Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?

“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.”

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya.

Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit.

Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa.

Ini kerana amalan berpuasa sendiri mempunyai hikmah yang banyak. Pengamal perubatan silam memberikan preskripsi “berpuasa” sebagai rawatan pada kebanyakan penyakit. Berpuasa juga diakui oleh pengamalan perubatan moden dapat menurunkan tahap kolestrol, gula dan tekanan darah pesakit jika diamlakan dengan betul.

Saya percaya bagi pesakit yang dalam keadaan terkawal penyakitnya, mampu berpuasa dan puasa tidak memudaratjannya malah menyembuhkannya.

Namun jika pesakit merasakan bimbang terhadap penyakit yang mungkin boleh mudaratkannya, beliau boleh meninggalkan puasa kerana ALLAH SWT memberikan kelonggaran bagi orang yang sakit.

Firman Allah SWT: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain” (al-Baqarah 2:184)

Makas bolehlah saya buat kesimpulan bahawa:

1. Secara umumnya, semua pesakit yang terkawal penyakitnya masih boleh berpuasa tanpa kemudaratan.

Sebagai contoh pesakit diabetes yang mempunyai tahap gula terkawal bawah 7.0 mmol/L. Pesakit gastric ulser yang tidak mengalami masalah sakit perut atau kerap muntah dengan syarat mereka makan ubat dengan teratur.

2.Pesakit yang tidak terkawal penyakitnya dan pesakit yang mengalami komplikasi penyakit, saya mencadangkan agar mereka bangun sahur, niat berpuasa dan cuba berpuasa dahulu dan jika mereka rasa tidak mampu untuk meneruskan berpuasa, mereka boleh berbuka pada bila-bila masa.

Contohnya pesakit haemodialysis, pesakit kanser yang dalam rawatan.

3.Bagi pesakit yang mempunyai tahap sakit yang berat seperti beberapa hari selepas pembedahan besar, pesakit kanser yang tiada harapan sembuh dan menderita kesakitan, mereka dinasihatkan agar tidak berpuasa.

Sebagai contoh pesakit diabetes.

Pesakit diabetes yang  mempunyai tahap glukosa yang terkawal digalakkan puasa kecuali jika mereka mula mengalami hipoglycemia, seperti pitam, mahu pengsan. Mereka dibenarkan berbuka.

Pesakit diabetes yang mengalami tahap glukosa yang tidak terkawal dinasihatkan berhati-hati. Mereka boleh mencuba berpuasa dan kemudian berbuka jika tidak ada kemampuan untuk meneruskan puasa pada bila-bila masa.

Pesakit diabetes yang mengalami komplikasi diabetes seperti mengalami jangkitan kuman yang berat, sedang menjalani rawatan haemodialysis, mengalami komplikasi jantung dan darah tinggi yang tidak terkawal, kerap pitam dan pengsan. Mereka tidak digalakkan berpuasa. Namun saya mencadangkan agar mereka bangun bersahur dan niat berpuasa. Kemudian berbuka apabila menjelang matahari terbit.

Dengan menunjukkan kesungguhan, INSHA ALLAH akan diberikan pengampunan, keberkatan dan kegembiraan di dunia dan akhirat nanti.

Pesakit yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat mengikut nasihat doctor (waktu sahur dan berbuka), mengawasi tanda-tanda bahaya yang memaksa mereka berbuka puasa.

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!