Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pesakit MS boleh hamil?

Pesakit MS boleh hamil?

PESAKIT MS BOLEH HAMIL?

 

woman pregnant wheelchair

 

“Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin  dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit  Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf.  Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda.

 

Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh.

 

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami penyakit ini bergantung  kepada jumlah kerosakan saraf yang dialami. Jika tidak dirawat dengan sempurna dan cepat, seseorang individu itu boleh mengalami kehilangan keupayaan untuk berjalan dan berdiri. Sementara individu  yang lain, yang dirawat, akan dapat melambat proses kerosakan saraf ini untuk satu tempuh masa yang lama.

 

Setakat ini, dalam perubatan moden, tidak ada ubat yang spesifik untuk multiple sclerosis. Walau bagaimanapun, rawatan yang diberikan untuk melambatkan kerosakan saraf.

 

Tidak ada bukti bahawa multiple sclerosis (MS) menyebabkan masalah kesuburan. Ini bermakna seorang wanita boleh hamil dan MS tidak menghalang kehamilan.

 

Dalam banyak kajian, tiada  bukti yang mengatakan bahawa penyakit MS menyebabkan keguguranatau bayi meninggal dunia dalam perut atau mengalami kecacatan  setelah dilahirkan.

 

Pada sebahagian wanita,   selalunya masalah  yang disebabkan oleh MS, seperti kebas, pening dan sukar untuk berdiri dan berjalan akan berkurangan atau hilang semasa hamil, terutamanya pada trimester ketiga walaupun tidak mengambil apa-apa ubat .

 

Tetapi ada sebahagian yang lain, kehamilan menyebabkan mereka mengalami masalah yang lebih ketara, seperti sukar  berjalan, jarang buang air besar (sembelit), sukar mengawal pundi kencing, mengalami rasa lesu yang lebih ketara.

 

Bagi wanita yang seperti ini,  mereka memerlukan bantuan dan sokongan lebih dari suami dan keluarga yang terdekat.

 

Oleh kerana ubat-ubatan untuk pesakit MS tidak selamat diberikan semasa hamil dan kepada wanita yang menyusukan anak , mereka mengalami gelaja-gelaja MS semula dalam masa  tiga bulan selepas melahirkan anak.

 

Hanya ubat steroid boleh diberikan untuk melegakan gejala MS, itu pun dengan pemantauan doktor. Ini bermakna jika seorang wanita yang hamil secara tiba-tiba tidak dapat bangun dan berjalan atau mengalami kebas pada anggota badan, ubat steroid hanya diberikan buat sementara dalam dos yang kecil dan mendapat kebenaran doctor.

 

Maka wanita yang mengalami MS tidak ada masalah untuk hamil, cuma  mereka perlukan lebih banyak bersabah dan tabah dalam menjalani proses kehamilan ketika hamil.

 

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: