Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil

Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil

PESAKIT DIABETES PERLU BERSEDIA SEBELUM  HAMIL

Gambar hiasan

Gambar hiasan

 

 

“Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Kehamilan di kalangan pesakit diabetes tidak akan menjadikan mereka berada dalam keadaan yang berbahaya jika mereka melakukan persediaan dan dapat mengawal penyakit mereka dengan melakukan pemeriksaan gula secara berkala dengan istiqomah.

 

Malah ramai yang telah melahirkan anak yang sihat dengan selamat.

 

Jadi puan tidak perlu terlalu bimbang. Apa yang penting ialah puan melakukan persediaan untuk hamil, dengan mengawal kandungan gula dalam tubuh dan melakukan cara hidup yang lebih sihat iaitu memberikan perhatian pada pemakanan dan lakukan senaman.

 

Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor yang merawat puan. Beritahu bahawa puan berhasrat untuk hamil. Doktor akan membuat persediaan dengan menukarkan rawatan puna dari pil kepada suntikan insulin.

 

Dengan ini apabila puan hamil, gula dalam darah dapat dikawal sepanjang kehamilan puan. Doctor dan puan tidak perlu lagi bersusah payah untuk menukar-nukar dos insulin beberapa kali.

 

Selain ubat diabetes, ubat-ubat yang lain juga perlu ditukar, terutamanya ubat untuk penyakit darah tinggi.

 

Jika puan sedang mengalami komplikasi penyakit diabetes seperti mengalami masalah penglihatan, jantung dan ginjal, saya mencadangkan puan mendapatkan rujukan berjumpa dengan doctor pakar bagi memastikan keadaan puan benar-benar sihat sebelum puan hamil. Saya bimbang keadaan puan akan bertambah teruk jika puan hamil.

 

Kesimpulannya ialah puan harus memastikan kandungan gula dalam darah adalah dalam keadaan terkawal, sungguh pun hanya baru ingin merancang kehamilan.

 

Apabila puan hamil, kandungan gula lebih sukar dikawal, dengan itu apabila menukarkan ubat tablet doanil kepada suntikan insulin, ia bertambah rumit.

 

Saya percaya, dengan izin ALLAH kehamilan puan akan menjadi mudah seperti mana wanita lain yang tiada diabetes, jika puan dapat mengawal kandungan gula dalam darah sepanjang kehamilan. Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormone dan keputihan yang banyak, saya mencadangkan agar mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: