Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Perlukah pesakit diabetes mellitus meninggalkan makan nasi?

Perlukah pesakit diabetes mellitus meninggalkan makan nasi?

PERLUKAH PESAKIT DIABETES TIDAK MAKAN NASI?

makan nasi 2

 

“Salam doktor, saya seorang pesakit diabetes. Bacaan gula saya antara 9-10 mmol/L setiap kali saya periksa selepas berpuasa pada malamnya. Jururawat di pusat kesihatan memberitahu saya harus makan sedikit nasi saja dan kalau boleh tinggalkan terus nasi. Betulkah doktor, mohon pencerahan. terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Jawabannya: TIDAK PERLU

 
Pesakit diabetes tidak perlu untuk meninggalkan makanan berkarbohidrat sepenuhnya. Pilih karbohidrat yang kompleks dan akan menjadi gula secara perlahan-lahan dalam badan untuk mendapatkan tenaga yang stabil.

Namun begitu saya mencadangkan agar mengurangkan pengambil nasi dan semua makanan yang bergula dan amat manis.

Makanlah  makanan bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Atau secara ringkasnya, pilihlah makanan yang mengandungi Indeks Glisemik yang rendah. 
Ya, pesakit diabetes masih boleh makan buah-buahan walaupun ia berasa manis. Apa yang penting ialah makan dengan kuantiti yang betul dan jangan berlebihan.

Saya mencadangkan agar puan merujuk secara personal dengan pakar pemakanan mengenai pola pemakanan yang sesuai untuk puan.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: