pisang
  2. Kekacang (nuts)
  3. Kacang (beans)
  4. Susu
  5. Kentang
  6. Buah apricot
  7. Ikan cod
  8. Daging lembu

Berhati-hati dengan pengambilan garam. Baca label bungkusan garam untuk pastikan garam yang dibeli tidak mengandungi potassium.

Makanan-makanan seperti kek dan cookies mungkin mengandungi potassium yang tinggi. Begitu juga dengan minum bertenaga yang banyak dijual di jual di kerdai serbanika.

Tuan harus minum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya 2.5L sehari. Dehidrasi akan menyebabkan tahap potassium bertambah tinggi.

Oleh itu dalam kes tuan, saya percaya doctor yang memeriksa telah memberikan nasihat yang terbaik bagi tuan. Saya mencadangkan pemeriksaan semula tahap potassium termasuk fungsi ginjal yang berkala sehingga tahap potassium tuan telah turun ke tahap normal. Pemeriksaan ECG juga membantu melihat kesan tahap potassium yang tinggi pada jantung.

Semoga bermanfaat.

[IKLAN]

Boleh klik gambar di bawah untuk dapatkan produk Olivie Plus 30x dan Olivie Power Up.

RM130 sebotol termasuk pos

RM395  sebotol termasuk pos

Leave a Reply

error: Content is protected !!