Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Pesakit Jantung boleh memanfaatkan Q10

Pesakit Jantung boleh memanfaatkan Q10

Patient receiving oxygen treatment

As salam mu alaikum, doctor saya mohon penjelasan, kakak saya berumur 38 tahun, baru keluar dari wad pesakit jantung, kerana doktor mengesyaki beliau mengalami masalah kerosakan injap jantung. Namun begitu temujanji bagi echocardioscan hanya dilakukan pada bulan April 2013. Ubat apa yang perlu diambil untuk menguatkan injap jantung beliau?

Wa alaikum mus salam,

Saya berharap kakak puan bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan kerana di sebalik ujian ini ALLAH mahu berikan banyak kebaikan yang tidak dapat kita fikirkan. Saya juga berdoa agar ALLAH juga permudahkan usaha puan dan kakak puan untuk mendapatkan kesembuhan.

Saya percaya doktor pakar jantung telah memberikan ubat-ubatan untuk kakak puan untuk dimakan. Ubat-ubat ini sangat penting kerana ia akan mengurangkan symptom-simptom penyakitnya, seperti mudah sesak nafas, mudah rasa penat dan sakit dada. Ia harus diamalkan sehingga temujanji yang telah ditetapkan. Insya ALLAH, usaha kakak puan akan dipermudahkan.

Selain dari ubat-ubatan itu, saya mencadangkan agar kakak puan mengambil suplemen Q10.

Mungkin puan tertanya-tanya mengapa doktor pakar jantung tidak memberikannya pada kakak puan. Sebenarnya Q10 adalah suplemen, bukannya ubat. Jadi ia bukanlah sebahagian ubat tetapi ia sangat membantu.

https://www.facebook.com/note.php?saved&&note_id=127953823905230&id=125314820819251

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa coenzyme Q10 membantu mengekalkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular.

Bagi pesakit yang mengalami kerosakan injap jantung, kesan jangka panjang ialah kegagalan fungsi jantung atau selalu disebut lemah jantung.

(Fogoros, Richard N.. “Mitral Valve Prolapse (MVP)”. Heart Disease. About.com. Retrieved 2007-07-11)

Ini kerana injap yang rosak gagal memastikan darah yang dipam keluar dari jantung sepenuhnya. Ada sebahagian isipadu darah yang masuk semula ke dalam jantung, lalu menyebabkan isipadu darah yang keluar menjadi sedikit dan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat (dan memerlukan banyak tenaga) untuk mengatasi kerosakan injap ini. Akhirnya jantung menjadi lemah apabila terpaksa bekerja lebih kuat dari kebiasaannya.

Dalam satu kajian terbitan  Journal American College of Cardiology menyatakan terdapat bukti kuat bahawa pesakit jantung mengalami tahap kepekatan CoQ10 yang rendah terutama pada pesakit lemah jantung (heart failure).

(Molyneux SL, Florkowski CM, George PM, et al. (October 2008). “Coenzyme Q10: an independent predictor of mortality in chronic heart failure”. J. Am. Coll. Cardiol. 52 (18): 1435–41)

Begitu juga dalam satu kajian yang dilakukan di Department of Cardiology, Aalborg Hospital, Denmark mendapati pesakit lemah jantung (congestive heart failure) mendapat manfaat dari kebaikan Q10 100mg dua kali sehari selama 12 minggu.

(Biofactors. 1999;9(2-4):285-9. Coenzyme Q10 treatment in serious heart failure)

Wallahu a’lam.

4 comments

  1. aminullah zakaria

    sampai bila ubatan kita diwajibkan ada tanda halal? saya dulu memang makan Q10 tapi dah berhenti bila timbul masalah bovine, gelatin…saya pun tak berapa faham dan jadi ragu ragu …so stop

    • sampai bila ubatan kita diwajibkan ada tanda halal? saya dulu memang makan Q10 tapi dah berhenti bila timbul masalah bovine, gelatin…saya pun tak berapa faham dan jadi ragu ragu …so stop

      Dr Zubaidi: Jika memeilih capsule, pilihlah jenis vegetable gelatin. Q10 dalam gambar dalamdalam capsule vegetable gelatin.

  2. hazlinda aziz

    Salam doktor, bapa saya pesakit lemah jantung. Boleh ke bapa saya bersenam seperti berjalan kaki. Dan boleh ke bapa saya memandu kereta. Tq doktor.

    • Salam doktor, bapa saya pesakit lemah jantung. Boleh ke bapa saya bersenam seperti berjalan kaki. Dan boleh ke bapa saya memandu kereta. Tq doktor.

      Dr Zubaidi: Ia bergantung kepada klasifikasi penyakit jantung ayah puan. Hal ini kena rujuk doktor yg memeriksa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!