Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Fiqh Perubatan » Perlukah pemeriksaan ultrasound untuk mendiagnosa kehamilan

Perlukah pemeriksaan ultrasound untuk mendiagnosa kehamilan

ultrasound

 

“Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?”

 

Wa alaikum mus salam.

Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT.

 

Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang berlaku.

 

Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri dalam rahem wanita yang hamil di dalam air kencing.

 

Hormon HCG ini meningkat secara perlahan-lahan sejak lebih kurang sebulan setelah proses persenyawaan berlaku. Semakin bertambah usia kehamilan seseorang, semakin tinggi paras hormone ini yang dapat dikesan.

Peningkatan hormon HCG ini tidaklah sama bagi setiap wanita. Ada wanita yang meningkat dengan cepat atau yang agak perlahan.

 

Namun pada umumnya, hormon ini dapat dikesan melalui air kencing selepas 2 minggu seorang wanita tidak kedatangan haid pada hari sepatutnya.

 

Hormon HCG juga dapat diperiksa melalui ujian darah dan ujian ini dapat dilakukan dengan lebih awal. Pada hari seorang wanita itu sepatutnya datang haid tetapi tidak   dating, pemeriksaan darah untuk hormone HCG bagi pengesahan kehamilan dapat dilakukan.

 

Walau bagaimana pun pemeriksaan ultrasound adalah antara ujian yang terbaik untuk mendiagnosa kehamilan puan. Lebih-lebih lagi jika digabungkan bersama dengan pemeriksaan airkencing atau darah untuk hormone HCG.

 

Pemeriksaan ultrasound akan dapat mengesan degupan jantung janin pada minggu ke 12.

 

Selain itu pemeriksaan ultrasound juga membantu doctor menentukan usia kehamilan dan posisi janin. Jika bernasib baik, doctor dapat menentukan jantina bayi dan apakah bayi kembar. Pemeriksaan mengesan posisi uri dapat dikesan dengan baik apabila telah mencapai  usia kehamilan 20 minggu.

 

Jadi saya amat menggalakkan puan melakukan ujian ultrasound bagi mengesahkan kehamilan puan di samping mendapat maklumat mengenai kehamilan puan, seperti yang saya sebutkan tadi.

 

Wallahu a’lam.P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!