SUMBER TOKSIN DI SEKITAR KITA
“Betulkah persekitaran kita sudah tidak selamat lagi? Berbahaya pada kesihatan?” Tanya seorang peserta kelas yang saya anjurkan.
Saya malas hendak menjawab. Tidak mahu menyudukan informasi ke mulut beliau. Saya mahu dia berfikir.
“Tuan rasa bagaimana?”
“Saya rasa memanglah persekitaran kita tidak bersih. Tetapi ia masih di tahap biasa ”
“Apa maksud tuan di tahap biasa?”
“Kita tak jatuh sakit. Saya dan keluarga masih sihat”
“Maksudnya jika tuan dan keluarga sihat, tahap persekitaran kita masih selamat dan berada di tahap biasa?”
Peserta itu terdiam. Agaknya cuba memikirkan logiknya.
“Kalau saya kata orang ramai sakit diakibatkan persekitaran kita yang tidak sihat, adakah tuan setuju?” saya cuba mencabar mindanya.
“Saya setuju. Jika tidak ramai yang sakit juga bermakna persekitaran kita masih bersih dan tidak berbahaya” Dia pusing ayat saya.
“Tuan tahukah pada masa ini, katil di hospital tidak mencukupi sebab ramai pesakit? Sama ada hospital swasta atau hospital awam. Katil tidak mencukupi”
Dia terdiam.
“Tuan tahukah, untuk itu semakin banyak hospital awam dan swasta yang akan dibina?”
“Tidakkah itu menunjukkan ramai yang sakit?”
“Tidakkah itu menunjukkan persekitaran kita yang tidak selamat. Apa yang kita makan, apa yang kita minum dan apa yang kita bernafas, semuanya tercemar? Sama ada akibat pencemaran kimia, organisma seperti bakteria dan virus atau pencemaran akibat malapetaka semulajadi?”
Diam terdiam dan mengangguk kepala. Tanda setuju.
Saya menutup kelas saya minggu itu dengan kesimpulan bahawa kita harus mengelakkan toksin dari apa yang kita makan, apa yang kita minum dan apa yang kita bernafas. Elakkan. Jika tidak mampu, cuba kita minimakan.
Bila saya bercakap dan berbual dengan peserta kelas, memang ramai mengetahui tentang pencemaran dan keracunan bahan-bahan berbahaya di persekitaran kita. Namun mereka tidak menyedari bahawa ketika ini mereka sedang terdedah kepada masalah ini.
Contohnya mereka sedar bahaya bahan pengawet, perasa dan pewarna dalam makanan. Namun mereka seolah-olah lupa apa yang mereka makan tengahari dan bersarapan pagi tadi, penuh dengan bahan-bahan tersebut.
Kita juga sedar tentang bahaya asap rokok, tetapi kita masih lagi bertolak ansur pada asap rokok yang dihembuskan dalam bilik mesyuarat yang kita hadiri.
Itulah kelemahan kita. Ilmu yang tidak menjadi amalan.
Jadi apa tindakan kita?
Toksin yang berada disekeliling kita sangat banyak dan dalam pelbagai bentuk. Secara amnya ia masuk ke dalam tubuh kita dengan tiga cara utama. Pertama ialah melalui apa yang kita makan, kedua melalui apa yang kita minum dan ketika melalui apa yang kita bernafas.
Kita tidak sedar, mungkin kita mengalami rasa mengantuk selepas makan akibat terlalu banyak toksin dalam makanan kita. Kita mungkin tidak sedar, tiba-tiba kita bersin, batuk dan rasa hendak demam akibat udara yang kita bernafas. Malah ada yang rasa sakit tubuh, kebas pada kaki dan tangan, mungkin disebabkan oleh air yang kita minum.
Gambar Hiasan
Betul, dalam dunia moden sekarang ini, terutama hidup di bandar agak sukar untuk kita mengelakkan semua itu. Tetapi paling tidak, kita kurangkan pendedahan terhadap pencemaran toksin ini.
Jika tidak, anak kita kerap diserang asthma berminggu-minggu tidak hadir ke sekolah. Kita mengalami sakit kepala sehingga tidak dapat menjalankan tugas di tempat kerja, kita masih tidak dikurniakan zuriat kerana masalah kesuburan, penyakit kronik kita seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung masih sukar dikawal dengan baik walupun kita telah mengambil ubat setiap hari. Malah kita berasa hairan rakan-rakan seangkatan kita menghidap penyakit kanser secara tiba-tiba.
angkah pertama yang perlu kita lakukan ialah dengan banyak membaca. Jangan hanya menonton drama sinetron setiap hari tanpa meluangkan masa untuk membaca agar kita sedar punca segala toksin dan pencemaran di sekeliling kita. Jika tidak, kita akan terpedaya dengan industry yang menjual pelbagai produk yang mungkin berbaya pada tubuh kita tanpa kita sedari akibat terlalu menonton banyak iklan di TV.
Saya akan dedahkan punca toksin yang mungkin kita tidak sedari, berada dalam makanan yang sering kita makan. Ia bermula dari bagaimana ia ditanam, dituai, diangkut, dijual, dimasak, disediakan sebagai makanan dan akhirnya masuk ke dalam tubuh, dengan pelbagai jenis toksin.
Ikuti perkongsian saya lagi.
Semoga bermanfaat.
11 Mei 2018