PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL

“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil  beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih “

WA ALAIKUM MUS SALAM

Hampir  kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan  banyak tenaga yang dihabiskan untuk pembesaran bayi dalam rahim.

Ramai yang  gembira kerana dapat menyempurnakan  kewajiban sebagai seorang isteri yang  dapat menghadiahkan zuriat dalam sebuah perkahwinan dan menjawdikan perkahwinan itu lebih sempurna.

Pada masa yang sama, ada kalanya  mereka  dirunsingkan dengan perasaan tidak pasti dengan masa depan anak yang bakal dilahirkan. Adakah anak itu cacat atau sempurna sifat fizikalnya?

Adakah anak itu akan menjadi anak yang bebrakti kepada ibubapa sendiri dan masyarakat dan akan anak yang soleh/solehah?

Malah ada yang bertanya sama ada mereka mampu menjadi ibu yang baik dan dapat membesarkan dan memberikan pendidikan sempurna pada anak?

Bagi keluarga hidup sederhana tentu juga berfikir adakah mereka mampu mempunyai seorang lagi anak dalam kos saran hidup yang semakin meningkat?

Ada juga yang mula merasa diri mereka tidak disayangi suami apabila suami memberikan komen-komen mengenai perubahan tubuh mereka.

Akhir sekali, masalah berkaitan dengan kehamilan, seperti  rasa pedih ulu hati, keletihan, dan kerap buang air kecil, juga boleh menjadi beban emosi.

Perubahan ini disebabkan oleh perubahan hormone semasa hamil, kerana perubahan hormon yang mendadak ketika hamil akan mempengaruhi bagaimana otak dan saraf bekerja dan menerima tekanan hidup.

Namun begitu sokongan dari suami dan keluarga sangat penting. Bagi wanita yang mempunyai sokongan dari suami dan keluarga yang kuat, selalunya lebih tabah berbanding dengan wanita  yang tidak mendapat sokongan suami, apabila suami buat tidak tahu, atau tinggal berjauhan dengan suami, atau suami selalu berada di luar kawasan (out station).

Selain itu ketabahan diri wanita itu sendiri memainkan peranan. Wanita yang biasa hidup dalam keadaan susah semenjak kecil mungkin lebih tabah daripada wanita yang selalu bergantung pada pertolongan ibubapanya semasa kecil.

Oleh itu semua wanita yang hamil mempunyai tindakbalas emsoi yang terbeza terhadap tekanan hidup yang dihadapi ketika hamil.

Bagi memudahkan proses kelahiran wanita, saya mencadangkan agar mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah   pada usia kehamilan 38 minggu. Ekstrak Kacip Fatimah juga sesuai diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak bagi mempercepatkan kesembuhan luka pada rahem dan faraj akibat  kecederaan semasa melahirkan anak.

Wallahu a’lam.

-IKLAN-

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!