Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf

Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf

 

diabetic neuropathy

 

“Assalamu alaikum, saya ingin bertanya. Bapa saya adalah pesakit diabetes dan sekarang menggunakan suntikan insulin. Saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi beliau. Beliau selalu mengadu bahawa tangan dan kakinya sesekali berasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Ada kalanya beliau tidak mampu menggenggam gelas yang dipegang dan melepaskan gelas itu lalu pecah. Jika kesakitan itu datang, beliau tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Mohon pendapat doctor”  

 

Wa alaikum mus salam.

 

Masalah yang dialami oleh bapa puan adalah disebabkan oleh kesan jangka panjang penyakit diabetes.

 

Selalunya pesakit yang mengalami penyakit diabetes melebihi 15 tahun dan tidak dikawal dengan baik akan mengalami masalah ini.

 

Malangnya ramai pesakit diabetes yang mengalami sakit saraf dan mereka menderita tanpa diberikan rawatan kerana doctor yang memeriksa tidak dapat mencari punca sebenar penyakit itu.

 

Malah doctor yang memeriksa tidak menyedari bahawa pesakit diabetes ini telah mula mengalami komplikasi diabetes yang melibat saraf. Jadi mereka terpaksa hidup dalam kepayahan.

 

Keadaan ini dinamakan diabetic neuropathy di mana pesakit diabetes mengalami rasa sakit seperti rasa pedih seperti dicucuk jarum terutama pada kaki dan tangan.

 

Kesan dari masalah ini menyebabkan pesakit sukar untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka.

 

Jadi saya menasihatkan agar bapa puan menjalani pemeriksaan doctor dan mendapatkan rawatan yang betul.

 

Bagi mengurangkan rasa sakit seperti ini saya mencadangkan agar bapa puan mengalamalkan vitamin B12 dan Coenzyme 10 untuk mengurangkan rasa sakit ini agar mereka dapat menguruskan kehidupan mereka dengan lebih baik.

 

Walllahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: