Advertorial
Home » Doktor Menjawab » PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?

PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?

PERLUKAH SAMAN DOKTOR DAN HOSPITAL?

 

Medical Malpractice

 

“Assalamualaikum. Doktor  saya nak mintak jasa baik dan pendapat doctor mengenai  anak saudara saya baru buat pembedahan, kerana lepas bersunat kaedah clamp doctor mencadangkan  pembedahan tersebut  untuk betulkan sunat pertama kali. Tetapi semasa pembedahan kali kedua, terdapat pendarahan dan jururawat hanya menghentikan pendarahan mengguna ice pack. Pembedahan emergency malam tu jugak sebab penis dia jadi hitam. Kami risau dgn masa depan dia dan bercadang nak saman hospital. Terima kasih atas jasa baik.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Soalan puan agak berat untuk saya menjawab kerana saya tiada info yang lengkap mengenai apa yang telah berlaku. Namun dalam keadaan ini, mungkin ada unsur kecuaian di pihak doctor dan hospital.

 

Zakar yang hitam itu, mungkin akibat ‘gangrene’ kerana tiada bekalan darah yang cukup  akibat pendarahan yang terlalu banyak.

 

Sebenarnya apa yang dikatakan “kecuaian perubatan” adalah kecuaian yang dilakukan oleh doctor yang merawat pesakit dan pihak hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan, dengan melakukan perbuatan atau tidak melakukan perbuatan yang sepatutnya dilakukan, sehingga kesannya pesakit menerima rawatan yang berada di bawah tahap standard yang diterima amalan dalam masyarakat perubatan.

 

Maksudnya apabila doctor tidak melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan contohnya, doctor tidak melakukan pembedahan yang boleh menyelamatkan nyawa.

 

Atau apabila doktor melakukan sesuatu yang tidak harus dilakukan contohnya, pembedahan caesarean menyebabkan wanita yang melahirkan anak meninggal dunia.

 

Itu adalah contoh secara am, di mana seorang doctor melakukan suatu prosedur atau tidak melakukan suatu prosedur perubatan sehingga boleh menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pesakit.

 

Dalam kes ini, secara amnya terdapat kecuaian perubatan sebab pada kebiasaannya pembedahan berkhatan tidak menyebabkan ‘gangrene’(?) pada batang zakar.

Namun begitu saya mencadangkan agar diberikan masa untuk pesakit itu (anak saudara puan) untuk sembuh dengan sempurna. Berbincang dengan doctor pakar yang merawat mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

 

Kemudian setelah dibenarkan pulang, cuba minta nasihat semula dari doctor pakar mengenai rawatan susulan. Puan boleh juga minta laporan perubatan dan berbincang dengan Pengarah Hospital berkenaan jika tiada kerjasama dari pihak doktor.

 

Jika puan masih tidak berpuashati, baru minta nasihat peguam, kerana tidak semua perbicaraan akan berpihak kepada pesakit. Pihak peguam akan meneasihatkan sama ada kes ini boleh dibicarakan di mahkamah atau tidak.

 

Wallahu a’lam

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: