Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » PERNAH DENGAR HEPATITIS?

PERNAH DENGAR HEPATITIS?

PERNAH DENGAR HEPATITIS?

  1. Hepatitis A adalah sejenis jangkitan pada organ hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HAV).

2. Jangkitan ini berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ia jarang menyebabkan kerosakan organ hati secara kekal.

3. VAH berada dalam keluarga Picornaviridae dan genus Hepatorvirus. Tubuh manusia dan haiwan menjadi tempat pembiakan VAH.

4. Secara mikroskopik, HAV mempunyai ‘single-standed RNA’ . Setelah memasuki saluran, HAV akan menuju ke organ hati melalui sistem peredaran darah yang dinamakan “hepatic circulation”.

5. VAH akan membiak dan kemudian dirembeskan ke cecair hempedu dan akan keluar daripada tubuh melalui najis.

6. Selepas memasuki tubuh pesakit, HAV mengambil masa antara 2-6 minggu sebelum menunjukkan sebarang simptom jangkitan. Antaranya simptom yang ditunjukkan adalah:

✅ demam
✅ lesu
✅ kurang selera makan
✅ cirit birit
✅ loya
✅ perut yang tidak selesa
✅ kekuningan (jaundice)  ✅warna air kencing menjadi keruh.

Tidak semua pesakit akan menunjukkan semua simptom ini terutamanya kanak-kanak.

7. Ujian darah di makmal dapat mengesan antibodi  Hepatitis A IgM dan IgM untuk mendiagnosa jangkitan ini.

✅ Antibodi Hepatitis A IgM boleh dikesan dari 1-2 minggu selepas jangkitan
kekal bertahan dalam darah sehingga 14 minggu.

✅ Antibodi Hepatitis A IgG bermakna pesakit tersebut pernah mendapat jangkitan sebelum ini dan memberikan daya tahan mun jangkitan ini.

✅ Paras enzim alanine transferase (ALT) akan meningkat sangat tinggi.

8. Setelah sembuh, pesakit akan membina antibodi dan mendapat immuniti sepanjang hidupnya.

9. Penyebaran jangkitan HAV berlaku apabila terdapat pencemaran najis ke dalam makanan. Ia dikenali sebagai  faecal-oral transmission di mana biasanya berlaku apabila penyedia makanan (terutama tukang masak) tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas keluar dari tandas, dan menyebarkan HAV ke dalam makanan yang disediakan.
Penyebaran virus ini boleh disekat melalui:

✅ Bekalan air yang selamat

✅ Sistem pembentungan dan kumbahan yang teratur.

✅ Amalan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air bersih

✅ Pemberian vaksin hepatitis A.

10. Jangkitan berlaku apabila terdapat keadaan sekeliling yang kotor dan padat terutama ketika berlakunya wabak.

Di Msia, selalunya penyebaran berlaku disebabkan memakan makanan laut seperti kerang, lala, udang, siput dan tiram yang diternak di dalam air yang tercemar dengan virus Hepatitis A.

11. KKM telah mensyaratkan setiap penyedia makanan harus menerima suntikan vaksin anti-thyphoid bagi mengelakkan jangkitan kolera (yang lebih dahsyat), tetapi belum mewajibkan vaksinasi hepatitis A.

12. Namun dalam kajian, program vaksinasi yang dijalankan di negara Amerika Syarikat pada tahun 1996 untuk individu-individu yang mempunyai risiko yang tinggi, kadar jangkitan penyakit Hepatitis A berkurangan secara mendadak daripada 6 kepada 0.4 kes untuk setiap 100,000 orang di antara tahun 1999 hingga 2014.

Kesimpulannya jika kita berhasrat untuk pergi ke negara yang padat dan agak kotor, jangan makan makanan di gerai tepi jalan kerana kita boleh mendapat jangkitan hepatitis A.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.

Jom follow saya di Telegram.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: