Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

hemodialysis 1

 

“Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

 

Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula.

 

ALLAHU AKBAR !!.

 

Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya.

 

Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, tahap kerosakan buahpinggang, tahap kawalan penyakit darah tinggi yang datang bersama penyakit buah pinggang itu, dan berapa banyak kuantiti protin dalam air kencing.

 

Jika doctor yang memeriksa mendapati bahawa fungsi buah pinggang  puan merosot dengan banyaknya, bermakna keupayaan untuk meneruskan kehamilan juga merosot sama.

 

Kegagalan buah pingang yang serius apabila tahap  creatinine melebihi 250umol/L.

 

Apa yang dibimbangi ialah risiko yang bakal puan alami iaitu:

  1. Kerosakan buah pinggang yang semakin tenat. Ini dapat dikesan jika air kencing puan mempunyai kandungan protein yang banyak dan puan mengalami tekanan darah yang tidak terkawal.
  2. Masalah sawan dan eclampsia
  3. Masalah pembekuan darah dalam saluran darah
  4. Jangkitan kuman dalam air kencing.

 

Bayi dalam rahem pula boleh mengalami risiko seperti:

1. Keguguran dan kelahiran pramatang

2. Pertumbuhan fizikal bayi terbantut dalam rahem

3. Bayi boleh meninggal dunia dalam rahem.

 

Oleh itu selalunya doctor tidak menasihatkan puan untuk hamil.  Ini kerana dalam banyak kajian mendapati bahawa kehamilan akan menyebabkan keadaan buah pinggang dan pesakit bertambah tenat dan selalunya kelahiran pramatang dan bayi yang kecil saiznya dilahirkan.

 

Namun jika puan telah hamil, saya pasti  puan memerlukan pengawasan dari doctor pakar obstetric untuk memantau keadaan buah pinggang, tekanan darah, jangkitan kuman, dan kekurangan darah (anemia).

 

Kualiti sperma dapat diperbaiki dengan pengambilan suplemen Proxeed Plus.

 

https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

WALLAHU A’LAM

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: