Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Perlukah tonsillectomy untuk anak saya?

Perlukah tonsillectomy untuk anak saya?

 


Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanyakan tentang masalah jangkitan tonsil yang alami oleh anak saya. Baru-baru ini anak saya dinasihatkan oleh pakar ENT untuk menjalani pembedahan tonsillectomy kerana sering  demam dan mengganggu persekolahan beliau.

Tetapi suami saya pula ‘dicadangkan’ tidak dibuang tonsilnya semasa kecil dulu oleh pakar ENT juga, kerana jika dibuang tonsil itu, maka sukar untuk mengesan penyakit/tahap kesihatan dia.

Saya menjadi keliru.

 

Wa alaikum mus salam. Saya masih ingat lagi satu peristiwa seorang ibu yang ‘educated’ membawa anaknya berjumpa dengan saya akibat jangkitan kuman pada tonsil anaknya.

 

Oleh kerana serangan kuman itu sangat teruk, sering berlaku (hampir setiap dua bulan) dan menjejaskan persekolahannya, maka saya mencadangkan agar menjalani pembedahan tonsillectomy.

 

Tidak semena-mena wanita tadi melenting.

 

Doktor ! Saya hairan doktor di Malaysia ini. Semua mencadangkan pembedahan. Saya duduk di US empat  tahun, tak pernah pun doktor di sana mencadangkan pembedahan

 

Saya agak terperanjat kerana suaranya agak tinggi. Tidak melambangkan langsung pelajaran yang diperolehi di luar negeri. Bukankah ‘padi semakin berisi, ia semakin menunduk’?

 

Saya cuba menenangkan diri sendiri.

 

Doktor di US tak beritahu kesan jangka panjang menggunakan antibiotic?” rungut saya dalam hati. Tetapi saya tidak mahu membuat wanita itu lebih marah.

 

Lalu saya meminta maaf dan cuba menerangkan lagi tentang keperluan pembedahan tonsillectomy. Akhir saya mengalah kerana tidak mahu berbalah.

 

Kalau mahu menggunakan antibiotic, tidak jadi masalah. Cuma mungkin bengkakan tonsil anak puan akan membesar

 

Di kaunter ubat, wanita itu masih marah dan membebel pada pembantu klinik.  Saya mendengarnya dari bilik doktor, menggelengkan kepala.

 

Terserahlah, kalau tidak mahu mendengar sebab itu hak dia” saya cuba memujuk hati.

 

Kebanyakan buku teks telah memberikan pelbagai indikasi bagi tonsillectomy, ialah pembedahan membuang tonsil.

 

American Academy of Otolaryngology–Head and Neck Surgery (AAO-HNS) juga telah menggariskan indikasi yang mudah difahami sebagai berikut.

 

Pembedahan yang wajib dilakukan:

 

1. Pembesaran tonsil hingga menjadi halangan dalam saluran pernafasan dan saluran pemakanan sehingga menjadi sukar bernafas, sukar menelan, mengganggu tidur akibat dengkuran dan menyebabkan masalah komplikasi kardipulmonari.

 

2. Peritonsillar abscess iaitu nanah yang berkumpul dalam tonsil dan rawatan antibiotic tidak lagi berkesan.

 

3. Tonsillitis menyebabkan sawan demam (febrile convulsions)

 

4. Bengkakan tonsil yang disyaki akibat kanser.

 

Pembedahan yang harus dipertimbangkan:

 

1. Tiga atau lebih setahun jangkitan kuman pada tonsil, walaupun telah diberikan rawatan ubat yang mencukupi.

 

2. Mengalami bau mulut (pernafasan) yang kuat akibat jangkitan tonsilits yang terlalu lama (chronic tonsillitis)

 

3. Jangkitan kuman yang berulang-ulang pada individu pembawa kuman streptococcal dan tidak sembuh dengan rawatan ubat antibitotik beta-lactamase.

 

Walau bagaimana pun nasihat doktor ENT sama ada perlu pembedahan atau tidak, haruslah dibincangkan dengan baik oleh ibubapa sebelum membuat keputusan.

 

Mungkin terdapat sedikit percanggahan, namun ia sebenarnya bukanlah percanggahan yang besar.

 

Namun saya ingin memberitahu, sungguhpun tonsil adalah sebahagian daripada sistem pertahanan dalam badan, namun kesihatan kita tidak akan terjejas jika kita membuang tonsil, kerana tubuh kita mempunyai pelbagai jenis antibodi yang cukup kuat.

 

Pengalaman saya sendiri, semasa belajar di universiti  sering mengalami sakit tekak akibat tonsillitis. Hampir setiap bulan saya mengalami jangkitan kuman pada tonsil.

 

Sehinggakan tubuh saya resistant kepada pelbagai jenis antibiotic. Ini bermakna banyak antibiotic yang tiadak lagi berkesan merawat jangkitan kuman di tonsil saya.

 

Akhirnya saya menjalani pembedahan tonsillectomy ketika berumur 22 tahun, Alhamdulillah dengan izin ALLAH, sehingga sekarang saya tidak lagi mengalami sakit tekak  yang kuat seperti mana semasa saya belajar di universiti dulu.

 

Wallahu a’lam

 

4 comments

  1. Assalamulaikum, Saya juga pernah ‘berperang’ dengan kesakitan akibat tonsil yang membengkak hampir setiap bulan. Paling tak tahan bila demam dan sakit semua sendi terutama di waktu pagi. Tanpa antibiotik demam sukar nak kebah. Bermakna setiap bulan perlu ambil antibiotik. Alhamdulillah selepas tonsilectomy tidak lagi selalu demam.

  2. Salam Dr.

    Terima kasih atas info yang dikongsikan.. saya cuba memahami terminalogi dan rasanya perlu merujuk anak saya kepada Pakar ENT memandangkan dia mengalami simptom demam akibat tonsil yg kerap..

  3. Saya juga ada masalah tonsilitis. Sy pernah demam smpi berminggu tak kebah2. Tp pada masa itu saya tidak tahu yg is berpunca dr tonsil bengkak. Bila berjumpa doktor utk rawatan saya ditanya tentang kekerapan sakit tekak/ tonsil dlm sebulan atau setahun. Memandangkan kekerapan yg tidak tinggi jadi sy diberi ubat utk demam, sakit tekak termasuklh antibiotik.

    Permulaan saya mendapat tonsilitis seingat saya pd umur 16 tahun(tanpa saya ketahui nama penyakit). Apabila umur saya 18 tahun dan berlaku lagi barulah saya tahu namanya tonsilitis. Walaubagaimanapun sehingga kini belum ada doktor yg merawat menyarankan saya menjalani pembedahan.

    Saya perasan setiap kali tonsil saya bermula adalah kerana air yg kurang bersih. Jadi apabila saya mula merasa tidak selesa dengan air yg diminum, dan mengalami sakit tekak, saya akak segera memakan ais krim. Alhamdulillah, bbrp tahun kebelakangan ini saya dapat mengelakkan sampai tahap demam, dan tonsil saya cepat baik selepas makan ais krim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!